Home > WoRD LiFe > Malaysian Bikers Community

Malaysian Bikers Community

mbccccc.jpg

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perubahan. Satu perkataan yang membawa makna yang besar dalam hidup kita ini. Perubahan boleh membawa kepada kebaikan dan juga keburukan tetapi iaterpulang kepada tuan empunya badan untuk menentukannya.

Perubahan juga berlaku dalam diri aku ini. Tetapi perubahan ini hanyalah perubahan minat dalam alam media digital iaitu Internet. Jikalau dahulu aku kurang berminat dengan alam Forum di Internet, tapi kini perubahan melanda diriku. Aku kini telah menceburkan diri dalam salah satu Forum Komuniti yang aku kira amat aktif di Malaysia iaitu Malaysian Bikers Community. Forum ini lebih berkisar kepada minat dalam arena permotoran terutamanya untuk umat manusia yang menetap di Malaysia ini.

Pada mulanya aku hanya berminat untuk membaca kisah-kisah, petua, teori dan pengalaman permotoran yang di paparkan dalam Malaysian Bikers Community ini. Tetapi minat aku menjadi kian mendalam disebabkan terdapatnya satu ruangan bagi para pengguna Modenas X-Cite. Oleh itu aku berhasrat untuk menjadikan motosikal Modenas X-Cite sebagai salah satu motosikal yang mendapat perhatian di Malaysia. Sungguh murni hasratku ini…Hahaha…🙂

Jadi apabila aku menyertai Forum ini, semakin banyak maklumat dan ilmu pengetahuan baru yang aku perolehi dan bincangkan bersama ahli-ahli merangkap pengguna X-Cite (Xciter). Dengan itu semangat aku semakin bertambah kerana bagi aku inilah cara yang paling baik untuk geng-geng Xciter ini berbincang dan berkongsi pengalaman mengenai mesin X-Cite yang kurang mendapat perhatian ini. Dan aku amat berharap agar geng-geng Xciter dapat menubuhkan kelab untuk pemilik motosikal X-Cite dan seterusnya berkongsi pengalaman dan Informasi mengenai mesin yang menyimpan tenaga ‘tersembunyi’ ini terutamanya bab-bab modifikasi. Aku cukup berminat dengan modifikasi luaran kerana bagi aku X-Cite yang sedia ada tidak cukup mengancam berbanding dengan model-model lain terutamanya motosikal Yamaha.

Secara peribadi, aku berazam ingin menjadikan X-Citeku ini sebagai salah sebuah motosikal yang mengancam secara luaran kerana secara dalamannya X-Cite ini memang sudah cukup bagus (Diakui oleh staf pengeluaran Modenas). Semoga ianya akan termakbul sedikit hari lagi.

Jadi terima kasih Malaysia Bikers Community kerana memberi peluang kepadaku untuk menjadi salah seorang ahli. Perubahan ini amat bermakna kepadaku kerana ianya adalah perubahan yang positif demi untuk memartabatkan motosikal keluaran syarikat Malaysia. Sekian.

Categories: WoRD LiFe
  1. November 13, 2007 at 12:46 AM

    wah. ini merupakan cara yang baik untuk mengisi kelompongan dalam hidup serta ‘do something new in your life’. teringat dokumentari/rancangan kat astro ttg motorbike atau penciptaan semula sesebuah motorsikal. mungkin forum komuniti seperti yg amien sertai ini boleh menjadi wadah kepada remaja dan masyarakat luar untuk menjadi seseorang yang berjaya dalam bidang yang diminati.

  2. November 13, 2007 at 11:13 AM

    wahhhh ada konvoi ka?

  3. axl rose
    November 14, 2007 at 9:22 AM

    aku nak join grup nie la….

  4. axl rose
    November 14, 2007 at 9:24 AM

    jom konvoi ke taman tasek taiping…

  5. November 14, 2007 at 11:45 AM

    hehehe…kuat lagi ke EX5 power ranger hang tu?
    anyway gua salute sama lu la bro…hari2 lenjan EX5 je dari shah alam ke putrajaya…
    penatttt woooo….

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s