Home > WoRD LiFe > BANK DALAM HIDUPKU

BANK DALAM HIDUPKU

7a0a6e83ffaec0.jpg

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada kali ini aku nak bercerita tentang suatu benda yang penting dalam hidup manusia. Jikalau dahulu, ketika masih kecil kita pasti tidak mengetahui apakah kepentingan bank dalam hidup. Tetapi apabila dewasa, pasti semua akan mengakui kebenaran betapa Bank merupakan satu daripada kemestian dalam hidup tertutamanya kepada mereka yang bekerja di bandar-bandar.

Walaupun kepentingan dan peranan Bank itu cukup besar, tetapi ianya tidaklah sepenting oksigen yang kita sedut tiap-tiap hari. Hahaha..Tapi pasti ramai yang akan menganggukkan kepala apabila ditanya pernahkan mereka menggunakan perkhidmatan Bank dalam hidup. Pasti jawapannya Ya!

Jadi, isu kali ini aku nak menyentuh tentang keperluan Bank dalam hidup manusia (macam ceramah agama pulak!). Aku juga merupakan salah seorang manusia terpilih (konon) untuk menggunakan perkhidmatan perbankan ini. Contoh terbaik ialah untuk membayar hutang PTPTN aku yang jumlahnya sama dengan sebuah Proton Wira 1.5 GLi second hand tahun 2004. Punyalah banyak hutang berkenaan sehingga aku rasakan sepanjang kehidupan ini akan aku gunakan untuk pergi ke bank bagi menyelesaikan masalah kehidupanku tersebut.

Berbalik kepada Bank tadi. Sudah semestinya perkhidmatan Bank ini menjadi pilihan terbaik bagi mereka yang berurusan secara konvensional seperti aku. Kalau diikutkan hati, hendak juga aku menyelesaikan perkara ini melalui kaedah Perbankan Internet. Tetapi tahap kewas-wasan aku terhadap perkhidmatan sebegini mencapai peratusan hampir 150%!! Pernah aku terbaca di dalam sebuah akhbar tempatan bahawa seorang pereka persian yang juga dikategorikan sebagai Expert tahap 8 dalam bidang komputer juga pernah kantoi dan terpedaya apabila menggunakan khidmat Maybank2U…Jadi, ianya menimbulkan ketidakpercayaan dalam diriku untuk berurusan cara sebegini. Entahlah, mungkin suatu hari nanti akan ada perkhidmatan yang lagi canggih dan aku mungkin pertimbangkan semula untuk menggunakan kaedah ini.

Sebagai rakyat Malaysia yang hidup aman makmur, aku rasakan perkhidmatan Bank ini memang cukup penting dalam kehidupan dan hampir setiap hari pasti akan ada urusan dengan pihak Bank yang berlaku dalam hidup kita. Jadi harapan aku agar perkhidmatan sebegini akan dipertingkan dan diperbaiki demi memberikan kepuasan dan tahap kepercayaan yang tinggi.

Sekian. Sampai berjumpa lagi.

Categories: WoRD LiFe
  1. August 17, 2007 at 8:00 AM

    duit…duit…di mana kau duit….hari2 ku nak duit….hehehe

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s