Home > WoRD LiFe > SUDUT NOSTALGIA

SUDUT NOSTALGIA

model-poyos.jpg

Berikut adalah gambar peserta-peserta peringkat akhir pertandingan Mencari Bintang Poyo tajaan syarikat Pn. Azizah adek-beradek. Hahahaha..

Kenangan. Itulah yang aku dapat gambarkan apabila tiap kali melihat gambar di atas. Sungguh mesra rakan-rakanku semua ini dalam memberikan ‘pose’ yang terbaik sempena hari-hari terkahir kami sebagai pelajar Universiti Teknologi MARA cawangan Puncak Perdana. Secara lebih terperinci, ini merupakan gambar kami semua membuat Presentation (pembentangan tugasan) buat kali terakhir sebagai pelajar Ijazah Pengurusan Maklumat, UiTM.

Sungguh gembira apabila berjuang bersama rakan-rakan dalam mengharungi hari-hari yang mencabar sebagai seorang pelajar universiti. Setiap hari diselubungi kesibukan untuk menyiapkan tugasan, presentation dan peperiksaan yang mana menuntut setiap daripada kami untuk berkorban masa dan tenaga. Sungguh seronok bergelar pelajar universiti.

Masih terimbau dalam kotak fikiranku dimana aku bersama ahli kumpulanku berjuang sehingga jam 5 pagi menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah. Tetapi aku pula terpaksa berjuang secara lebih masa (Over Time) sehingga jam 8.59 pagi untuk menyiapkan Presentation bagi subjek berkenaan yang mana Presentation tersebut akan diadakan tepat jam 9 pagi. Sungguh gila! Tetapi kami semua mengharunginya dengan penuh jaya!!

Walaubagaimanapun, semuanya itu hanya tinggal kenangan yang indah. Hari ini, semuanya telah berpisah dan mencari arah tujuan masing-masing. Semuanya mengejar sebuah penghidupan yang lebih terjamin untuk masa depan. Semuanya telah meninggalkan kenangan indah tersebut sebagai satu memori yang tersemat di dalam fikiran. Selamat berjaya semua rakan-rakanku. Aku rindukan kalian semua!

Categories: WoRD LiFe
  1. August 6, 2007 at 8:54 AM

    Salam amien raptor…

    izinkan ku memperkenalkan satu-persatu peserta-peserta mencari bintang poyo diatas.

    bermula dari depan…
    yang memakai baju merah (muka macam pemain bola sepak) – ikram yang kitorang panggil MAT YANG asal dari german nih jauh betol…

    dari kiri…
    yang pakai tudung dan berkaca mata – khairunnisa yang kitorang panggil IRUN
    sebelah irun, gadis manis bertudung koko – suzila nama diberi. kawan-kawan panggil SUE katek (aku anggap ‘katek’ tu maksudnya cantek la)
    lelaki sebelah sue yang berkemeja hitam, berspek mata, berseluar yingki, berkaki ayam – mohd aminuddin tp kitorang panggil AMIEN raptor

    belah belakang pulak… dari kiri
    yang angkat tangan ala-ala fairy tu nur azreen – tp name glamer AYIEN
    jejaka terakhir yang tersenyum manis kat belakang adalah papa rap kelas IS223/B name penuh kamaruzzaman tp name kosong MAN

    nampak gayanyer pertandingan semakin sengit kerana tinggal 6 orang sahaja iaitu orang yang paling berbakat… nantikanlah kemunculan juara pada episod akan datang… sekian.

  2. August 6, 2007 at 8:55 AM

    vote pertama….

    nak pilih AMIEN raptor sebab posing daring giler

  3. August 6, 2007 at 8:55 AM

    kiter nantikan vote kedua pulak

  4. August 6, 2007 at 8:56 AM

    vote kedua…

    vote AMIEN sebab muka ala-ala kudus

  5. August 6, 2007 at 8:57 AM

    ………………………………….

  6. August 6, 2007 at 8:58 AM

    tiada siapa mau vote lagi ker????

    cepat cepat peluang masih dibuka……..

  7. August 6, 2007 at 8:59 AM

    yaaa…… kiter sudah tau keputusan pertandingan ini dimenangi oleh AMIEN raptor dimana dia telah dinobatkan sebagai Bintang Poyo tajaan syarikat Pn. Azizah adek-beradek… syabas syabas….!!!! sila pakai crown juara anda…..

  8. August 6, 2007 at 9:07 AM

    terima kaseeyyy (ala2 alleycats)

  9. August 7, 2007 at 4:49 AM

    wei amien……. aku luper la kiter dulu group A ke B hah???
    lawak tol aku nih!!!!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s