Home > WoRD LiFe > Deras Hijau Bahagian 2 ??

Deras Hijau Bahagian 2 ??

Assalamualaikum

Sibuk betul. Itu saja perkataan yang mampu terkeluar dari mulut aku ini. Tapi memang betul, sepanjang minggu ini pelbagai perkara telah berlaku dalam hidup aku. Baik dari sudut kerjaya mahupun peribadi.

Dari mana aku ingin mulakan ya?

Aku mulakan dari sudut kerjaya. Sepanjang minggu ni terdapat banyak pembaharuan dan perubahan yang melanda Pejabat tempat aku bekerja. Mula-mula sekali yang amat menggemparkan para kakitangan ialah dengan pemecatan 2 orang yang berpengaruh besar dalam Syarikat ini. Seorang Pengarah Urusan dan seorang Penyelia. Perkara ini terjadi disebabkan sikap korup dan kurang bertanggungjawab kedua-dua insan ini yang sekaligus menamatkan kerjaya mereka di sini secara total.

Telah lama aku tanggung dan nantikan saat ini. Bukan berdendam, tetapi sekadar meluahkan rasa tidak puas hati dengan layanan yang aku terima dan perolehi daripada mereka berdua. Bukan sahaja aku yang tidak puas hati, tetapi kalau dikira dengan teliti, nescaya tidak cukuplah tangan dan kaki untuk dikira bagi melihat betapa ramainya umat pekerja yang turut senasib dengan diriku ini.

Jadi dengan pemecatan ini menyebabkan keadaan menjadi kembali reda dan aku sekarang terpaksa bekerja keras kerana dipertanggungjawabkan untuk mengembalikan operasi Syarikat kepada keadaan yang asal dan lebih baik.

Sibuk yang kedua ialah dengan urusan insurans keretaku yang mengalami kemalangan tempohari. Telah beberapa kali aku terpaksa mengorbankan masa kerjaku semata-mata ingin memenuhi tuntutan daripada pihak Insurans yang begitu banyak karenah demi untuk mendapatkan satu hak aku iaitu dinamakan sebagai “Tuntutan Insurans”. Dan akhirnya pada minggu ini kereta aku telah berfungsi seperti sediakan itupun setelah banyak kali membuat ‘Follow-up” yang cukup membosankan. Hidupku kembali bernafas.

Itulah kesibukan dan cabaran aku tidak pernah fikirkan pada zaman aku bergelar pelajar UiTM dahulu. Walaubagaimanapun semua itu mematangkan hidup aku. Dan Insyaallah pada pertengahan bulan Disember ini aku akan menambahkan lagi satu kesibukanku dengan menghadiri Kursus Perkahwinan. Juga pertama kali dalam hidupku. Semoga semuanya berjalan lancar….

Categories: WoRD LiFe
  1. sue
    November 29, 2007 at 3:56 AM

    ooo patut la lama sggh mr amien menyepi..dah bosan aku dgn isu gula2 babi tu…

    bagus2..thn dpn kena p seminggu klu nak amik kursus kawen…hahaha masak la …

  2. November 30, 2007 at 12:07 AM

    mien,

    hang dah ada keta ka? fuyoooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo… hebat beb

    itulah dia.. hang nak pi kerusus kawen ke? fulamakkkkkkkkkkkkkkk… caya la…… amien nie dah bule jadi suami yang berdedikasi la.. yanti, semoga berbahgia dgn abg amien nie… weee wiitttttttttttttttttttt

  3. November 30, 2007 at 1:32 AM

    mangkuk betul cik axl rose ni…
    dia punya fuyoooo tu dah sampai keluar dari border utk komen ni dah…hahahaa…
    anyway, aku mmg plan nak pegi tahun ni..
    tahun depan kena kursus seminggu. bak kata encik axl rose, masak la..
    dan mungkin gak kursus tu ada bab masak-memasak kot. tu yg kena sampai seminggu tu…hahhaaa…

  4. miasara
    November 30, 2007 at 8:48 AM

    fuyooooooooo..
    amien nak gi kursus kawin…
    aku pn nak gi gak bln dis ni..
    sbb taknak gi yg ada msk2 ni..hehe

  5. November 30, 2007 at 11:28 AM

    laa…ada org pecaya ke ada kursus masak2…
    hang jgn wat lawak cik miasara….ingat kursus masakan bersama chef wan ke?

  6. miasara
    December 3, 2007 at 12:48 AM

    lorhh..aku pun melawak gakk..aku tak yah gi krssmasak-memasak ni..dah terrer dah..heheh.

  7. December 3, 2007 at 7:44 AM

    kursus kawin nak start seminggu???ehhh rasa tak kot…Sebab nye masa aritu wana ade tanya..Depa cakap tu semua kabar angin…takkan buat sampai seminggu.Takde Just 2 hari je…tetap 80hinggit….

    Buat 2 hari tu pun dah cukup membosankan….lagikan seminggu…hehehhehe

  8. December 3, 2007 at 7:45 AM

    kesiannye en amin kite ne….tulah….mak dah kata suruh ambik kurnia insurans tak nak….hehehehhehe. kurnia insurans murah cepat cekap…kekekek…semua ada…

  9. maria hafiz
    December 7, 2007 at 12:47 AM

    myvi ke? tak ajak naik pun?

  10. December 7, 2007 at 1:48 AM

    ape kelas myvi…hehehe..
    tu kenderaan idaman tengku halim, mana boleh gua kaco..
    nanti tengku halim marah saya…tak gitu tengku?

  11. December 7, 2007 at 6:43 AM

    tengku halim nak pakei myvi ke?
    wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh…

    halim ya? ermmmmmmmmmmmmmmmmm aku tau cherita hang…

  12. Trashkantoz
    May 18, 2009 at 8:08 PM

    Hahahaha x da yg bosannya kursus kawen ni amien…Aku aritu kena smggu gak amien…Best la amin kursus ni bnyk benda yg d ajar….

  13. May 19, 2009 at 8:10 AM

    hahaha…
    bagi orang yg nak kawen kena la cakap best..
    kalo tak pegi, tak bley kawen plak kan bro? hahahha..
    anyway, yg penting niat kita tu camner…
    pepehal pon moga2 ko cepat kawen…
    cayalah!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s