Home > WoRD LiFe > Benci akhirnya sayang…

Benci akhirnya sayang…

untitled.jpg

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Benci akhirnya sayang? Betul ker? Entahlah….Persoalan yang aku timbulkan pada entri kali ini adalah sekadar untuk berbincang dan berkongsi pendapat bersama rakan-rakan bloggers yang lain. Betul ke ada benci akhirnya menjadi sayang?

Nak dijadikan cerita, pada hari minggu yang lalu aku berkunjung ke rumah salah seorang rakan baikku dengan tujuan untuk menghadiri kenduri kawin kakaknya. Setibanya aku di sana, aku berkongsi meja dengan rakanku ini bersama-sama kekasih hatinya dan bersembang pelbagai topik dengannya. Dan dalam tempoh lebih 2 jam aku meluangkan masa, aku meminta diri untuk pulang.

Pada malam harinya aku terfikir mengenai kisah-kisah yang menarik ini. Benci akhirnya sayang. Sebenarnya banyak perkara yang melibatkan benci akhirnya bertukar menjadi sayang ni. Berbalik kepada cerita kawanku tadi, beliau juga aku kelaskan sebagai katagori mereka yang benci akhirnya menjadi sayang. Harap-harap kasih yang terbina ini akan berkekalan selamanya.

Sebenarnya aku juga mempunyai cerita yang sama. Aku mempunyai beberapa kawan yang kesudahan ceritanya hampir sama. Ada rakan-rakanku yang dahulu aku membenci tapi akhirnya kini menjadi kawan rapat dan tidak terputus hubungan. Semua ini berlaku semasa aku masih belajar di Universiti dan ketika aku sedang mencari-cari kehidupan. Walaupun benci, akhirnya menjadi sahabat yang setia berkongsi suka duka. Itulah nikmat persahabatan. Dan bagi aku, adalah lebih baik sekiranya benci menjadi sayang dan jangan pula sayang bertukar menjadi benci kerana ianya lebih menyakitkan.

Jadi sekian sahaja buat kali ini. Berjumpa lagi di lain masa. Carilah jalan untuk menjadikanlah diri anda disayangi ramai. Sekian.

Categories: WoRD LiFe
  1. mama_ImanSyahirah
    July 10, 2007 at 2:27 AM

    aku rasa tul la..dulu aku pun cenggitu tp x la sampai tahap benci..x suke ajer ..malas nak layan..las2 dia dah jadi hasben aku skang nih… kui..kui..kui..

  2. July 12, 2007 at 1:08 AM

    ye ke mama iman? baguih la kalo camtu…happy ending….mudah-mudahan pasni ada yang bakal mengikut jejak langkah mama iman key?

  3. July 16, 2007 at 9:50 AM

    hahahahaha..

    benci benci sayang.. adalah satu ungkapan yang penoh dengan makna yang tersendiri…
    baguih jugak camtu… mula2 tak suka, tapi kemudian teruih berkenan.. tak gitu bang amin?

  4. July 23, 2007 at 8:20 AM

    sebagai orang yang betol2 mengalami situasi di atas merasakan sangat klakar sbb dulu mmg sedap mulut je ngutuk d skrg betol2 kne kat muka sndiri. hah! apa tak dapat huhu…

    p/s: tak kenal maka tak cinta

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s