Home > WoRD LiFe > In Memory: Sazly 1983-2007

In Memory: Sazly 1983-2007

23420242960619l.jpg

Assalamualaikum…

Al-Fatihah.

Salam sejahtera semua. Sedekahkanlah Al-Fatihah buat rakanku yang telah kembali ke Rahmatullah, Allahyarham Mohd Sazly Md. Saat. Menurut sumber, beliau mengalami kemalangan di Melaka.

Perkenalan aku dengan arwah pada mulanya tidaklah secara ‘straight to the point’. Aku hanya mengenalinya atas dasar sahabat-sahabat yang lain. Maksud aku, aku mengenalinya kerana arwah merupakan rakan kepada sahabat serumahku semasa belajar di Universiti Teknologi MARA, kampus Puncak Perdana.

Mengingati kembali tempoh bersahabat aku dengannya amatlah menyenangkan. Walaupun tidak begitu kamcing, tetapi aku dapat menerima kehadiran arwah dengan senang hati. Sempoi, selamba, berterus terang, kelakar dan kadang-kadang misteri jugak la perangai arwah ini. Tetapi kami mempunyai minat yang sama, gila motor.

Arwah merupakan seorang yang gila motor. Yang pasti arwah memang cool kerana gilakan motor Vespa. Seingat aku arwah merupakan antara student yang mendapat perhatian ramai di kolej dengan Vespanya. Mananya tak dapat perhatian, bunyi Vespanya boleh didengari oleh sekalian umat pelajar kat kolej tu. Hahaha..

Itu cerita dulu, tapi sekarang semuanya hanya tinggal kenangan. Aku sebagai rakan mengharapkan agar isterinya tabah dalam menempuh dugaan ini. Dan akhir sekali semoga roh beliau dicucuri rahmat. Sekian.

In Memory: Mohd Sazly Md Saat. 1983-2007

Categories: WoRD LiFe
  1. June 28, 2007 at 9:51 AM

    kepada kawan mu itu, semoga Tuhan mencucuri rahmat yang banyak..

    semoga vespa yang dipakai oleh beliau akan menjadi landmark untuk rumahnya di Melaka…

  2. July 4, 2007 at 2:39 AM

    axl rose, rumah arwah bukanlah di melaka akan tetapi seingat hamba rumah beliau berada di tanjung karang. itu pun hamba tau dari ibu bapa hamba yang senantiasa berspeaking jawa bersama arwah.. arwah sangat terel dalam selok belok bahasa jawa. sekian

  3. July 4, 2007 at 6:00 AM

    ooooooo…jawa rupanya cik susila bambang wuduyono ni…

  4. July 5, 2007 at 3:03 AM

    amien, aku tak sangka dier pegi la… aku penah kuar jalan2 dgn dier. Dier bawak keta CAC aku. mase tu aku dgn leen mafia.
    al-fatihah la untuk dier…

  5. July 5, 2007 at 3:05 AM

    wei… jap amien… dier dh kawen ker??ko biar bebetol!!!

  6. July 7, 2007 at 1:08 AM

    yes my dear. arwah dah kawin semasa kita study dulu lg…seingat aku masa semester akhir kot. lebih kurang camtu la…tp perkara ni tak diketahui oleh semua org..hanya rakan2 yang terdekat je tau…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s