Home > WoRD LiFe > SUDUT NOSTALGIA

SUDUT NOSTALGIA

konvo-diploma.jpg

Assalamualaikum…

Diploma Pengajian Maklumat. Itulah nama sijil yang kalian semua dapat lihat dalam genggaman tanganku dalam gambar diatas.

Pada tanggal 19 Ogos 2004, secara rasminya aku menjadi salah seorang penerima Diploma daripada Universiti kesayangan bumiputera iaitu Universiti Teknologi MARA. Aku menerima Diploma ini di UiTM Shah Alam, tetapi tempoh 3 tahun yang aku korbankan dengan penuh jiwa raga untuk mendapat penghargaan ini adalah berpusat nun di sebuah negeri yang aku belum pernah diami sebelum ini iaitu bumi Kelantan Darul Naim.

Aku cukup bersyukur kepada Ilahi atas kurnianya aku berjaya mencapai anugerah ini. Walaupun pada mulanya aku ragu-ragu dan khuatir untuk meneruskan pengajian kerana dua faktor berikut: Belajar di Kelantan & Tidak berminat melanjutkan pelajaran. 2 faktor tersebut adalah merupakan sesuatu yang cukup kuat untuk aku tempuhi dan atasi demi mencapai apa yang aku perolehi hari ini. Faktor belajar di Kelantan cukup untuk mengganggu tidurku setiap hari kerana aku belum pernah menjejakkan kaki di sana dan aku tidak berapa selesa dengan budaya Kelantan (sebab rakan sekolahku ramai orang Kelantan). Faktor ini sahaja sudah cukup membimbangkan aku.

Masih lagi aku teringat hari pertama aku menjejakkan kaki di bumi Kelantan. Aku dihantar oleh keluarga dengan menaiki kereta. Setibanya di sana aku rasakan seperti berada begitu jauh didalam hutan. Kalau diikutkan sejarah, tapak untuk UiTM kampus Machang memang merupakan kawasan hutan dan sedikit keras. Kalau dahulu ianya digelar Bukit Anjing, tetapi telah ditukar dengan nama Bukit Ilmu untuk menghormati pembangunan pusat pengajian ini. Jadi perasaan berbelah bagi memang berkembang mekar dalam sanubari aku ni. Tapi dengan semangat dan jatidiri yang ada, aku tabahi tempoh 3 tahun demi untuk menimba ilmu pengetahuan dan memperolehi apa yang aku idamkan iaitu segulung Diploma.

Akhirnya, dengan berkat usaha gigih aku berjaya juga. Walaupun tidak secemerlang mana, tetapi aku berbangga kerana di dalam ramai pelajar-pelajar lelaki, aku merupakan antara beberapa kerat yang tidak pernah sekalipun gagal dalam setiap mata pelajaran. Tahniah! Jadi ini semua merupakan kenangan aku pada zaman aku belajar dahulu. Jadi harapan aku, semoga catitan digital ini akan menjadi kenangan buat diriku untuk masa depan. Sekian.

Categories: WoRD LiFe
  1. July 18, 2007 at 11:46 PM

    amboi budak nie…
    bukan main lagi na hang kutok qlate na…. nanti aku pi habaq kat pok nik…
    kawe dengae pok nik tu saing…

    lagu mana pon, hang dah selamat dan berjaya belajaq budaya org2 sana. tu bagus tu, mcm aku dulu jugak, tak peronah tau budaya itm shah alam yang glamer dan havoc tu… besaqnya tempat nie… takut la aku….lama kelaman jadi biasa dah, budak2 pon ada yang mcm kita jugak, mai jauh2 dari negeri lain…

    menchari ilmu sampei ke s alam…

  2. July 19, 2007 at 5:48 AM

    betui tu encik axl rose…
    kawe buke mengutuk…sajo je rhoyak lagu tu..
    kawe sebenarnye nak cerito pengalame kawe dulu2…
    anyway, meme kawe doh selamat grad, ya beda bedu…

    sebage peringate, cariloh ilmu sampa ke negeri china…peace!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s