Home > WoRD LiFe > Selamat tinggal PLF…. :(

Selamat tinggal PLF…. :(

gud-bye2.JPG

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera kepada semua.

7 bulan dan 20 hari. Itulah tempoh yang akan tercatat dalam diari hidup aku yang bakal menjadi kenangan selamanya. Angka-angka keramat itu adalah tempoh perkhidmatan aku di Perdana Leadership Foundation setelah dengan rasminya aku memberi notis dua minggu perletakan jawatan. Setelah mengharungi tempoh tersebut, kini tibalah detik dan waktu untuk aku menuruti langkah para ‘mantan’ kakitangan PLF yang telah meninggalkan organisasi ini dengan mendapat pekerjaan baru bagi meneruskan langkah yang lebih cemerlang dalam hidup mereka.

Kesedihan atau kegembiraan? Itulah dua perkataan yang membelenggu sanubariku taktala membuat keputusan yang bakal mengubah corak kehidupan aku. Kesedihan melanda dalam diri kerana terpaksa meninggalkan rutin harian, kerja, teman-teman serta kenangan indah selama berkhidmat di PLF. Manakala di hati terbit rasa gembira kerana telah berjaya mengubah hari-hariku dengan memperolehi kerja yang sedikit terjamin dan tetap bagi melangkah jauh demi mencorak kehidupan yang lebih cerah pada masa depan.

Tanggal 21 Februari 2007 bakal menyaksikan sejarah dalam hidup aku kerana satu lagi lembaran baru bakal disingkap dan diisi dengan kehidupan yang berbeza bebanding sebelum ini. Kali ini aku bakal berdepan cabaran baru. Rezeki aku telah tiba dan destinasi seterusnya dalam kamus hidup aku ialah Islamic Intergrated School, Kota Damansara.

Itulah nama organisasi yang telah menerima aku dengan tangan terbuka sebagai salah seorang kakitangannya. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah mengurniakan rezekinya kepadaku walaupun secara zahirnya aku bukanlah daripada kalangan mereka yang ampuh imannya serta kurang pula ilmu wahyunya (Tengku Halim sila ambil perhatian!).

Walaubagaimanapun, kuasa Allah telah menentukan segalanya dan harapanku agar hari-hari mendatang bakal membawa kebahagiaan dan kecemerlangan dalam hidup aku ini. Jadi, di sini aku coretkan sedikit kiasan dan nukilan buat mereka yang pernah aku kenali semasa berkhidmat di PLF. Mengenali anda semua merupakan pengalaman terindah yang tak ternilai harganya dalam hidup aku ini. Dan mohon ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa kerana semuanya dating dari hati yang tulus ikhlas ini.

1. Tun Dr Mahathir dan Tun Siti Hasmah:- Aku sungguh tak tersangka dapat bersua muka dan berjabat tangan dengan pemimpin yang mempunyai pengaruh dan pendirian yang kuat dan tegas ini. Semoga dilanjutkan usia dan diberkati oleh Allah SWT.

2. Puan Z & Tuan Hj. Shaarani:- No komen. Thanks for everything.

3. PLF Management Team:- Anda semua adalah tulang belakang PLF. Teruskan usaha anda. Harap-harap gaji budak volunteer dapat dinaikkan sedikit kerana mereka bergaji kecil dan terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi. Fikirkanlah…

4. Encik Azahar:- Big boss yang cukup sempoi. Pada mulanya aku sangka beliau seorang yang serius dan zalim, rupanya aku salah! Beliau memang seorang bos yang baik hati serta mempunyai kebolehan membuat lawak selamba serius yang sukar dimengertikan secara lahiriah. Terima kasih kerana memberi peluang aku menimba pengetahuan di PLF. Terima kasih.

5. Kak Lat (Penaung KLFC):- Merupakan insan terpenting di PLF. Berkeupayaan untuk menguruskan pelbagai aktivi dan program melibatkan library dengan penuh jayanya. Mengenali beliau merupakan suatu yang menyeronokkan. Walaupun aku selalu gila-gila mengacau Kak Lat, tetapi aku tetap menghormatinya umpama mak aku dude! Semoga berbahagia bersama keluarga tercinta.

