Home > WoRD LiFe > Bumi kian berat punca gegaran?

Bumi kian berat punca gegaran?

Dipetik daripada akbar Berita Harian, 14 September 2007

KUALA LUMPUR: Pembangunan pesat yang menyebabkan permukaan bumi menjadi berat serta tidak mampu menyerap beban tekanan adalah antara punca utama kawasan Pantai Barat, Utara dan Selatan Semenanjung merasai gegaran gempa bumi yang berlaku di Sumatera Selatan.

Pensyarah Geologi Jabatan Geologi Universiti Malaya, Prof John Kuna Raj, berkata gabungan faktor berkenaan yang ditambah jarak kejadian gempa yang berhampiran Semenanjung menjadikan kesan gegaran agak ketara di sesetengah tempat.

“Apabila penduduk bertambah, pelbagai pembinaan termasuk kawasan perumahan baru, industri serta bandar dengan bangunan pencakar langit dibangunkan. Ia menjadikan permukaan bumi secara berperingkat mengalami tekanan.

“Apabila gegaran berlaku di kawasan berkepadatan tinggi, ia dapat dirasai dengan ketara kerana kawasan muka buminya tidak dapat menyerap beban gegaran ke dalam bumi berbanding 20 tahun lalu di mana pembangunan belum meluas,” katanya ketika dihubungi semalam.

earth4.jpg

Kesimpulan:

Jadi apa yang kalian semua dapat simpulkan dengan fenomena yang melanda dunia dan negara Malaysia kita yang tercinta ini. Kalau dahulu memang tiada fenomena begini tercetus, tetapi akhir-akhir ini terdapat banyak malapetaka dan bencana alam yang melanda negara kita.

Mungkinkah muka bumi kita ini sudah berat? Ataupun sememangnya negara kita telah berat dengan pelbagai dosa yang mengundang musibah sebegini? Fikirkanlah…

Categories: WoRD LiFe
  1. September 18, 2007 at 6:01 AM

    amin…..
    fikir2kan lah ye.heheheheh……

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s