Home > WoRD LiFe > Amaran kepada penulis blog

Amaran kepada penulis blog

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Diharapkan agar semuanya sihat sejahtera. Di kala ini aku ketandusan idea untuk bercerita tentang sesuatu.

Setelah menerima banyak ucapan selamat hari lahir dari teman-teman tak kira melalui sms, ucapan, friendster dan juga termasuk blog ini, hari-hari yang aku lalui semakin riang. Riang gembira mengenangkan masih ramai rakan-rakan yang masih mengingati aku. Terima kasih.

Jadi kali ini sebagai selingan, aku ‘copy and paste’ artikel online yang aku bace pada 25 Julai yang lalu mengenai dunia blog. Harap kalian mendapat serba sedikit maklumat mengenainya.

Sumber: Berita Harian Online – 25 Julai 2007

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak malam tadi menegaskan pengendali dan penulis laman blog yang membangkitkan isu berbau perkauman atau menghina agama tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kebebasan menulis atau memberi pandangan ada hadnya dan kerajaan tidak akan membiarkan mana-mana pihak mengganggu gugat perpaduan negara serta menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat.

“Mereka mesti bertanggungjawab sepenuhnya kepada laman web mereka dan tidak menganggap sikap toleransi kerajaan sebagai lesen untuk menyiarkan apa saja atas nama kebebasan bersuara tanpa memikirkan kesannya kepada masyarakat. Kerajaan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan masyarakat,” katanya ketika berucap pada Malam Wartawan Malaysia 2007 dan majlis penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2006.

Kelmarin, Umno membuat laporan di Balai Polis Daerah Dang Wangi terhadap laman web Malaysia Today kerana menyiarkan komen sensitif berhubung isu kedaulatan Yang di-Pertuan Agong, Islam dan perkauman.

Najib dalam ucapannya menjelaskan perkembangan mendadak teknologi komunikasi menyebabkan media cetak dan elektronik kini bukan lagi menjadi pembekal tunggal maklumat. Bagaimanapun, katanya, pengendali dan penulis laman web juga mesti menunjukkan sikap bertanggungjawab, berhati-hati dan teliti serta menghargai hasrat rakyat Malaysia untuk membina sebuah negara yang aman dan stabil.

“Tindakan sesetengah pengendali dan penulis laman web bercanggah dengan profesionalisme pengamal media serta melanggar etika kewartawanan yang mengajar wartawan melapor yang benar, bersikap objektif, saksama dan memperoleh maklumat dari sumber rasmi dan sahih.

“Atas nama kebebasan, laman web ini membenarkan fitnah, pembohongan, maki hamun, penggunaan kata-kata kesat, keji dan bersifat perkauman disiarkan tanpa mengambil kira kesannya pada pembaca atau pihak yang terbabit.. Ini satu perkembangan tidak sihat dan boleh mengganggu gugat perpaduan dan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Categories: WoRD LiFe
  1. July 31, 2007 at 2:04 AM

    heheh…ne yang takut ne…nak tulis kat blog kene hati2.kalau tak kene penjara.hehehhe.tak dapat kawin.

  2. July 31, 2007 at 9:48 AM

    hahaha..kawen dalam penjara la cik wana oii…

  3. September 20, 2007 at 3:01 AM

    klu kawen dlm penjara nk jemput sapa?jgn jemput ema sudah la.simpang malaikat 44.apa khabar abg Amien?semoga c-hat wal lepat liat.he..he..he..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s