6. Murz:- Aku kurang bercakap dengan beliau. Walaubagaimanapun, aku tabik gila dengan kebolehan beliau mengambil gambar yang cantik dan keupayaan beliau mengawasi segala gerak geri penggunaan internet oleh staf-staf PLF. Power siot! Agaknya puas hati ko baca ym bebudak ni kan? Hahhaha…

7. MunMon the Nacho Libre:- Bos bahagian digitalisation yang paling cool! Ikhlas aku cakap, sepanjang mengenali ko banyak benda yang aku dah pelajari. Ko memang dewa. Segala kerja dalam library ni ko buat seolah-olah ko sorang je kerja kat PLF ni. Bagus betul..Walaupun kekadang aku bosan siot dengan perangai giler ko, tetapi aku maintain cool dan buat-buat tak tau. Orait dude, keep up the good work dan kurangkan kadar obesitimu itu. Peace!

8. Nandre the Legend (konon!):- Abang Taipen. Beliau juga merupakhan seorang bos yang kool. Suka membhuat lawak dan bercherita yang ditokok tambah dengan ‘sound effect’ yang berkeshan. Kekhadang aku rasa cam nak menangis je dengar sound effect yang ntah apa-apa tu. Hahaha..Terima kaseh kerna menjadi supervisor semasa aku practical dulu. Teruskhan kegembhiraan dalam hidup anda dan semoga hari-hari mendatang akan membawa kecheriaan yang mekar, semekar bulu-bulu manis ditanganmu itu. Sorry bro, ari rhaya nanti aku mintak maap.

9. Ida the M.A.:- Em, susah nak explain. Semoga lebih bercampurgaul dengan warga PLF yang lain dan jangan selalu mengamalkan sifat suka mengarah tahap 15 petala langit kerana ianya tidak baik untuk kesihatan hati. Ahaks!

10. Tengku Halim Ibni Tengku Ismail:- Merupakan housemate aku yang memang best. Sentiasa memperjuangkan ilmu wahyunya tidak kira dimana beliau berada. Merupakan teman setia aku semasa menonton slot ‘Mutiara Hati’ dan juga rancangan ‘WWE Smackdown’. Thanks bro atas segala usaha dan pertolongan selama kita menjadi housemate. After this, you will be alone to handle the gurlz in PLF bro..Best tu!!

11. Maria the Qibby:- Maria, begitulah manisnya nama beliau semanis orangnya. Semoga berbahagia bersama keluarga tercinta dan semoga melahirkan seorang baby yang comel dan sihat. Pastikan nama AMIEN terpahat di surat beranak baby Maria jika ianya baby boy. Key?

12. Suhana Stesen Radio PLF:- Radio PLF. Sejak kemasukan beliau ke PLF membawa gegak gempita dan suasana gamat di PLF. Teruskan usaha anda untuk menghiburkan teman-teman dan selalulah promote adik iparmu kepada Tengku Halim kerana dengan cara ini mungkin akan dapat memancing Tengku Halim untuk menjadi ahli keluarga dan suku sakat anda di masa hadapan. Peace!

13. Suzila the Hamster:- Sahabat aku yang telah 6 tahun aku kenali. Thanks untuk segalanya. Kita dah banyak melalui saat suka duka bersama sejak dari alam universiti lagi. Kini aku terpaksa membawa haluan sendiri demi mencapai matlamat hidup aku. Walaubagaimanapun, kawan tetap kawan. Aku akan mengingati segala kenangan yang telah tercipta selama tempoh perkenalan kita. Aku doakan agar ko berjaya mendapat kerja yang bagus. Good luck and friend forever.

14. Shimie the Flowerhorn:- Shimie, super senior di PLF. Takde apa yang nak aku cakapkan kerana aku dah banyak kutuk ko sebelum ni. Semoga ilmu pengetahuan yang ada pada ko dapat dimanfaatkan oleh bebudak volunteer lain yang masuk pada masa akan datang. Simpanlah gambo ikan kesayanganku itu sebagai tanda kenang-kenangan.

15. Suliana Jer Jer @ Eton:- Jer Jer. Itulah ungkapan wajib bagi tiap-tiap hari bekerja di PLF. Pada mulanya aku buat tak tau je ngan minah ni. Tapi semakin hari semakin bersemangat aku bermusuh dengan beliau bersama niat agar beliau berjaya mengatasi masalah kulit pipinya. Sikap yang tak ambik hati membuatkan aku suka mengacaunya. Jadi anugerah orang yang paling layak aku mintak maaf jatuh kepadaaaaaaaaaaa……Suliana Jer Jer! Tahniah!

16. Huda the Karipap Girl:- Huda @ Yoda. Beliau merupakan seorang yang aku tengok tak sepadan dengan usianya. Merupakan salah seorang anggota ‘Pasukan Karipap PLF’. Sungguhpun kecik, tapi keupayaannya untuk makan dalam kadar yang banyak membuatkan aku sedikit kagum. Ceriakan hari-hari anda dan semoga akan ketemu kasih yang sejati. Kirim salam kat adik key?

