Home > WoRD LiFe > Pak Lah kawin lagi….

Pak Lah kawin lagi….

Salam dan selamat sejahtera semua.

Tamat cerita bahagia mengenai diriku. Kali ini aku nak membentangkan isu bahagia juga. Tapi kali ini bahagia orang lain. Kali ini aku nak mintak beberapa pendapat dan komen daripada rakan-rakan mengenai cerita ini.

Ceritanya ialah perkahwinan Perdana Menteri kesayangan Malaysia. Malaysia!!! Pak Lah kawin lagi!!!!

Cerita ini sungguh menarik untuk diikuti. Ini kerana semasa sidang akhbar yang telah diadakan beberapa hari yang lalu, ramai wartawan hadir dan memberikan tumpuan utama terhadap berita perkahwinan Pak Lah ini. Dan aku sebagai salah seorang rakyat Malaysia juga terasa berminat untuk mengikuti berita-berita yang aku anggap sensasi seperti ini.

Berikut adalah beberapa soalan-soalan menarik antara wartawan dengan Pak Lah semasa sidang akhbar beliau. Aku petik artikel ini daripada akhbar Berita Harian. Bacalah bersama-sama:

Wartawan: Pejabat Perdana Menteri hari ini mengeluarkan kenyataan mengenai Datuk Seri akan melangsungkan perkahwinan dengan Jeanne Abdullah, Sabtu ini. Boleh cerita lanjut mengenai berita gembira ini.

Abdullah:
Alhamdulillah, saya rasa gembira, syukur kepada Allah SWT kerana orang pilihan saya itu telah mendapat restu daripada anak-anak saya dan juga adik-adik saya. Mudah-mudahan hari yang telah ditetapkan itu, akan diadakan nanti, insya-Allah, majlis akad nikah.

Wartawan: Datuk Seri, berbulan madu di mana nanti?

Abdullah: (Ketawa)… tak rancang pun lagi, belum, belum. Nak kena bincang dengan orang yang berkenaan.

Wartawan: Bila kali pertama Datuk Seri jumpa dengan bakal isteri ini?

Abdullah: (senyum)… dah lama dah sebab Jeanne adalah adik ipar Allahyarham Kak Endon.

Wartawan: Apa yang membuatkan Datuk Seri tertarik kepada Jeanne?

Abdullah: (senyum) Oh yang tu ke… sebab ada hatikan. Saya ingat dia boleh jaga sayalah, boleh jadi teman sayalah.

Wartawan: Datuk Seri nanti akan bersanding?

Abdullah: Tak ada, orang tua kahwin.. (gelak)

Wartawan: Hantaran pula Datuk Seri, berapa banyak?

Abdullah: Tak ada, tak ada…. simple saja. Ini bukan nak kahwin kali pertama. Tak payah hantaran banyak-banyak.

Wartawan: Jadi perkahwinan ini diadakan dengan cara sederhana saja?

Abdullah: Ya, lebih sederhana. Yang pertama (perkahwinan) tu, besarlah. Lepas itu kali kedua, kecil…. kali ketiga lain sikit, empat lain sikit (gelak)…. ketiga, keempat tak ada dah. Kita henti setakat dua (gelak).

Wartawan: Ada rancangan nak bercuti selepas kahwin?

Abdullah: Belum ada rancangan cuti sebab lepas itu ada kerja. Saya nak pergi lawatan rasmi ke luar negara.

Wartawan: Jeanne bawa sekali?

Abdullah: Bawa sekalilah… dah ada teman (gelak)…. ehh itu pun nak tanya (gelak lagi).

Anyway, tahniah Pak Lah.Semoga beliau berbahagia bersama orang baru dan keluarga tersayang. Gua caya sama lu…

Categories: WoRD LiFe
  1. June 11, 2007 at 8:34 AM

    aku dari pihak arts.limited caw. palembang menguchapkan berbanyak
    tahniah la kapda perdana menteri malaysia kelima tu karna udah bisa meniqah sama
    ibu jeanne pada ari sebtu lepas..

    moga kalian berdua bisa mengechapi niqmat hidup sebgei suami istri…

    kapda pentadbir laman blog ini, bilakah pula kamu akan serupa sama beliau? hehe

  2. June 11, 2007 at 10:08 AM

    Jawapan daripada pihak pentadbir blog ini:

    SELEPAS MAJLIS “DREAM WEDDING”.🙂

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s