Home > WoRD LiFe > IISKD: episod baru hidupku

IISKD: episod baru hidupku

integrated2.JPG

Salam dan selamat sejahtera kepada semua.

Bertemu kembali kita dalam entri kali ini. Rasanya sudah lama aku tidak menulis di sini dek kerana kesibukan yang amat sangat dalam menyusun kehidupan sehari-harian. Jadi kesempatan yang ada ini dimanfaatkan untuk mencoretkan sesuatu buat pengetahuan mereka di luar sana.

Hari ini 1 Mac 2007, genaplah seminggu aku bermastautin di tempat kerja baru iaitu Islamic Integrated School, Kota Damansara. Walaupun sudah seminggu, tetapi aku rasakan cukup lama kerana terlalu banyak perkara yang harus dilakukan demi menunaikan tanggungjawab aku sebagai pekerja baru di organisasi baru ini.

Untuk pengetahuan semua, aku berkhidmat sebagai Resource Centre Officer merangkap computer teacher di sini. Walaupun bunyinya cam sedikit kelakar kerana tiada kena mengena dengan Ijazah yang aku perolehi, tetapi aku tetap mencuba kerana ia adalah pengalaman yang baru kepadaku dan aku mempunyai sedikit pengetahuan dalam bidang komputer selaras dengan tugas yang diberikan ini.

Walaupun aku bertugas sebagai Resource Center Officer, tetapi murid-murid di sini tetap memanggil aku dengan panggilan “ustaz” demi menghormati prinsip persekolahan yang berasaskan Islam dan menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa ketiga. Walaupun kekok di panggil demikian, tetapi lama kelamaan ianya sudah menjadi biasa. Syukur kepada Allah SWT kerana memberi rezeki kepadaku di tempat sebegini.

Jadi, rasanya setakat ini sahaja yang dapat aku coretkan buat masa ini. Selepas ini aku harus pergi mengajar budak-budak tentang dunia komputer. Jadi aku minta diri buat kali ini. Di kesempatan ini juga aku nak mengucapkan selamat bertunang kepada ex-officemate aku di PLF, Myasara Hud Hud. Semoga berbahagia hendaknya.

Sekian.

Categories: WoRD LiFe
  1. March 1, 2007 at 4:35 AM

    tima kasih ustaz amin..semoga jadi ustaz yang soleh..

  2. March 2, 2007 at 12:09 AM

    ustaz amien……………………
    wow. dah jadi ustad la skrg budak nie…mcm tak pecaya plak… tak tau la, nak pecaya ka idak.. hehehehe

    sebenaqnya, jadi uztaz pon baguih jugak la.. karna sampai tua org akan panggei kita ustad…. so, selamat menjadi ustad editor….

  3. March 2, 2007 at 12:35 AM

    encik axl rose
    saya ni ustaz hip hop la…
    ya aww aww…

  4. March 2, 2007 at 1:52 AM

    ya betul tu ustad…
    ustad pon harus berdakwah menerusi hip hop.. mengikut peredaran semasa…
    betul tu betul.. sesunggohnya muzik tu adalah seni yang indah asalkan ianya jangan melalaikan dan membuat ke arah kerosakan.

    contohilah too phat.. buat lagu dakwah sikit.

  5. Etons
    March 2, 2007 at 2:31 AM

    klau panggil ustad amien kur kur pn sodap…

  6. March 2, 2007 at 3:52 AM

    betui tu kak suliana oi…
    panggei je dia tu.. bior dia rasekan…

  7. March 2, 2007 at 8:18 AM

    Cik Eton Jer Jer dah menjadi begitu aktif rupanya…
    aku berasa sedikit gerun dengan hikmat mengomen tahap jerawat batu itu….
    sungguh gerunnnn..

  8. March 6, 2007 at 7:01 AM

    salam…ya ustaz amien! uihh rasa syok plak panggil ko gitu. hehehehe…sesuai la ngan hang pasal ada janggut sejemput tu…

  9. March 6, 2007 at 7:43 AM

    mama_sue????
    aikk!! saper ni?
    rasanya cam kenal je gaya tulisannya…
    kalo pakai hang2 ni takde orang lain la…ni mesti encik axl rose ni….
    baik hang mengaku cepat!!!

  10. March 6, 2007 at 7:57 AM

    wie amien..t
    ergamak ko kata aku ni en axl rose!
    aku la..yg ko kutuk sebagai sebuah radio d plf!
    huhuhuhu…

  11. March 6, 2007 at 7:57 AM

    wie amien..
    tergamak ko kata aku ni en axl rose!
    aku la..yg ko kutuk sebagai sebuah radio d plf!
    huhuhuhu…

  12. March 7, 2007 at 12:52 AM

    HEHEHE..

  13. March 7, 2007 at 3:04 AM

    jangan marah ye mama sue…
    gua dah lupa la kat plf ada ramai mama…
    huhu..anyway, jaga diri bebaik…

  14. March 7, 2007 at 10:10 AM

    ya betul tu ustad.. amin,
    hang nie pon, takkanlah aku nk pakei nama mama pulak…
    tak sesuei la….

    aku akan guna nama raden sapiro plak lepas nie…

  15. March 8, 2007 at 12:00 AM

    mana la tau..kot2 hang nak menyamar lagi ke?
    hang ingat tak nama BABY RINA?
    agak2nya sapa la tu ek? huhu

  16. March 13, 2007 at 9:46 AM

    baby rina tu kawan aku jugak…
    baru ja kenduri kat seremban 2 ari sabtu 10 hb mac yang lalu…
    aku pi kenduri dia…
    comey beb…

  17. fIeYzah
    March 15, 2007 at 3:42 AM

    eh…sudah tukar ka

  18. Ande
    March 15, 2007 at 8:23 AM

    ustaz amin. bunyi sedap. tapi kes ko ni… hmmm pihak juri kene fikir kejap. xD

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s