Home > WoRD LiFe > Kemalangan…

Kemalangan…

Salam dan bertemu kembali.

Hari demi hari aku semakin sibuk. Sibuk dengan urusan seharian sehingga tiada masa untuk diri sendiri. Laman blog aku pun kadang-kadang tidak sempat untuk dilawati dan di kemaskini. Bosan? Tidak sama sekali. Ini adalah cabaran hidup aku seharian. Semua yang aku lakukan ini adalah untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam hidup aku pada masa depan, Insyallah.

Jadi hari ni aku nak bercerita tentang benda lain pulak. Aku nak bercerita mengenai kemalangan ataupun accident. Sepertimana yang kita semua sedia maklum, tiap-tiap hari kita akan mendengar berita dan cerita mengenai kemalangan. Tak kira la samada di surat khabar ke, TV ke ataupun dari mulut ke mulut. Dan dah menjadi lumrah dalam kehidupan kita ni yang mana pasti akan ada kemalangan berlaku setiap hari. Kalau Tuan Puan semua tak percaya, cuba la jenguk-jenguk surat khabar ataupun tengok kat TV.

Aku bukan nak mengada-adakan cerita. Tetapi dalam hidup kita ni dah memang jadi satu kewajipan pula adanya kemalangan. Saban tahun kita akan mendengar tentang kemalangan, tak kira kemalangan jalan raya, kebakaran, gempa bumi dan sebagainya. Dan bilangan kemalangan akan bertambah sekiranya ada sambutan perayaan. Inilah senario di Malaysia. Jadi aku merumuskan dalam hidup kita ini, pasti kita akan menghadapi kemalangan walaupun sekali.

Aku juga pernah terlibat dalam kemalangan. Kemalangan jalanraya. Tetapi alhamdulillah kemalangan yang aku alami tidaklah begitu teruk walaupun parut-parut dan kesan luka memenuhi kaki dan tanganku. Mengimbau kembali pada tahun 2000, aku telah kehilangan seorang rakan akibat kemalangan jalanraya. Raja Ahmad Aftihani, begitulah nama sahabatku yang telah kembali ke rahmatullah apabila kereta yang di naikinya terlibat dalam kemalangan dengan 2 buah lori. Untuk pengetahuan semua, Arwah merupakan rakan sekerjaku semasa aku bekerja di sebuah syarikat Jualan Langsung di Kuantan sekitar tahun 2000. Aku cukup terkejut dengan kemalangan yang menimpanya kerana beliau meninggal dunia pada umur yang cukup muda, iaitu 18 tahun. Al-Fatihah untuk Arwah…

Di manakah silapnya manusia-manusia ini sehingga terjadi kemalangan? Aku tidak boleh menolak suratan takdir sekiranya kemalangan yang berlaku adalah di akibatkan oleh faktor bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan sebagainya. Tetapi sekiranya kemalangan yang berlaku akibat kecuaian seseorang manusia itu sendiri, itu memang sesuatu yang sukar untuk diterima akal. Aku pernah dan selalu mengalami saat-saat seperti ini terutamanya apabila berada di jalanraya. Aku penunggang motosikal dan juga merupakan seorang pemandu kereta. Apa yang aku perhatikan adalah sikap-sikap Gangsterism akan berlaku sekiranya manusia ini berada di atas jalan raya. Seorang Ustaz yang berkopiah pun boleh bertukar menjadi seorang Gangster apabila berada di jalanraya. Aku pernah mengalaminya di Kelantan. Percayalah!

Aku tak mahu membuat andaian mudah, tetapi dengan apa yang telah aku alami membuatkan aku percaya, jalanraya merupakan medium terbaik kita nak menilai sikap dan perangai seseorang. Betul tak?🙂 Kemudian, aku juga berpegang kepada dua faktor yang cukup menakutkan ketika berada di jalanraya iaitu pemandu Teksi dan pemandu berbangsa India. Kedua-dua faktor ini merupakan sesuatu yang aku cuba jauhi ketika berada di jalanraya. Minta maaf sekiranya kenyataan ini bersifat sensitif. Aku cukup benci dan menyampah dengan pemandu Teksi dan India yang memandu di jalanraya. Aku selalu mengalami keadaan yang mencemaskan dan merbahaya akibat daripada kedua dua jenis pemandu seperti ini. Entah apa yang patut di lakukan untuk mengubah sikap dan tatatertib mereka di kala memandu. Hopefully keadaan ini akan berubah.

Jadi aku rasa cukup setakat ini sahaja. Sebagai penutup entri kali ini, aku nak mengucapkan selamat sembuh dengan baik kepada rakanku semenjak aku kecil lagi iaitu saudara Redzuan yang mengalami kemalangan akibat dilanggar oleh seorang pemandu kereta sehingga menyebabkan bahunya patah. Bro, jaga diri baik-baik. Ada masa nanti aku datang melawat ko. Ok, jadi sekian bagi kali ini. Bertemu lagi di entri yang seterusnya. Berhati-hati di jalanraya. Wassalam….

Categories: WoRD LiFe
  1. April 22, 2007 at 10:42 AM

    Al-fatihah buat arwah Lans Koperal Johan Sulaiman…
    Ayah kepada sahabat aku, Joe (Koch)….

  2. April 22, 2007 at 11:49 PM

    tu la dia…
    semoga dicucuri rahmat

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s