Home > WoRD LiFe > Kelaparan?

Kelaparan?

iklan.jpg

Assalamualaikum WBT.

Anda lapar? Hubungilah talian 1300-13-1300. Pasti kami akan menghantar makanan ke hadapan pintu rumah anda. Hahaha, promosi la pulak.

Kenapa agaknya aku menjadi begitu rajin mempromosikan benda-benda alah ni ek? Haa…adalah ceritanya. Jadi untuk pengetahuan semua, aku kena rajin-rajinkan diri untuk promosikan barangan ini. Ini kerana organisasi tempat aku bekerja sekarang sedang bekerjasama dengan rangkaian makanan segera terkenal, McDonalds dalam pengurusan bahagian penghantaran makanan ataupun lebih dikenali sebagai McDonalds Delivery. Jadi aku mengambil sedikit peluang yang ada untuk mempromosikan benda-benda ini di halaman blok aku ni.

Sebenarnya aku tidak mendapat sebarang komisen daripada tindakan mempromosi ini. Ini hanyalah sekadar untuk bercerita dengan apa yang aku buat dan sedang usahakan selama ini. Aku sekarang sedang menguruskan operasi berkenaan dengan pengurusan perkhidmatan penghantaran makanan segera McDonalds untuk syarikat aku iaitu Deras Hijau Sdn Bhd. Syarikat ini bekerjasama dengan McDonalds untuk tujuan tersebut.

Walaupun aku rasa sedikit kelakar kerana menceburi bidang yang jauh tersasar daripada apa yang aku pelajari semasa di Universiti dahulu. Tetapi aku tabahkan hati dan nekad menyertai organisasi ini kerana ia mempunyai prospek yang besar pada masa hadapan. Ini kerana syarikat Deras Hijau ini sedang merancang untuk memperkembangkan sayap perniagaan dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang penghantaran (curior).

Jadi aku mengharapkan sokongan rakan semua agar aku berjaya dalam bidang ini. Bagi aku, cabang perniagaan sebegini boleh membawa banyak keuntungan dan pulangan yang lebih besar berbanding dalam bidang Librarianship. Aku akan berusaha keras untuk berjaya. Jadi, kalau anda berada di kawasan Kuala Lumpur atau Lembah Klang dan anda berasa lapar, jangan segan-segan hubungi talian 1300-13-1300, kerana di belakang tabir perkhidmatan itu, akulah yang menguruskannya.

Sekian, jumpa lagi.

Categories: WoRD LiFe
  1. April 22, 2007 at 11:50 PM

    aku nak beli la, aku nak beli la, aku nak makan burger nie…

  2. April 23, 2007 at 1:41 AM

    haa…baguih la kalo camtu…
    hang beli la. lg byk beli lagi untung kompeni aku..
    pastu akhir tahun aku ni bleh aku dpt untung..hehe

  3. April 23, 2007 at 9:17 AM

    sian hang na, apa nak buat, aku akan tetap menyokong serta mengomen hang nie…
    bak kata pepatah, ringan sama dijinjing, berat sama dipikul, benda makan banyak sama-sama kongsi, kalau takda, kena beli la.. hahahahaa…

    akher2 nie, banyak artikel serius la yang hang tulis nie na…. hang dah bertukaq arah ke atau bertukaq fahaman atau iddologi nie?

  4. April 23, 2007 at 9:39 AM

    Bukan bertukar ideologi..
    tu dinamakan sbg kepelbagaian la bro..
    ada benda yg terlintas dlm kepala,gua cerita la..
    tapi jgn amik serius la. just nak berkongsi pengalaman dan cerita.
    manalah tau kot boleh dijadikan pedoman n peringatan utk masa depan cam entri pasal kamalangan tu la…
    takpe la, pasni aku cerita bab2 yang lawak pulak la…
    nanti aku kumpul2 idea dulu..huhu..
    nampaknya blog aku ni kita berdua je la yg asyik mengomen….
    org lain dah tak join dah ek? cedihnyaa….

  5. bakthiar
    July 4, 2008 at 5:52 PM

    Yes i also want to eat Mcdonalds meals..Im LOVIN it..Pelangan yang dihormati tiada minimum atau maksimum untuk membeli makanan melalui McDelivery. Penat bekerja, Sibuk dengan kerja dirumah atau pejabat, malas keluar atau apasahaja.24 hour delivery. Penghantaran yang cepat ke rumah anda. Cubalah Order dan nikmati makanan dengan selera. Go go go Rider, Customer can’t wait now. Laparni…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s