Home > WoRD LiFe > Capoeira Action Team, UiTM Machang

Capoeira Action Team, UiTM Machang

Salam. Selamat berpuasa rakan-rakanku sekalian.

Pada kali ini aku ingin menceritakan tentang sebuah kenangan lama. Kenangan yang mana sehingga kini masih lagi terpahat dalam memori dan ingatanku. Dan kenangan ini jugalah yang banyak memberikan aku keyakinan dan kegembiraan dalam hidupku dahulu.

Bunyinya seakan-akan ingin mengajak kalian semua mengikuti kisah cinta kan? Tapi sebenarnya tidak. Kisah yang aku ingin bicarakan di sini ialah kisah mengenai sebuah seni mempertahankan diri yang aku pelajari dan ikuti semasa aku sedang menuntut di UiTM Machang, Kelantan 5 tahun yang lalu.

Capoeira. Itulah nama seni mempertahankan diri tersebut. Memang pelik bunyinya dan kadangkala ramai rakan-rakanku yang terbelit lidah untuk menyebutnya. Dan selaras dengan punyi peliknya itu, sudah semestinya ia bukan datang dari Malaysia. Kalau ianya dari Malaysia, pasti bunyinya tidak sukar untuk di sebut bukan?

Jadi Capoeira (Ka-po-era sebutannya), adalah merupakan seni mempertahankan diri yang berasal dari negara Brazil. Dan ianya terus berkembang mekar menjadi satu seni mempertahankan diri yang diminati dan menjadi satu budaya masyarakat Brazil sehingga kini.

Menurut maklumat dari Wikipedia: Capoeira is a blend of martial arts, games, and dance that originated in Brazil, from the regions known as Bahia, Pernambuco, Rio de Janeiro, Minas Gerais, and São Paulo. The artform originated in Brazil during the 16th century.Capoeira was created and developed by slaves brought from Africa. Participants form a roda (circle) and take turns playing instruments, singing, and sparring in pairs in the center of the circle. The game is marked by fluid acrobatic play, feints, and extensive use of groundwork, as well as sweeps, kicks, and headbutts. Less-frequently used techniques include elbow-strikes, slaps, punches, and body throws.

Capoeira mengasaskan gerakan-gerakan pantas yang menarik ditambah dengan pelbagai gerakan akboratik yang diiringi oleh muzik dari alat muzik Capoeira yang dinamakan sebagai Berimbau. Jadi ianya bersatu menjadi satu tarian muzik mempertahankan diri yang cukup unik dan mengujakan. Jikalau kalian pernah melihatnya, pasti kalia akan berasa takjub dan teruja dengan Capoeira ini. Percayalah!

Jadi aku adalah antara sebahagian mereka yang pernah mengalami dan mempelajari seni mempertahankan diri ini. Aku mempelajari seni tersebut di UiTM Machang, Kelantan dimana ianya dimain dan dibawa oleh seorang ahli Capoeira Action Team, Kuantan iaitu saudara Nazim Noordin ataupun nama gelarannya ‘Mestre Ajiem’. Mestre ialah bahasa Brazil ataupun dalam ertikata yang mudah difahami ialah Master ataupun Tok Guru. Terima kasih mestre kerana mengajar aku tentang Capoeira ini. Sungguh menakjubkan!

Jadi semasa aku di semester 2 Diploma, aku telah mendekatkan diri dan mempelajari ilmu Capoeira ini. Aku memang sedia mengetahui tentang Capoeira ini semasa aku masih di sekolah menengah. Dan nasib aku cukup baik kerana ianya terdapat di uiTM Machang dan membolehkan aku mempelajarinya. Antara ahli-ahli kelab ini yang aktif dalam berlatih dan mempelajari Capoeira ini ialah Mestre Ajiem, Nuar Hantu, Bad, Shah, Orga, Zul ‘Plastikman’, Naim, Losong, Betong dan Sani. Aku begitu gembira ketika menyertai persatuan ini disebabkan ianya aktif mengadakan demonstrasi dan latihan serta mendapat sokongan ramai terutamanya Datuk Visi UiTM dan pegawai-pegawai pentadbiran UiTM. Pernah suatu hari ketika kami sedang giat berlatih dan mempersiapkan diri untuk mengadakan demonstrasi Capoeira, Datuk Visi hadir dan menyertai sesi latihan kami dan turut belajar beberapa teknik Capoeira daripada kami. Begitulah galakan yang cukup besar diberikan oleh pegawai atasan UiTM Machang. Terima Kasih!

Aku juga seringkali mengikuti demonstrasi yang diadakan dan berasa cukup bangga apabila ianya mendapat sambutan ramai dan ada dikalangan kami yang menjadi siswa yang cukup popular di UiTM Machang disebabkan oleh demonstrasi Capoeira yang kami lakukan. Kadang-kala kedengaran juga pelajar-pelajar siswi berbisik “inilah abang Capoeira tu” apabila berselisih dimana-mana. Begitulah aura yang dibawa oleh Capoeira sehingga ianya menjadi satu tarikan setiap kali adanya karnival dan Open Day yang dianjurkan oleh UiTM Machang.

