Home > WoRD LiFe > McDelivery beroperasi 24 jam.

McDelivery beroperasi 24 jam.

McDonald’s Malaysia kini telah memulakan operasi 24 jam bermula pada bulan Disember 2007 ini. Adakah ianya berita yang menggembirakan umat manusia di Malaysia yang semakin fanatik terhadap makanan segera ini? Mungkin ya, dan mungkin tidak.

Pelancaran iklan secara besar-besaran oleh pihak McDonald’s bermula pada awal Disember itu memberikan impak yang cukup besar terhadap kehidupanku. Aku terpaksa bersengkang mata untuk menjaga perkhidmatan penghantaran tersebut disebabkan Syarikat aku bekerja ini menjadi salah satu vendor untuk McDonald’s. Jadi hendak atau tidak terpaksalah aku bekorban demi untuk menunaikan tanggungjawab aku selaku salah seorang staf yang menjaga perkhidmatan ini.

Untuk pengetahuan semua, perkhidmatan ini sebenarnya banyak memberikan impak negatif kepada warga kerja di bawah Syarikatku. Cuba anda semua bayangkan seorang penghantar makanan cepat (rider) terpaksa bersengkang mata untuk menghantar pesanan pada waktu awal pagi yang mana risiko dan bahayanya adalah sekaliganda daripada waktu siang. Tambahan pula Malaysia kini bukan lagi negara yang selamat. Tapi disebabkan oleh mencari nafkah hidup, mereka semua terpaksa juga bekerja demi untuk sesuap nasi.

Jadi aku selaku pegawai atasan turut merasa simpati dan terkilan dengan langkah pihak McDonald’s memperkenalkan sistem operasi 24 jam ini yang mana kesan buruknya terlalu banyak kepada Syarikat aku.

Pertama, disebabkan jumlah order pada waktu dinihari tidak menentu, ianya mungkin akan menyebabkan rider merasa rugi bekerja pada waktu ini dan mereka akan membuat protes kepada pihak Syarikat. Kedua, ianya mungkin akan membawa kepada pemberhentian kerja oleh sesetengah staf penghantar cepat kerana faktor carakerja yang membebankan mereka. Dan yang terakhir, pihak Syarikat aku terpaksa menanggung kerugian yang aku sifatkan sebagai “Hidden Cost” kerana terpaksa membayar jumlah kerja lebih masa rider yang banyak tanpa mendapat ganjaran yang setimpal daripada pihak McDonald’s.

Jadi, aku kini berdepan tanggungjawab dan tekanan bagi menyelesaikan masalah yang sebenarnya tiada kesudahan ini. Memetik salah satu ungkapan Pengarah Syarikatku: “You give peanut, You get monkey” mungkin adalah ungkapan yang paling bersesuaian dengan dilema yang melanda aku ini Memberikan benda yang sedikit, tetapi mengharapkan sesuatu yang lebih… Sekian.

Categories: WoRD LiFe
  1. miasara
    December 10, 2007 at 12:46 AM

    betul tu..aku rasa tak sesuai wat delivery 24 hours ni.Tak lama lagi makin ramai la rakyat Malaysia yg 3G sbb siang malam asyik makan instant food aje.
    tapi iklan mcD yg tu kelakar la espically yg diorang menari mlm2 tu..hehe..dah takde idea ke mcD ni?

  2. December 10, 2007 at 1:36 AM

    ntah la cik myasara oi..
    idea diorg nak wak sesuatu yg interesting so customer akan terpanggil untuk order. tu la tujuan asalnya…
    aku tak kisah sgt 24 jam tu, tp yg terima balanya dah tentu kompeni aku. ingat senang ke nak suruh budak tu keja pagi2 buta camtu? income bukannya banyak pun….ntah la…

  3. December 11, 2007 at 9:51 AM

    makan lewat malam memang tak bagus…
    benda2 makan kat McD nie penuh dgn benda yang tinggi kandungan minyak, lemak dsbnya.

    apabila makan lewat malam, makanan tadi akan terperap dalam badan dan menjadi lemak.. Ini kerana pada malam hari, kita tak banyak buat keja mcm siang hari…

    oleh itu, kempen McD nie memang menyebabkan orang malaysia akan chepat naik berat badan dan saiz badan… jaga jaga…

  4. December 11, 2007 at 9:52 AM

    jangan amalkan makan lewat malam….
    tak elok untuk kesihatan badan….

  5. December 11, 2007 at 10:49 AM

    “oleh itu, kempen McD nie memang menyebabkan orang malaysia akan chepat naik berat badan dan saiz badan… jaga jaga…”

    hang jgn cakap lagu tu…nanti ada org kat ofis PLF terasa hati…
    kalo hang kata hang teraaa, cuba hang teka sapaaaa?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s