Home > WoRD LiFe > Ke manakah haluan hidupku?

Ke manakah haluan hidupku?

Assalamualaikum WBT.

Disaat ini aku sedikit kelu dan kaku. Kelu kerana mengenangkan ke manakah haluan hidupku selepas ini. Terlalu banyak masalah yang melanda diriku sejak kebelakangan ini. Bukan masalah peribadi, tetapi masalah kerja, kerjaya dan masa depan.

Buat masa ini Syarikat tempat aku mencari rezeki dilanda pelbagai masalah. Yang paling ketara ialah masalah politik dalaman Syarikat yang mana melibatkan pihak pengurusan atasan dan sekaligus membabitkan anggota bawahan. Syarikat ini sekarang dalam proses penyusunan semula yang mana menyebabkan pelbagai masalah yang berbangkit melanda.

Dan dengan sikap sesetengah Pengarah atasan yang ‘kurang’ akal fikirannya menyebabkan kedudukan kewangan dan pentadbiran Syarikat menjadi goyah. Moral pekerja jatuh dan ianya membawa kesan yang cukup besar terhadap prestasi kerja termasuklah aku sekali. Tetapi aku tetap bersikap Profesional dalam bekerja. Tetapi persoalan masih berlegar dalam fikiranku, adakah aku harus bersama meneruskan kerjayaku di sini ataupun aku harus angkat kaki?

Menurut khabar angin, aku akan diberikan peluang untuk menjawat satu jawatan baru yang khabarnya cukup berat untuk digalas. Dan sudah semestinya pulangan yang aku terima adalah setimpal dengan kerja tersebut. Tetapi dengan situasi kerja yang terganggu gugat dek faktor-faktor sekeliling yang kurang menyenangkan ini, besar kemungkinan aku akan berhijrah sekali lagi untuk mencari pekerjaan lain.

Jadi kepada rakan-rakan sekalian, sekiranya ada peluang-peluang kerja ditempat kalian tolonglah maklumkan kepadaku. Jika keadaan memaksa, besar kemungkinan akan berlaku satu lagi penghijrahan kerjaya dalam hidupku. Semoga berjumpa lagi. Sekian.

Categories: WoRD LiFe
  1. mrs hafiz
    October 29, 2007 at 5:08 AM

    hmm amien.. masuk sini balik aa..hehe

  2. October 29, 2007 at 5:10 AM

    hehee//mam nawfal rindu kat amien ker? tak sangkanyaaaa….

  3. mrs hafiz
    October 29, 2007 at 6:49 AM

    tp sini friendster kene blocked.. tlg la hack kan..

  4. October 29, 2007 at 7:42 AM

    ye ke? oh…itulah sebabnya…
    sedihnya….ingatkan sbb windu kat mister amien td…

  5. October 30, 2007 at 11:44 PM

    tak bule hack la ms qibby… ada wall besaq dalam server tu.. heheheheheehee……

    amin,
    dia rindu kat hang tu…. hehehehehee

  6. October 31, 2007 at 1:46 AM

    cik axl rose, aku tau sapa wall yang besar dalam server tu….
    kalo hang nak tau, hang carik la org yang paling besaq dlm PLF tu. bukan besaq pangkat tau? tapi besaq perutnya…hahhaa…agak2nya sapa la ek?

  7. shimot
    October 31, 2007 at 2:16 AM

    Sabo2 lah yer.. plan2 kayuh..cayokk..

  8. October 31, 2007 at 4:39 AM

    hahahahahaa… wall walll……

  9. mrs hafiz
    November 1, 2007 at 7:32 AM

    mmg busat punya wall la.. haha

  10. November 13, 2007 at 7:14 AM

    Nantilah, kalau ada khabar tentang kerja kosong, saya akan paste kat sini. Saya pun tengah duk cari kerja yang sesuei😛 Aduhai…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s