Home > WoRD LiFe > Kisah kehidupan…

Kisah kehidupan…

h.jpg
Mister Amien di ofis baru

Salam dan selamat sejahtera kepada semua.

Hari silih berganti, usia semakin bertambah, tanggunggjawab semakin berat dan segala-galanya semakin sukar. Begitulah kehidupan…

Topik kali ini aku saja nak meluahkan perasaan dan perkara-perkara yang belaku dalam hidup seharian kita. Tapi pertama sekali, aku ingin mengucapkan takziah kepada rakanku, Johari Johan (Koch) yang sama-sama belajar semasa diploma di UiTM Machang dahulu kerana kematian ayahandanya. Allahyarham meninggal dunia dalam satu kemalangan ketika bertugas sebagai polis trafik yang mengiringi pemangku Sultan Terengganu. Al-Fatihah.

Begitulah kehidupan kita. Ada kalanya gembira, ada kalanya sedih. Namun kehidupan terpaksa di teruskan tanpa sebarang kompromi kerana banyak lagi perkara yang harus dilalui pada masa depan.

Berbalik pula pada diriku, aku sekarang ngah sibuk dalam menguruskan kerja seharian aku. Aku betul-betul tiada masa untuk bersenang-lenang dan melepak-lepak kerana kerja seharianku ini memerlukan aku bekerja sehingga lewat malam. Tapi aku tempuhi semua itu dengan tenang dan sabar. Teringat pula aku kepada rakan serumahku dahulu, Kamarul. Beliau sangat tertekan dengan hidupnya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Tetapi apabila mendapat peluang kerja yang lebh baik, beliau sangat komited bekerja sehingga tidak pulang ke rumah berbulan-bulan lamanya. Hopefully ko berjaya dalam hidup wahai Kamarul.. 

Jadi peluang yang sama terhidang di depan mataku, jadi aku mengambil sedikit semangat Kamarul ni untuk meneruskan kehidupan yang sangat mencabar ini. Thanks Kamarul. Aku juga berharap sahabatku, Suzila tabah menghadapi masalah beliau di tempat kerja baru kerana aku telah mendengar permasalahan beliau itu. Bersabarlah ye?

Begitulah yang berlaku dalam kehidupan ini. Semuanya harus dilalui dengan tabah. Tapi pada masa yang sama juga aku rindu. Aku merindui kehidupan aku semasa bekerja kat PLF dahulu. Memang betul kata Suzila, PLF adalah sebuah keluarga. Aku rindukan keluarga itu. Penuh keceriaan, kegembiraan dan gelak tawa yang sentiasa berlanjutan setiap hari. Terima kasih PLF. Aku rindukan cerita-cerita berserta sound effect daripada encik bulu, Nandre. Hahaha..

Okey, jadi satakat inilah dulu aku mengarut. Aku sedang ketandusan topik nak dibicarakan sekarang. Bertemu semula di entri seterusnya. Challoo…

Categories: WoRD LiFe
  1. April 11, 2007 at 12:28 AM

    kamarul tidak pulang ke rumah sehingga berbulan-bulan lamanya?
    wow memang sunggoh komited serta dedikasi dan loyalty yang gila melampau…
    itulah yang kita mau, anak muda mesti berani…baik2 jalan.

    aku akan cherita la dengan sound effect bila time aku idea dan apa2 yang buleh membuatkan aku bercherita… heheeh… aku buat cherita satu hari nanti…

    ermmmm … hang pon dah kena balek lambat sampai tgh malam nie, ini satu perkembangan yang baguz kerna masa kat PLF, 5.30 pm trus chabut, tak mau tggu dah ye… baru tau ye….🙂 tapi normal la, benda baru bermula, kena la camtu…
    mcm kamarol yang tido kat opis tu, mmg satu amalan yang sgt mulia..kerna dia menjaga keamanan opisnya… usaha yang baguz..

  2. April 11, 2007 at 5:25 AM

    tido kat opis memang satu kerja dan amalan yang mulia spt yg dilakukan oleh saudara kamarul…
    tapi kalo tido kat opis time berkerja, tu dah jadi amalan yang tersangat mulia di mata bos2 anda…percayalah…encik axl rose buleh membuktikannya…

  3. April 12, 2007 at 8:24 AM

    aku pun penah tido kat tempat keje… hehehehe…
    minggu lepas la program qiyammullail kat school aku kene la jaga anak-anak aku yang comel dan manje nih…

  4. April 12, 2007 at 9:51 AM

    salah satunya, adalah heheeh…
    dimana aku telah merakamkan perbuatan yang tersorok itu…

    ya… aku maseh simpan pita rakaman tersebut di mana ianya akan ditayangkan semula selepas 10 tahun…. bahan arkib dah nanti tu…

  5. April 12, 2007 at 10:18 AM

    aku akan menungggu bahan arkib yang telah ko rakamkan tu ok?
    nanti bila tiba waktu tayangan, jangan lupa ajak akau sekali key bro?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s