Home > WoRD LiFe > Coretan Mac…

Coretan Mac…

logo.JPG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Mudah-mudahan anda dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah SWT untuk meneruskan penghidupan seharian.

Bulan Mac ini menyaksikan banyak perkara telah berlaku dalam dalam hidup aku. Tapi sebelum bercerita dengan lebih lanjut, aku terlebih dahulu ingin mengucapkan tahniah kepada Ex-Officemate aku masa kat Perdana Leadership Foundation dulu, iaitu Puan Maria Qibby kerna telah selamat melahirkan seorang babyboy..Tahniah! Juga tahniah kepada Cik Suzila Kassim kerna telah berjaya menjawat jawatan baru sebagai ustazah di IISKD. Tahniah juga!

Jadi, berbalik semula kepada cerita tentang hidupku. Aku juga telah memulakan corak baru kehidupan aku kini. Pada 25 Mac yang lalu, aku dengan rasminya menjawat satu jawatan baru di sebuah syarikat bumiputera. Aku telah meninggalkan dunia Librarianship sepenuhnya dengan menjawat jawatan sebagai Pegawai Eksekutif Operasi di syarikat Deras Hijau Sdn Bhd. Tentu kalian semua tertanya-tanya apa yang aku buat di sana kan? Untuk pengetahuan semua, aku bertugas sebagai assistant manager untuk sebuah syarikat yang bermotifkan perniagaan dan mempunyai prospek besar dalam bidang penghantaran (curiour). Selain itu, syarikat ini juga menguruskan perniagaan dalam bidang jualan (retailing).

Matlamat utama aku beralih arah dalam bidang berlandaskan business ni adalah untuk mengejar matlamat hidup aku. Sebagai lelaki, aku harus bekerja keras untuk memperbaiki taraf hidup aku sekarang supaya pada masa depan aku dapat hidup dengan baik dan selesa. Jadi, aku nekad untuk keluar dari kepompong bidang Librarianship yang cukup mengecewakan aku. Sudah banyak kali aku mencuba nasib dalam bidang ini, tetapi rezekiku mungkin bukan dalam bidang ini. Jadi aku dengan dukacitanya terpaksa meninggalkan bidang ini. Sayonara.

Walaupun begitu, aku tetap bersyukur dengan keadaaan hidup aku sekarang yang tidaklah begitu susah. Kerja seharian aku juga tidaklah begitu sukar. Tetapi yang menggembirakan aku ialah adanya peluang untuk membuat kerja lebih masa (over time). Dengan itu membolehkan aku mencari duit lebih untuk membina masa depan yang lebih baik. Ini jauh lebih baik berbanding dengan bidang librarianship yang tidak bermotifkan business dan keuntungan. Aku bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan rezekinya kepadaku dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Syukur..

Setakat ini sahaja coretan untuk kali ini. Mudah-mudahan rakan-rakan lain dapat mendoakan kejayaanku dalam bidang ini. Sekian.

Categories: WoRD LiFe
  1. March 29, 2007 at 1:18 AM

    salam..

    tahniah sahabatku.. buat pengetahuanmu, dikala ini aku sedang menghabiskan sisa-sisa maseku di PLF. Hatiku sering tertanyer adakah ini jalan yang terbaik untukku?? Adakah ini suratan hidupku?? PLF banyak mengajar ku erti sebuah persahabatan, erti sebuah kekeluargaan, erti sebuah kematangan hidup dan erti sebuah perpisahan. emm dh macam AF pulak!!

    ape2 pun all da best 2 u… ceeewaahhh… 😉

  2. mama_sue
    March 29, 2007 at 8:15 AM

    fewitttttttttttttttttt..
    caya la teacher ila!
    ko tgh rehearsal utk speech sok ke ? kui..kui..kui..
    ape2 pong all the best wat korang berdue!

  3. eagle911
    March 29, 2007 at 9:08 AM

    congrats amien..kawen nnt jgn lupe jemput ek..
    suzyku sayang, jangan sedey2 k..sudah tersurat begitu takdirnyer..
    adat pertemuan, mesti ade perpisahan..wlupon begitu, korang tetap x dilupakan..

  4. March 29, 2007 at 9:59 AM

    hai abg Pegawai operasi (macham datuk bad la plak)….

    tahniah karna dah dpt kerjaya yang bharue serta menchabar minda dan raga serta emosi .. jangan emo emo na..
    sesunggohnya kerja yang kita dpt itu ada manfaat kpd hidop kita nie wahai anak2 ku sekalian…kerjalah kamu sepertimana kamu akan mati di keesokan harinya… maka beramallah…

    ketahuilah juga bahwa setiap kerja tu ada kebaikannya asalkan kita kerja dengan ikhlas dan jujor… itu ja point nya… ingat tu sahabat….!!!! jangan mudah putus asa… kerna ruzki yang dikurniakan itu tlah ditetapkan oleh pencipta manusia… hanya chepat atau lambat ja yang ingen menguji manusia …. hahahahaa…

    dah, jangan pandang belakang aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…
    teruskan kerja, jadikan pengalaman lepas sbg pedoman..

    suzila – ermmmmmmmmmmmmmmmm… ada la ruzkinya tu….jangan lah dikau bersedeh wahai adek ku… sesunggohnya tangesan tu akan membuatkan rakan2 lain bersedeh jugak.. (amboi, mcm ayat dalam filem la..)

  5. March 30, 2007 at 2:22 AM

    Buat Suzila….

    Aku ingin mengucapkan tahniah sbb dpt keje baru. Selama 6 tahun mengenalimu, aku harapkan hubungan persahabatan ini kekal selamanya…
    semoga ko menggunakan masa-masa terakhir ko kat PLF dengan sebaiknya.
    satu pesanan aku, buatlah pilihan terbaik ko demi masa depan. jangan terpengaruh dengan perasaan senang dalam keadaan ‘zon selesa’ sekarang.

    aku gak bersetuju dengan kenyataanmu teantang erti sebuah persahabatan, erti sebuah kekeluargaan, erti sebuah kematangan hidup dan erti sebuah perpisahan di PLF. aku penah lalui semua itu…

    semoga ko berbahagia dan success selalu. adios!

  6. March 30, 2007 at 2:28 AM

    Hai abg Pen….

    trima kaseh atas nasihat dan ide2 bernasmu itu…aku sungguh bertuah kerna memphunyai pegawai atasan sepertimu yg bershungguh-shungguh membherikan nasihat dan teladhan..hohoho

    aku gak berharap agak abg Pen senantiasa beradha dalam keaadaan gumbira selalu. kawen nanti jgn lupa jhemput aku tau? orait, bubbye…

    “ANAK MUDA MESTI BERANI”

  7. Cimot
    April 3, 2007 at 9:24 AM

    Tahniah..ya sahabat ku Ustaz Amien…
    Apapun..aku masih setia disini [mana lagi klu bukan PLF…huhu]

  8. April 4, 2007 at 5:16 AM

    ya, anak muda mesti berani….
    baik-baik jalan…

    kata-kata azimat dari aku…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s