17. Firda Si Pelaris Buku:- Volunteer yang aku tak pernah kacau. Mungkin kerana pakwenya kerja sekali membuatkan akau sedikit segan untuk mengacaunya. Walaupun kini pakwenya dan resign, hasrat aku untuk mengacau tidak kesampaian kerana aku juga turut mengikut jejak langkah pakwenya itu. Jadi aku serahkan tugas mengacau ini kepada Tengku Halim untuk dilaksanakan.

18. Nurol the Abyss:- Warga PLF yang kerja dok melepak kat bilik. Kekadang wajahnya yang cukup serius memebuatkan aku sedikit segan silu untuk beramah mesra. Anyway kerja bebaik. Semoga menjadi seorang pekerja yang berdedikasi demi untuk PLF tercinta. Adios!

19. Technical Staff & Driver:- Terima kasih atas segala usaha dan pertolongan selama ini. Andalah tulang belakang yang menggerakkan PLD walaupun ianya bersifat ‘underground’ bagi pandangan umum. Peace!

20. Wirduna @ Donut:- Merupakan seorang staf yang bekerja cukup kuat dan dedikasi untuk PLF. Banyak berkorban masa dan tenaga berbakti kepada PLF walaupun kekadang mata lebam cam mata panda, beliau tetap dengan selambanya menjalankan tugas-tugas yang diberikan. Hidup donut!

21. Ainil Si Rambutan Merah:- Budak yang buat practical kat PLF dan kini menjadi warga PLF. Kerja bebaik dan jangan selalu mengular. Harap-harap anda jangan terpengaruh dengan skil-skil Maria. Ok?

22. Anne:- Budak volunteer baru kat PLF. Aku tak berapa kenal sangat. Anyway, welcome to PLF.

23. PLF Alumni [Kamal, Abang Mas, Kamarul, Reza, Syeena, Shikah, Kak Nor, Kak Azizah, Taqie, Waty, Suriani & Shahrul]:- Mengenali anda semua merupakan pengalaman yang cukup menyeronokkan dan telah tercatat dalam diari hidup aku. Semoga kalian semua berjaya dalam hidup masing-masing. Sekian.

P/S: Mohon jutaan kemaafan atas segala salah dan silap selama perkenalan kita ini. Semoga berjumpa lagi. Peace, one love!

Categories: WoRD LiFe
  1. February 15, 2007 at 12:15 AM

    selamat berjaya….
    wahai the raptor…

  2. February 15, 2007 at 12:16 AM

    ya… segala terjahan-terjahan amien tu sunggoh tajam dan tepat…
    begitulah anak muda. mesti berani…

  3. February 15, 2007 at 12:24 AM

    yaa…saksikan episod terjah dengan pengacara anda…..mr. amien…

  4. lurvlymaria
    February 15, 2007 at 4:17 AM

    geli aku, sesi ********

  5. February 15, 2007 at 11:53 AM

    salam,
    Tahniah amien…smga a.halim mengikut jejak langkah mu inshaallah…

  6. February 15, 2007 at 11:41 PM

    tu la dia…
    alo sharina the librarian, wah.. semaken hebat hang na.
    apa mcm sekarang? apa progress yang telah dikecapi?

    abg halim ja yang tinggai nie… ini satu tamparan yang hebat buat abg halim nie..tu dia.. rileks abg halim.. abg halim terer nie…

  7. February 15, 2007 at 11:42 PM

    nanti petang karang aku komen lagi la… utk final words…

  8. miasara puteri
    February 16, 2007 at 1:09 AM

    babai amin..kenang kami dalam doamu.pasni takleh la kirim salam kat adik aku lagi..huhu..

  9. February 16, 2007 at 2:55 AM

    takpe la. tak bleh kirim salam, kirim karipap pun ok gak cik myasara…huhu

  10. February 16, 2007 at 4:01 AM

    amien…………………
    jangan tinggal daku……
    =(
    sok sok sok sok…….

