Home > WoRD LiFe > Reunion day?

Reunion day?

Assalamualaikum.

Salam sejahtera semua. Semalam 5hb September 2007, merupakan antara hari yang gembira dan ceria buat diriku. Hari yang cukup ceria sehingga ke tengah malam dan diakhiri dengan tidur yang nyenyak dan gembira. Hahaha..

Pada waktu pagi semalam, aku menghadiri temuduga kerja di Universiti Pertahanan Malaysia di Sungai Besi. Keputusannya masih belum diterima, dan ia bukannya kegembiraan kepadaku. Jadi apa yang gembiranya?

Semalam aku berjumpa kembali teman-teman dan rakan-rakan lama. Bukan seorang, tetapi ramai! Sungguh menggembirakan. Pertama sekali aku berjumpa Man, rakan baik yang sekelas denganku semasa belajar di UiTM dahulu. Memang telah lama aku bercadang ingin menemuinya, tetapi dek kerana kesibukan harian ianya tertangguh sehingga kini. Tetapi pada hari semalam aku berjumpa juga semasa sesi temuduga kerja tersebut. Sungguh gembira. Perasaan gementarku bertukar menjadi kegembiraan dan havoc bila berjumpa beliau. Bermacam perkara kami ceritakan semalam seolah-olah tiada sesi temuduga yang aku hadapi pada hari itu. Man man..macam-macam la ko ni!

Selepas habis sesi temuduga, aku terus ke Putrajaya (kerana jaraknya dekat) untuk mengadakan lawatan sosial ke Pejabat lamaku dan bertemu rakan sekerja dahulu yang kini semakin ceria aku lihat. Mungkin disebabkan gaji dah naik kot. Haha.. Jadi disini aku bertemu rakan-rakanku sambil bercerita dan mengumpat pelbagai perkara tentang manusia-manusia yang kami kenali. Sungguh gembira apabila mendengar cerita-cerita baru dan lama dari mereka. So kepada Sue, Maria, Suhana, Suliana, Huda dan Shimie, semoga anda bergembira dengan kerja dan tanggungjawab yang ada sekarang. Aku tidak akan putus untuk melawat kalian semua sekiranya ada masa terluang. Cuma aku sedikit kesal disebabkan tidak dapat menemui Nandre, Tengku Halim dan Munmon disebabkan mereka mempunyai agenda yang tersendiri pada hari tersebut. Lain kali pula kita berjumpa ye?

Dan pada waktu malam, aku menghabiskan masaku bersama tunang tercinta pergi menonton wayang di Midvalley. Cerita ‘Rush Hour 3’ lakonan Jackie Chan dan Chris Tucker memang menghiburkan dan menambahkan perisa keceriaanku pada hari tersebut. Dalam pada bersesak sesak membeli tiket, aku terjumpa Pensyarah Bahasa Perancisku di UiTM dahulu, Mademoiselle Vimala Pillay yang sedang membeli tiket wayang. Hendak juga aku bertegur sapa dengannya dan menyebut “Bonsour mademoiselle, comme ca va?” tetapi tidak berkesempatan. Tidak mengapa, mungkin akan berjumpa semula lain kali.

Jadi keceriaanku berakhir pada malam tersebut. Apabila keletihan melanda, aku akhiri dengan tidur yang cukup nyenyak. Zzzzzzzzzz…

Categories: WoRD LiFe
  1. September 7, 2007 at 4:07 AM

    aku pun gembira jugak pada hari itu kerana keesokan harinya aku telah berusia 26 tahun..dah tau aku rupanya..hahaha..

  2. September 7, 2007 at 4:07 AM

    aku pun gembira jugak pada hari itu kerana keesokan harinya aku telah berusia 26 tahun..dah tua aku rupanya..hahaha..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s