Home > WoRD LiFe > Selamat tinggal IISKD…

Selamat tinggal IISKD…

Salam dan selamat sejahtera kepada semua.

Pada hari ini, 21 Mac 2007 adalah genapnya tempoh sebulan aku berkhidmat di Integrated Islamic School, Kota Damansara. Walaupun baru sebulan tempoh aku berkhidmat di sini, tetapi telah banyak pengalaman baru yang aku tempuhi dan hadapi sepanjang tempoh tersebut.

Hari-hari aku di IISKD adalah merupakan hari yang cukup ceria walaupun meletihkan. Pengalaman mengajar budak-budak darjah satu yang memang terkenal dengan kenakalan masing-masing membuatkan aku turut pening. Menjerit-jerit sepanjang hari adalah satu kebiasaan bagiku walaupun ianya cukup membosankan. Tetapi aku tetap hadapi dengan penuh kesabaran untuk mengajar bakal-bakal khalifah ini semua. Aku juga turut terharu apabila ada sebahagian kecil murid-murid yang sukakan aku sehingga berebut-rebut untuk bersalam denganku selepas habis waktu kelas.

Tetapi tempoh jodoh aku dengan IISKD tak berpanjangan rupanya. Awal minggu ini aku telah menyerahkan notis perletakan jawatan aku kerana aku akan membuka satu lagi lembaran baru dalam hidup ini dengan berhijrah ke tempat kerja baru. Aku di tawarkan untuk bekerja sebagai Assistant Manager di Deras Hijau Sdn. Bhd. dan akan menjadi tenaga penting untuk membangunkan bahagian IT dan syarikat yang merupakan ‘Outsource Company’ tersebut.

Walaupun keputusan ini sukar bagi aku, tetapi sebagai lelaki aku harus bekerja kuat dan mengambil peluang untuk mencari wang lebih bagi membina hidup yang lebih baik pada masa akan datang. Tetapi wang bukanlah segalanya, niat aku adalah untuk lari dari kebiasaan dan mencuba sesuatu yang baru. Harapan aku, dalam tempoh 5 tahun akan datang, aku akan berpeluang untuk mengisi jawatan sebagai Manager pula, insyaallah…Harap-harap rakan semua dapat mendoakan kejayaan aku key?

Sampai jumpa lagi.

Categories: WoRD LiFe
  1. mama_sue
    March 21, 2007 at 8:15 AM

    Al-hamdulillah…murahnyer rezeki ko ek…syukur..hope ko akan berjaya jadik manager one day nanti…..Aminnnnnnnnnnnn.

  2. March 21, 2007 at 11:44 PM

    Insyaallah…mudah-mudahan begitulah hendaknya…
    mama-sue, pasal gambo edit tu maybe kasi lambat sket key? skrg ni bz sesangat sampa takde masa nak main adobe photoshop….
    orait, kim salam kat geng2 PLF key?

  3. mama_sue
    March 22, 2007 at 1:02 AM

    wokeh…xpe bila2 dah siap hg inform jer ek..aku nak masukkan dalam galeri foto aku …hahahahaha…
    p/s: aku pun nak gak ada galeri foto mcm ko…

  4. mama_sue
    March 22, 2007 at 1:03 AM

    wokeh…xpe bila2 dah siap ko inform jer ek..aku nak masukkan dalam galeri foto aku …hahahahaha…
    p/s: aku pun nak gak ada galeri foto mcm ko…

  5. March 22, 2007 at 1:26 AM

    PERHATIAN!

    Encik Axl Rose, sila beri komen key?

  6. March 23, 2007 at 9:48 AM

    “PERHATIAN!

