Home > WoRD LiFe > Salam Aidilfitri…

Salam Aidilfitri…

salam-aidilfitri.jpg

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rasanya begitu pantas masa berlalu. Terlalu pantas masa berlalu sehingga kini Cuma tinggal hanya beberapa hari sahaja bulan Ramadhan dan akan tiba bulan kegembiraan iaitu bulan Syawal dimana masyarakat seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Pada bulan Ramadhan ini aku rasakan terlalu singkat, tidak seperti dahulu. Jikalau dahulu semasa zaman kanak-kanak, hendak menunggu waktu berbuka puasa pun terlalu lama rasanya. Tapi kini semuanya sudah berubah. Masa terlalu pantas berlalu dan dalam sekelip mata bulan Ramadhan sudah hampir melabuhkan tirainya.

Jadi selamat datang bulan Syawal. Dan aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua ahli keluarga, rakan sekerja, sahabat-sahabatku serta semua kalian yang mengenaliku.

Aku dengan ini ingin memohon jutaan kemaafan kepada kalian semua sekiranya aku ada melakukan kesalahan dan kesilapan selama perkenalan kita. Harap dimaafkan kerana setiap manusia pasti akan ada salah dan silapnya. Maaf zahir dan batin semua. Pada tahun ini aku akan menyambut Aidilfitri di Kuantan. Jadi kepada sahabat-sahabat yang tinggal berhampiran, aku dengan ini menjemput kalian semua hadir ke rumahku dan semoga ukhwah persahabatan kita akan kekal selamanya.

Sebelum meletakkan titik noktah, aku dengan ini menyelitkan sebuah lirik lagu raya yang paling aku minati sepanjang hidupku ini. Sekian.

Salam Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Dari Jauh Kupohon Maaf – Sudirman

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

(Chorus)
Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

(Ulang chorus)

Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh

Categories: WoRD LiFe
  1. October 5, 2007 at 7:21 AM

    u’ve been tagged
    visit my fp http://myasara.fotopages.com

  2. October 5, 2007 at 7:33 AM

    selamat hari raya aminto..ko xnak mintak maaf kat aku ke? ko kan byk dosa kat aku..heheh..

  3. sue
    October 5, 2007 at 8:09 AM

    salam aidilfitri gak dr kami sekeluarga buat ko…..maafkan aku klu ada salah & silap..thn dpn raya ngan isteri..hihihihi

  4. October 6, 2007 at 1:05 AM

    Insyaallah..mudah-mudahan begitulah hendaknya…

  5. jelapang
    October 8, 2007 at 1:21 AM

    selamat hari raya. maaf zahir batin

  6. fy idris
    October 8, 2007 at 8:32 AM
  7. October 9, 2007 at 11:28 PM

    amin…

    hang kena mintak maap dengan aku, sebab hang bnyk buat jahat kat aku…
    hahahahahahaahaha

    amin amin….

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s