Jadi sebagai salah seorang bekas ahli persatuan tersebut, aku dengan ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang menyokong kami dan aku juga ingin berterima kasih kepada mestre-mestreku yang telah mengajar aku mengenai seni mempertahankan diri ini. Walaupun ianya hanya tinggal kenangan, tetapi ia telah menyemat rasa keyakinan dan kegembiraan kepadaku semasa aku sedang menuntut ilmu di UiTM Machang dahulu. Sekian.

 


Teknik yang dinamakan Handstand ‘bananeira’


Demonstrasi Capoeira semasa Hari Terbuka Kolej UiTM


Pakaian khas geng Capoeira Action Team, UiTM Machang


UiTM Machang Dalam Memori

7-10-2008 8;07;17 PM

7-10-2008 8;05;25 PM

capoeirax

ut5

ut6

capoeira demo

capoeira demo1

Categories: WoRD LiFe
  1. sue
    September 26, 2007 at 7:49 AM

    amiennnnnnnn! eeeeeeeee geram aku ngan emel yg ko bg tu…aku ingat tul2 la…hampeh tul….

  2. September 26, 2007 at 8:02 AM

    hahhaaa…aku pun terkena..sama2lah kita kena mengena key?

  3. sue
    September 27, 2007 at 3:34 AM

    hehehehe…aku dah teruja la memula..sekali…:)

  4. October 2, 2007 at 11:48 PM

    hahahaha, sian nya suzila tu..

    takpa amien, teruskan dengan membuat kekacauan kepada org ramai. hehehehe

  5. wahyoe_kuncara
    March 11, 2008 at 6:04 AM

    salam capuera

  6. lmk
    August 18, 2008 at 12:58 AM

    Hey I just stumbled onto your blog. Capoeira did NOT originate from Portugal. It’s from Brazil, and it was actually the AFRICAN slaves brought into Brazil that practised it.

    Portugal has nothing to do with it, except that they colonised Brazil before.

    Also, I think you should check up on the term “Mestre” and the terms in capoeira. Each group have got their rankings, like Professor, Contra-Mestre and Mestre (being the highest rank).

    Still, it’s wicked that they have capoeira where you’re at.

    Happy capoeira-ing!

    Muito Axe!

  7. August 18, 2008 at 2:02 AM

    Thanks bro for you feedback and the real fact about capoeira. It really help me bro…

    VIVA CAPOEIRA!

  8. faiz
    September 2, 2009 at 11:59 AM

    weh amin,ko amik kos aper ha?
    aku batch 06/2000

    satu batch dgn ajeim,naim & the gang

  9. faiz
    September 2, 2009 at 12:12 PM

    weh kalau ko ader contact no ajeim tlg kasi kat aku ok 0174075795
    TQ

  10. September 2, 2009 at 2:27 PM

    bro, ko kenal aku kot..
    geng2 capoeira ngan ajiem.
    nanti aku try cari nombor dia ok?
    chow

  11. faiz
    February 24, 2010 at 3:55 PM

    tu la aku rasa cam kenal ko…
    anyway ko ade dgr khbr geng2 tu x?

  12. February 25, 2010 at 8:37 AM

    yo brader faiz.
    mesti ko kenal geng2 ni punya.
    cari la kitaorg kat facebook, ramai yang dok layan kat situ.. hehe

  13. nooritha
    October 1, 2010 at 8:19 AM

    salam amien… sy berminat sngt dgn capoeira. bagaimana sy blh join utk mmasuki club tersebut? skrng sy tinggal d machang. tq…

    • October 1, 2010 at 9:51 AM

      w’slm.
      sorry la, skrg sy kurang pasti kat area mana ada capoeira kat kelantan.
      dulu kitaorg involve ngan capoeira masa kat uitm machang je.
      itu pon sebab ada beberapa org students yg belajar capoeira kat kuantan perkenalkan dan tubuhkan kelab martial art ni kat uitm machang.
      so sorry, tk dpt tolong.

      • nooritha
        October 2, 2010 at 1:13 PM

        tq bro…

  14. October 4, 2010 at 12:07 PM

    no problemo…

  15. Wan
    March 1, 2011 at 1:28 AM

    nk tnya..

    capoeira action team uitm machang nie wujud lg x…??
    kalo still ade lg..nk tau sp yg mengajar..??

    • March 1, 2011 at 8:52 AM

      sorry bro, aku rasa dah takde org main kat sana.
      kelab ni wujud sekitar tahun 2001-2004 dulu la. huhu

  16. abby
    December 28, 2013 at 3:01 AM

    hi~~~
    u still ade contact number instructor tu tak?? i mmg dah lame nak cari capoeira ni….:( tq

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s