Home > WoRD LiFe > Selangkah ke hadapan…

Selangkah ke hadapan…

hope.jpg

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, pada hari ini aku sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah mengurniakan keberkatanNya dalam kehidupan aku sehari-hari. Juga syukur kepada Allah kerana dengan limpah dan kurniaNya membolehkan aku meneruskan satu langkah ke hadapan dalam hidup aku sebagai seorang insan.

Pada tanggal 3 Jun 2007, dengan rasminya aku telah mengikat tali pertunangan dengan insan yang aku sayangi iaitu Yanti. Kasih sayang yang di semai sejak bulan Oktober 2005 itu nampaknya telah melangkah ke satu tahap baru dalam hidup aku. Maksud aku, sudah hampir sebelah kaki aku langkahi untuk membina mahligai bahagia bernama perkahwinan.

Pada pagi 3 Jun yang lalu, rombongan daripada pihak lelaki iaitu terdiri daripada ahli keluargaku bertolak dari Kuantan pada jam 9 pagi. Aku cuma menunggu kedatangan mereka di Kelana Jaya. Hampir 5 jam perjalanan, rombongan tiba di Kelana Jaya dan singgah dahulu ke rumah jiran sekampungku iaitu pakcik Abdullah Yob selaku wakil pihak lelaki. Rombongan kemudian berehat untuk seketika sebelum menyambung perjalanan ke rumah pihak wanita di Bukit Sentosa, Rawang. Perjalanan mengambil masa 1 jam begitu lambat kurasakan dan aku cukup berdebar-debar kerana inilah kali pertama aku menghadapi situasi seperti ini.

sdfi7y1.jpg

5457.jpg

Dan pada jam 3 petang, dengan rasminya tersarunglah cincin tanda pengikat kasih pertunangan kami di jari Yanti. Mulai saat ini aku rasakan tanggungjawabku telah bertambah berat demi untuk bekerja dengan lebih keras bagi mengejar impian mendirikan rumahtangga. Semoga aku dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki untuk menghadapi hari-hari bahagia tersebut.

Di sini juga aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam majlis yang serba ringkas ini. Terima kasih kepada mak, abah dan keluargaku yang bersusah payah datang. Terima kasih juga buat keluarga pihak wanita. Kemudian tidak lupa kepada pakcik Abdullah Yob selaku wakil pihak lelaki dan ahli keluarganya. Terima kasih buat saudara mara dan sahabat handai yang hadir bagi memeriahkan majlis ini. Terima kasih. Ada jodoh kita bertemu lagi untuk majlis perkahwinan pula key?

Terima kasih dan wassalam….

Categories: WoRD LiFe
  1. nawfals^mummy
    June 5, 2007 at 7:48 AM

    whoa..sudah bertunang mamat ni.. alhamdulillah.. congrats..
    xde lebihan cekelat utk kami di plf ke?

  2. nawfals^mummy
    June 5, 2007 at 7:49 AM

    amien nak tng baper lama ni?

  3. June 5, 2007 at 7:55 AM

    cokelat ek? byk lagi lebih, tapi jauh sgt la nak hantar kat PLF :)…
    tunang brape lama ek? emmm…tempoh tunang ni sama dengan tempoh amien jr duk dalam perot mama dia..kira la berapa la agaknya…huhu….

  4. myasara
    June 5, 2007 at 9:00 AM

    congrats aminto..tapi nape lak ko yg berdebar? bukan ko yg nak disarungkan cincin..haha..

  5. June 5, 2007 at 9:01 AM

    amiennnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn….

    dah tunang ke tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu???????????????
    wuyo.. itu lah dia cik yantie yang sering menjadi pujaan hati hang kan..

    pasai apa aku tgk muka yanti dalam blog nie lain cikit la dari friendster hang tu.. ada super impose ke?

    amin dengan baju belan ala ala hero dan seluaq slack itam sikit.. chewah…
    syoknya aku tgk abg amin… berseri-seri la…

    aku bukan apa, aku chuma sronok tgk kengkawan udah mara ke depan … beranikan diri buat benda yang tak peronah dibuat tu…

    aku doakan hang dan yantie selamat chepat2 la kawen nya.. aku kene le nunggu kamu pulak ye…

  6. mama_ImanSyahirah
    June 5, 2007 at 9:01 AM

    woit mr. amien …tahniah2! selamat menempuh alam pertunangan…nah bunga nih
    @–>—-

  7. nawfals^mummy
    June 5, 2007 at 9:05 AM

    yea yea uncle amien nak tawen..yea yea – nawfal

  8. June 5, 2007 at 9:20 AM

    hahahahahaa.. bestnya nawfal dah bule kecek la.. weeewitttttttttttt..

    betul la kak uda, pasai apa amin pulak yang berdebor-debor…. sepatutnya yantie la yg debor bnyk2… amin nie lawak la… hahahahaaa

  9. June 5, 2007 at 9:25 AM

    1) kepada myasara: aku berdebar-debar sbb aku dah sestatus dgn ko.

    2) kepada En. axl rose: ye tuan, saya telah bertunang. mmg berseri-seri dengan sket teknik superimpose. bab kawin kena la tunggu duku…tungguuuuuuu….dan darah aku skrg ngah manis, elok sekali untuk dibuat air sirap. canteek!

    3)kepada mama_ImanSyahirah: Terima kaseh kerna kasi bunga. akan ku campurkan kedalam sirap tersebut kasi wangi sket….

    4) kepada nawfals_mummy: tak sangka amien jr dah boleh menaip n hantar komen kat blog. mmg genius betul, segenius brother seniornya…sapa la tu ek?

  10. June 6, 2007 at 2:00 AM

    amin…..
    wow sekarang darah ko dah manis lah…!!
    ape2 pun congrat la ye… tapi nape muke yanti nmpk tembam cikit…
    gua suke design baju dier la cun dah mcm majlis nikah lak…
    wei amin, ko doakan la aku lak pasni huhu…

  11. June 6, 2007 at 6:28 AM

    sue…
    aku sentiasa doakan ko semoga cepat kawen..
    aku tak sabar nak tgk ko kawen sbb mesti nampak sebijik cam budak2 kecik main kawen2 kan?huhuhu…
    anyway aku mmg suka tembam2….senang hati la tu….

  12. June 7, 2007 at 6:39 AM

    suzila,

    dia kutuk hang lagi rupanya…
    tu semua chabaran tu, chabaran…

  13. nawfals^mummy
    June 7, 2007 at 8:28 AM

    ;p

  14. June 7, 2007 at 10:15 AM

    marah dia qibby, marah dia…

  15. June 7, 2007 at 11:33 AM

    awat hang jadi lagu ni axl rose?
    sejak nak menganjurkan acara ‘wet dream wedding’ ni….oooppsss! ‘dream wedding’ ni hang jadi kalut semacam je…apehal bro?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s