Home > WoRD LiFe > Dari Kota Damansara ke Shah Alam

Dari Kota Damansara ke Shah Alam

shah-alam.jpg

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri

8 bulan. Itulah tempoh yang aku habiskan dalam hidup seharianku di Kota Damansara. Mencari rezeki dan penghidupan di sebuah kawasan kejiranan yang tidak berapa mesra alam. Tetapi itulah hakikat sebuah penghidupan. Terpaksa membiarkan segalanya berlalu tanpa mengira samada ianya gembira atau tidak. Yang penting sebuah penghidupan boleh dilalui demi mencari rezeki.

Tetapi kini ianya sudah berubah. Episod baru dalam hidupku kini dibuka di mana aku dengan rasminya berpindah ke sebuah penempatan yang dahulunya menjadi tempat permainanku sewaktu bergelar pelajar dahulu. Shah Alam, kini aku kembali menjadi wargamu!

Jadi kini aku meneruskan penghidupan yang lebih gembira di Shah Alam. Bersama rakan-rakan serumah yang ceria serta cool. Juga aku sebilik bersama rakan sekampungku yang telah ku kenali semenjak berumur 5 tahun lagi dan kini bersama mengharungi kehidupan. Kini hidupku tidak kesunyian lagi seperti di Kota Damansara di mana dahulu aku hanya menghabiskan waktu-waktu terluangku bersendirian.

Jadi dengan perpindahan ini diharapkan dapat menjadikan aku lebih gembira dan menghargai sebuah penghidupan yang lebih ceria dan bermakna. Sekian.

Categories: WoRD LiFe
  1. October 22, 2007 at 9:43 AM

    tahniah amin,

    karna sudah kumbali ke shah alam yang happening nie… bak kata amroth, lebeh baik dok kat shah alam, ada wi-fi… tu penting tu… syok lah hang dah dok kat s alam kumbali… mcm tu la anak muda, dok s alam la syok…

  2. October 22, 2007 at 9:44 AM

    aku pon berdoa ke hadrat Ilahi supaya dikekalkan lepak kat s alam la..
    dapat rezki kerja dekat sikit ke, pon alhamdulillah… tunggu i-city selangor tgh buat kat belakang seksyen 7 tu siap, bule try ….

  3. October 22, 2007 at 12:15 PM

    amroth memang la gembira duk kat shah alam…
    dia ada muslihat yg tersembunyi tau?
    ala, bak pepatah org tua…..”ada tapir disebalik batu”..hahahaha
    gua rasa cik axl rose tau kot kenapa..

  4. October 23, 2007 at 11:51 PM

    hahahaha..

    bak kata mendiang lim goh tong, there is no easy way to success.. oleh itu, kita bersusah-susah dulu la, pastu kita intai peluang yang lain plak…
    muslihat tersembunyi ya.. hahahahaahahahaa…

    mission impossible akan datang lagi.. sekarang kita buat planning dulu…

  5. October 24, 2007 at 2:32 AM

    hai senyap2 dah pindah ke….jauh nye pergi…..tukar kerja lagi ke amin?

  6. October 24, 2007 at 5:38 AM

    izwana,

    hahahahaha.. dia nak berubah angen tu, dok kat damansara tak ngam dgn kepala dia..
    tu pasai dia dok pindah ke s alam tu.

  7. October 24, 2007 at 6:19 AM

    ya cik axl rose…

    memang benar tekaanmu itu…memang aku nak berubah angin. nak setting angin karburetor ni kasi ngam sket..hehehe..
    lagipun kat shah alam ada cik axl rose, boleh singgah kat umah dia tumpang maken nasik…hahahaha….

  8. October 25, 2007 at 6:21 AM

    eh….. cik axl rose tolong jawabkan…hehehheheh

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s