Home > WoRD LiFe > Na’ilah Huda

Na’ilah Huda

img_0835.jpg

Na’ilah Huda, begitulah namanya…

Salam dan selamat sejahtera kepada semua. Pada kali ini aku nak menceritakan tentang satu kelahiran baru. Sebelum tu aku terlebih dahulu nak ucapkan jutaan tahniah kepada kakak aku dan juga abang ipar aku kerana telah mendapat bayi sulung mereka. Tahniah!

Pada 16 Mei 2007 yang lalu, lahirlah seorang bayi perempuan yang dinamakan dengan nama Na’ilah Huda. Bayi yang dilahirkan jam 11.30 malam itu keluar dari perut emaknya dengan berat kira-kira 3.5 kg. Alhamdulillah, dah jadi pakcik dah aku rupanya.

Jadi dengan keadaan aku yang terlalu sibuk dengan tugas harian, membataskan aku untuk pergi menjenguk kakakku semasa beliau melahirkan babygirl tersebut. Walaubagaimanapun, pada 20 Mei yang lalu aku gagahkan diri juga untuk pergi melawat baby tersebut di Kuantan. Walaupun hanya dapat meluangkan masa cuma beberapa jam sahaja, tetapi ianya cukup memadai untuk melihat keadaannya. Terasa diriku cukup tua kerana telah bergelar pakcik..haha…

Bila ditatap wajah bayi yang masih merah itu, aku dapat rasakan kepuasan dan kesyukuran yang amat sangat sekiranya aku berada di tempat kakak dan abang iparku yang telah bergelar ibu dan bapa itu. Dan aku juga berharap dengan sangat agar dapat merasai perasaan sebegitu suatu hari nanti….

“Anak”

Semasa engkau dilahirkan
Kau pun sudah satu impian
Impian nyata kurnia Illahi

Engkau anak istimewa
Kebahagian ibu ayah
Bila menangis dan juga tertawa

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Masa silih berganti
Kau membesar tak dikenali
Cepat sungguh kau pandai bicara

Apa yang telah terjadi
Pada mereka kau derhaka
Mengapa begitu apakah salahnya

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Kini kau telah tersesat
Hilang diri dan pedoman
Tak seorang pun mengambil peduli

Dan kini engkau menangis
Ibu ayah menghampiri
Walau engkau telah terpesong jauh

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Categories: WoRD LiFe
  1. May 24, 2007 at 5:20 AM

    ya sahabat,

    itu lah dia, sesunggohnya manusia akan jadi tua, begitu lah juga kat hang wahai amirnto.. hahahaaa.. selamat berjaya …
    nanti hang dah ada nak, lagi la rasa tua sebab dh jadi bapak wei… hehehe

  2. May 24, 2007 at 5:21 AM

    aku ingatkan hang salah taip tadi nie. sebab nama anak amy pon nabila huda..
    tu dia..

  3. nawfals^mummy
    May 24, 2007 at 7:04 AM

    whoa sudah jadik uncle..
    hmm jeles ni, xde entry utk nawfal..
    baby yg selalu kene kacao ngan uncle amien ms dalam perut!

  4. May 24, 2007 at 7:19 AM

    nawfals ke? ingatkan amien jr…huhu…
    kalo amien jr., mesti org kasi full entry punya la..
    untuk cik axl rose, aku akan larang kakakku bubuh nama nabila huda.
    tp kalo nabila ‘mutiara hati’ buleh la…hahahahaa…

  5. mama_ImanSyahirah
    May 25, 2007 at 2:46 AM

    tahniah !!! dah ada pangkat dah…mesti bb tu manja nanti ngan pak cik dia. dgr2 ko pun akan setitle ngan huda n som x lama lagi… klu tul impian ko akan tercapai la x lama lagi…hahahaha…

  6. nawfals^mummy
    May 25, 2007 at 9:07 AM

    ok, ok amien jr pun boleh la..
    amien jr aka nawfal.. leh la, leh la..

  7. myasara
    May 29, 2007 at 8:51 AM

    eh serupa la nama kita..tapi yg pangkal je la..mst esk besar jadi baik mcm aku..tul tak min?

  8. May 30, 2007 at 9:58 AM

    kak huda nie..
    baiknya mcm kucing nie.. miaw miaw…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s