  11. February 16, 2007 at 4:34 AM

    amien nie…
    begurau sende dengan cik karipap.. ermmmm

  12. February 16, 2007 at 4:39 AM

    Adios…
    sekalung tahniah kerna berjaya melangkah setapak lagi kehadapan. pasni tggl la aku sorng2 kt sini. tp x pe la, bak kata celine dion “life must go on”. good luck & wish u all the best.
    au revoir…

  13. February 16, 2007 at 6:57 AM

    fulamaakk!!! bak kata celine dion tu…tak sangka tengku halim pun minat celine dion…hahaha…thanks bro..sepanjang peninggalan aku ni, aku wasiatkan ko tolong la jaga adik-adik manis kat opis ni….kesian diaorang dah takde orang nak jaga..huhu…

  14. February 16, 2007 at 7:14 AM

    abang jelapang jage su tau heheheh….🙂

  15. fir
    February 16, 2007 at 9:23 AM

    amin,
    congrats dapat keje besh..hope aku pon akan ikut jejak ko x lama lg..dolu2 aku ingat ko kerekzzz…nyampah siot..tapi bru je nak mesra2 ko plak nak blah..hhehehe..anyway,take care..gud luck kt tpt baru..

  16. sue
    February 16, 2007 at 9:30 AM

    amin,
    tahniah ek..keja baik2 no…aku doakan ko tetap best walau dimanapun ko berada! aku bukan radio la…tapi aku mmg suka bcakap..akekekekeke…. HIDUP amin kur..kur..

  17. February 16, 2007 at 9:53 AM

    amboi fyza nie…

    mentang mentang la abg S dia dah takda, amboi… baru nak mesra2 ye…
    hahahahaah

    suhana MT,
    aku tau hang mmg suka berchakap.. tahniah..

  18. TaQIe Manja
    February 16, 2007 at 10:44 AM

    tahniah amien dpt kerja kat Islamic Intergrated School,
    so cool…yg pasti ‘sifu amien’ naruto gempak sokmo…
    pengalaman kerja kat PLF satu perkara yg x akan dilupakan…
    BANGGA! peace 4 all

  19. nur_alyesha
    February 18, 2007 at 9:03 AM

    Tahniah amien,

    Hang mmg seorg yg gempak kt PLF n sentiasa segar ngan pelbagai idea2 yg klaka dan gile2. Dok berjiran dgnmu semmgnya best, krna sering membuatkn aku tergelak n x ngantok sgt. And time kaseh bnyk2 sbb slalu tlg aku wat cover what’s new.

    Jasamu dikenang sifu Amien…

    Gud luck bekerje di tempat br..

  20. shimot
    February 22, 2007 at 7:55 AM

    huhu..sedey nya aku menbaca karangan ini..huhu
    apa pun kepada Junior ku The Raptor…Good to u and all the best at the new environment…
    Aku dah kehilangan teman se-Rem-Pit…huhu..
    pesanan dari pihak penaja : nak racing jgn lupa call aku disini k =D

  21. February 23, 2007 at 7:23 AM

    Salam.

    Pertama kalinya untuk pengetahuan semua, aku menulis komen di blog aku ni di tempat kerja baru aku…
    jadi, terima kaseh kepada semua yg telah menyokong aku selama ini..tenkiu…

  22. legend
    February 23, 2007 at 10:10 AM

    hahhaha cikgu amiento…
    selamat jadi che’gu yang baek..

  23. Kamarul
    February 24, 2007 at 7:00 PM

    Selamat berjaya Bro..Congrats..aku nak mintak maaf pada ko sepanjang aku kenal.Kalo tersalah bahasa ampunkan.Maaf jugak sebab aku baru nak kasi komen pada blog ni.Harapan aku ko akan jadi org yang berjaya.Lebih berjaya dari org lain dalam hidup ni.

  24. February 26, 2007 at 6:18 AM

    sudah lama aku tidak mendengar perkabaran daripada abang kammy
    semoga beliau sihat-sihat la hendaknya
    anyway, thanks bro..
    ni sumer berkat doa ko gak yg membolehkan aku dapat kerja ni…
    thanks…

  25. Etons
    February 27, 2007 at 6:19 AM

    hahaha…. wahai amien kur kur..aku rs aku la org yg paling lmbt ucap
    slamt tinggal kt ko…anyway slamat mengajar..

    aku hargai segala usikanmu selama ni..

  26. February 28, 2007 at 12:33 AM

    hahahaa.. suliana dah mengomen blog rupanya..
    abg kammy nie trus ilang dr pandangan mata la nampaknya..

  27. February 28, 2007 at 6:19 AM

    haahaha…akhirnya som jer jer telah menjelmakan dirinya..
    semoga beliau berjaya menceburkan diri dalam dunia blogger secara full time..
    anyway, i really miss to say……..
    SOM JER JER……hahahaa….

  28. September 20, 2007 at 2:40 AM

    ramai betul org yg puji abg.jgn sampai xigt dunia sdh la.anyway sy rasa blm terlambat utk mengucapkan tahniah diatas kejayaan abg.good luck n smile always.chayyyyyyoooookk!!!!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s