    Encik Axl Rose, sila beri komen key?”

    hahahaha….sila beri komen ye….

    ermmmm… dah nak pindah keja plak budak nie? tak dan smp setahun dah tukaq keja nie, apa crita nie yob? awok nie…..
    amboi bukan main lagi dia nak jadi manager nie, kalah bos nanti, kalau hang dah jadi manager nie.. tak bule jadi nie… kena stop kan budak nie…

    aku paham niat murni hang untuk bekerja kuat sbg seorang laki untuk lebeh bertanggungjawab dalam mnguruskan sesuatu.. aku tau hang nie… hehehee, hang ada peranchangan rapi serta sistematik untuk chapai matlamat tu… aku tau tu, aku tau tu…

    amboi suhana, bukan main lagi nak ada galeri foto dia sndiri nampak?
    bukan susah pon, senang ja… nanti jgn lupa bg tau aku na… aku nak kongsi jugak… bak kata org tua2.. makan spinggan, kongsi maklumat nie mmg digalakkan dalam Islam dan Negara.. hahahahahaa…

    so, semoga berjaya ex-ustad amien… lps nie jadi mat amin balek la… hahaha

  7. March 26, 2007 at 8:04 AM

    salam..

    trimas encik axl rose sbb kasi komen yang panjang berjela dalam blog aku ni…segala kata nasihat tuan hamba akan hamba sematkan dalam hati..cheewahh…
    memang betui katamu itu, aku memang mempunyai misi yang besar untuk dilaksanakan.
    Jadi aku harus bekerja keras untuk mencapai matlamat itu. Pemergianku ke Deras Hijau Sdn Bhd adalah juga berunsur mencapai satu tahap kehidupan yang lebih baik kerana bidang Librarianship tidak membawa aku ke satu tahap yang sepatutnya..

    Semoga dengan langkah ini membolehkan aku mendapat sedikit kesenangan untuk melaksanakan misi yg telah kita ketahui tu kan? doakan kejayaanku bro…

  8. March 26, 2007 at 11:41 PM

    begitulah adat manusia di alam yang serba fana nie..
    kekadang tu, degree yang kita dpt tu tak semestinya akan kerja ikut kelulusan.. kalau ada ruzki kat bidang yg lain yang lebeh menyeronokkan, pegi ja… enjoy la keja tu..
    tak semestinya kita dpt degree library science, kita akan keja library. ruzki tu Tuhan dah tentukan, chuma kita kena charie la na…. klassssssssssssssss gitu….

  9. myasara
    March 29, 2007 at 8:09 AM

    tahniah la dapat keje baru..boleh la kumpul duit ek pasni wat kawin..kan ko nak join club nandre and de gang..hehe.

  10. Harith
    April 15, 2010 at 11:53 AM

    Selamat tinggal IISKD…

    Salam Amien,

    Saya nak bertanya sikit.

    Apa kelayakan yang diminta oleh pihak IISKD utk menjadi guru disana?

  11. April 15, 2010 at 1:50 PM

    w’slm harith.

    sy kurang pasti la. sy apply jwtn pustakawan dgn kelulusan degree. tp diberi tugas utk mengajar beberapa subjek gak..

    cuba contact IISKD la utk tau lebih detail psl qualification tu. =)

  12. k.lili
    April 18, 2010 at 8:38 PM

    amin,k.lili dah lama kat iis tapi tak perasan pun yg mana satu org nya

  13. April 19, 2010 at 11:59 AM

    saya keje kat situ kejap je kak, maybe sbb tu akak tak perasan.. hehe

  14. k.lili
    April 19, 2010 at 6:35 PM

    siapa geng sama dgn amin?aman shah ada?xpelah kat mn pun kita keje yg penting rezeki halal.

  15. April 19, 2010 at 8:38 PM

    ya kak, satu dok satu umah ngan aman shah.
    saya jaga library, tp ada la mengajar 2,3 subjek.
    akak cikgu gak ke? ke keje kat admin?

  16. k.lili
    April 23, 2010 at 8:30 PM

    akak cleaner kat iis dah thn ke 6 .dah ramai yg kelu ar masuk .skrg pun cikgu luar malaysia yg ramai.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s