Home > WoRD LiFe > Selamat Pengantin Baru – Aziah & Alnizan

Selamat Pengantin Baru – Aziah & Alnizan

yah-kawin.jpg

Assalamualaikum WBT.

Selamat Penganti Baru. Tahniah kepada kakak aku Noor Aziah yang telah selamat di ijabkabulkan dengan pasangannya, Abang Alnizan pada 11hb Ogos yang lepas. Tahniah!

Pada 10hb Ogos 2007, aku mengambil cuti tahunan semata-mata untuk hadir membantu majlis perkahwinan kakakku yang diadakan di Kuantan, Pahang. Walaupun masih berada dalam keadaan yang demam dan selsema, itu tidak menghalang aku untuk turut sama memeriah dan membantu majlis tersebut.

Majlis pada 11 Ogos berjalan dengan cukup sederhana dimana jamuan makan diadakan secara ‘Buffet’. Rombongan pengantin lelaki telah hadir awal iaitu dalam jam 11 pagi dari Terengganu (ganu kite). Rombongan menumpang seketika dirumah jiran yang berhampiran sementara menunggu kedatangan Tok Kadi yang akan menguruskan acara akad nikah. Aku dan abangku ditugaskan untuk menjemput Tok Kadi yang ketika kedatanganku ke rumahnya, beliau ketika itu masih belum memakai baju lagi (kurang preparation). Aku terpaksa menunggu lebih kurang 10 minit, barulah beliau bersiap dan berjaya mendarat dengan selamatnya dipersekitaran rumah pengantin perempuan. Hahaha…

Majlis akad nikah dimulakan dengan penuh debaran bagi pihak pengantin lelaki. Keadaan yang agak merimaskan kerana seluruh kaum kerabat hadir untuk menyaksikan acara ini. Setelah 3 kali cubaan, barulah pengantin lelaki berjaya melafazkan akad dan termakbullah impian dan hasrat mereka menjadi suami isteri. Selepas itu pengantin mengambil tempat untuk majlis persandingan sekitar jam 2 petang dengan diiringi paluan kompang dan usikkan manja daripada Deejay yang ditempah khas pada hari berkenaan. Dalam kesibukan majlis berkenaan, sempat juga aku ‘request’ lagu Widuri nyanyian Broery Marantika untuk melayan perasaanku yang sedang blues-blues ketika itu..🙂

Jadi sebagai penutup, aku selaku adik kepada pengantin perempuan dengan ini ingin mengucapkan jutaan tahniah atas perkahwinan ini dan semoga ianya berkekalan sehingga akhir hayat. Tahniah! Tahniah!

Berikut adalah beberapa foto kenangan majlis tersebut:

img_1044.jpg
Saat pengantin lelaki berpeluh jantan

img_1071.jpg
Tersarungnya cincin pengikat kasih

img_1100.jpg
Hari yang panas

img_1120.jpg
Mister Amien memeriahkan majlis

img_1056.jpg
Budak-budak yg tak bleh tgk org senang

Categories: WoRD LiFe
  1. August 14, 2007 at 1:34 AM

    amin…awat mata macam org mengantuk je ne…kalahkan pengantin arr dia ne….sapa yg solekkan akak amin?

  2. August 14, 2007 at 11:07 AM

    hehe…biasa la…org ni sibuk mengalahkan org yg kawin lagi tau? tu yg mata cam mata panda je tu…

  3. August 15, 2007 at 2:09 AM

    ehhh baru perasan ke mata macam panda.kekekek…jangan mare amin…gurau je.hukhuk

  4. August 15, 2007 at 2:10 AM

    agaknye kalau amin kawin, mata amin bagaimana ye nanti??kalau sekarang ne dah macam panda…kemungkinan kalau dah kawin, adakah mata amin macam piguin?huhuh

  5. August 16, 2007 at 3:29 AM

    ko bile Amin? jgn tunggu lama2..hehe..

  6. August 16, 2007 at 5:07 AM

    tahniah kat kakak amien tu…

    selamat berkahwen jugak wahai amiento… haha

  7. August 16, 2007 at 5:50 AM

    aku blom kawen lagi la cik nandre ooii..
    dah lama tak dengar komen dari ko..ke mana menyepi?
    tahulah dah ada org temankan tido. tak ingat dah kita kat sini ek? Hahaha…

  8. sue
    August 21, 2007 at 1:03 AM

    tahniah kepada kakak amien! harap lepas ni ko plak ikut jejak kakakmu itu..letih la mak bapak ko nak wat kenduri lg… hahahaha

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s