Home > WoRD LiFe > Informasi: M-Akaun

Informasi: M-Akaun

Salam dan selamat sejahtera.

M-Akaun. Begitulah bunyinya perkhidmatan yang disediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mana diperkenalkan pada tahun lepas untuk kemudahan orang ramai unutk menyemak penyata caruman akaun KWSP mereka.

M-Akaun. Satu perkhidmatan yang mana membolehkan pengguna mendapatkan maklumat akaun KWSP mereka melaull sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Jikalau dahulu pihak KWSP menyediakan I-Akaun yang mana aksesnya adalah terhad hanya dengan menggunakan internet. Tetapi M-Akaun hadir dengan menampilkan perkhidmatan menggunakan SMS yang mana khimat ini tertumpu kepada pengguna yang tidak mempunyai masa untuk berurusan secara konvensional (macam aku la).

Cukup mudah untuk menggunakan perkhidmatan ini, pengguna telah mendaftar untuk menggunakan I-Akaun hanya perlu mangaktifkan M-Akaun dengan menaip AKTIF dan hantarkan ke 36373. Caj 20 sen akan dikenakan untuk untuk setiap mesej yang dihantar. Manakala pendaftaran untuk I-Akaun pula boleh dibuat melalui laman web http://www.kwsp.gov.my/

Kelebihan M-Akaun
• Dapat diakses setiap hari
• Pendaftaran percuma
• Boleh mendapatkan ringkasan penyata KWSP walaupun tiada talian internet untuk mengakses I-Akaun
• Tidak perlu beratur, mencari tempat letak kereta dan meredah kesesakan lalulintas untuk berurusan secara konvensional

Kaedah menggunakan M-Akaun
• Daftar dan aktifkan I-Akaun
• Daftar dan aktifkan M-Akaun
• Hantar kata kekunci tertentu untuk mendapatkan maklumat tepat

Cara-cara untuk mengakses M-Akaun
Taip kata kunci berikut untuk mendapatkan maklumat tertentu:

kwsp.jpg

Categories: WoRD LiFe
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s