Home > WoRD LiFe > Mr. Amien = 24!

Mr. Amien = 24!

dadad.jpg

Assalamualaikum WBT.

Bertemu kembali dalam entri terbaru ini. Kali ini aku nak ceritakan sedikit kisah-kisah diriku yang akan menyambut ulangtahun kehidupan yang ke-24 pada 25 Julai 2007 ini. Sedar tak sedar aku dah semakin tua.Tapi walaubagaimanapun aku tetap macam dulu, periang, kelakar, gila-gila dan masih muda dalam diriku. Jadi kalian bacalah kronologi ini serba sedikit sebelum aku menyambung cerita.

25 Julai 1983:
Lahirkan seorang manusia bernama Mohd Aminuddin kira-kira jam 8.20 pagi hari Isnin.

25 Julai 1984:
Genaplah usia Mr. Amien satu tahun

25 Julai 1985 – 25 Julai 2000:
Tiada catatan mengenai sambutan ulang tahun kelahiranku kerana keluargaku bukanlah daripada kalangan mereka yang suka menyambut ulang tahun ini. Seluruh ahli keluargaku meneruskan tradisi ini. Tiada sambutan hari lahir.

25 Julai 2001:
Aku menyambut ulang tahun kelahiranku di bumi Cik Siti Wan Kembang, Kelantan. Pertama kali aku jejakkan kaki ke sini. Tiada sambutan besar-besaran, sekadar keluar makan bersama rakan-rakan.

25 Julai 2002:
Rakan-rakan karibku mengadakan jamuan kecil-kecilan untuk menyambut ulang tahun kelahiranku di UiTM cawangan Machang, Kelantan. Mereka menyediakan tempat di belakang Dewan Serbaguna UiTM Machang dan mengadakan jamuan di situ. Antara rakan-rakanku yang hadir menyempurnakan acara itu ialah Suzila, Biey, Danial, Syuheir, Zaimah dan Julia. Terima kasih kawan!

25 Julai 2003:
Sambutan hari lahirku di selubungi kesedihan kerana satu sebab yang tertentu. Walaubagaimana pun semua itu telah mendewasakan diriku sehingga aku mampu berdiri teguh dan hidup gembira sehingga sekarang.

25 Julai 2004:
Sambutan hari lahirku biasa-biasa sahaja. Sekadar keluar makan bersama rakan sekolej di Puncak Perdana. Semuanya gara-gara terpaksa membiasakan diri dengan suasana baru di UiTM Shah Alam. Tahun pertama aku sebagai pelajar Ijazah Pengurusan Maklumat.

25 Julai 2005:
Tiada sambutan. Hanya memperingati hari lahirku dengan melepakkan diri di kolej sahaja. Walaubagaimanapun tahun ini cukup bermakna kerana bertemu kekasih hati yang baru dan kini telah menjadi tunangku. Juga tunangku telah menghadiahkan sebuah jam tangan berjenama ‘Alain Delon’ yang harganya cukup mahal bagiku. Terima kasih sayang!

25 Julai 2006:
Hari lahirku disambut dengan kekasih (tunangku) tercinta. Keluar makan bersama demi untuk memperingati sambutan hari lahirku ini. Juga rakan-rakan sekelasku diketuai oleh Sue dan Ayien menyediakan satu kad ucapan hari lahir yang cukup besar dan kemudian ditandatangani oleh semua rakan-rakan sekelasku. Aku cukup terharu! Terima kasih rakan-rakanku semua! Thanks!

25 Julai 2007:
Just wait and see. Next year I’ll prepare the story about it. Hahaha!

Jadi sebagai penutup, aku pertama sekali cukup bersyukur kepada Allah kerana dilahirkan dengan sempurna dalam keluarga yang cukup bahagia. Alahmdulillah. Kemudian aku juga berasa sungguh gembira kerana kehidupanku diselubungi kegembiraan dan keriangan kerana mempunyai rakan taulan yang begitu hebat dan baik yang mana aku tidak dapat lupakan penghargaan mereka kepada diriku. Terima kasih semua. Aku rasakan mereka-mereka ini tergolong dalam golongan yang cukup baik dan mengenal dengan mendalam apa erti persahabatan.

Jadi, terima kasih semua. Semua kegembiraan ini berterusan kepada kesemua mereka.

Categories: WoRD LiFe
  1. July 23, 2007 at 8:27 AM

    salam amin…

    aku ingat lagi 25 july 2002 tuh…!!! klu ko nak tau malam sebelum hari kejadian penat sampai tido lmbt kami buat bintang drpd kertas2 kecik pastu gunting lagi kertas kecik2 nak buat hadiah ko hahaha!!! lawak ar!!! amin… aku rindu la zaman kegemilangan kat machang…. betol nih!!!

    yang 25 july 2006, kitorang nak bagi ko enjoy je tak mo moody2 sbb dulu ko suker moody tanpa sebab yang kitorang susah nak describe!!!

  2. July 23, 2007 at 9:35 AM

    selamat menyambut 24 wahai sang amin…

  3. July 23, 2007 at 12:26 PM

    terima kasih sahabatku!
    aku sungguh terharu mendengar cerita ‘belakang tabir’ ko ni…
    terima kasih bebanyak. aku pun rindukan zaman diploma dulu…
    banyak kenangan bersama kawan2 yang tak dapat aku lupakan sampai sekarang…
    teriimmaaaaaa kaaseeeeeeeyyyyy…..

  4. July 24, 2007 at 4:17 AM

    happy birthday.semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki amin…

  5. July 24, 2007 at 8:47 AM

    trima kaseh kepada yang menge’wish’ hepi besday kat aku…huhu…
    takkan wish je, hadiahnya maner?

  6. July 25, 2007 at 10:04 AM

    amboi nak adiah la pulak budak nie…
    selamat berjaya…
    aku bg la adiah dlm bentuk digital nanti.. hahahaha…

  7. July 25, 2007 at 10:38 AM

    baaikkkk!!!!!

  8. jelapang
    July 26, 2007 at 12:12 AM

    selamat hari lahir incik amien…
    semoga panjang umur, murah rezeki & hidup diberkati hendaknya

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s