Home > WoRD LiFe > Berita kelakar pada hari ini….

Berita kelakar pada hari ini….

Unta korban lari masuk bandar

IPOH: Seekor unta yang akan dikorbankan pada sambutan Aidiladha Khamis ini, terlepas dari tempatnya ditambat di Masjid Sultan Idris Shah II di sini dan memasuki pusat bandar raya ini, semalam.

Haiwan itu dikatakan merayau-rayau hampir dua jam di tengah bandar raya ini termasuk di kawasan sibuk, seperti berdekatan pusat beli-belah Ipoh Parade hingga menarik perhatian orang ramai.

Malah, pemandu turut menghentikan kenderaan kerana asyik melihat gelagat haiwan berkenaan.

Kehilangan unta itu hanya disedari kakitangan masjid berkenaan, kira-kira jam 10 pagi dan ia dapat ditangkap semula selepas memasuki kawasan kuarters kakitangan Sekolah Raja Perempuan Taayah dekat sini, kira-kira jam 11.50 pagi.

Guru sekolah terbabit, Ismail Shaari, 36, berkata sebelum itu seorang kakitangan masjid berkenaan cuba mengejar unta itu dengan menunggang motosikal, tetapi ditahan polis kerana tidak memakai topi keledar.

“Bagaimanapun, selepas menceritakan keadaan sebenar, polis membawa kakitangan masjid itu menaiki kereta peronda untuk menghambat unta berkenaan ke kawasan yang kurang sibuk,” katanya.

Beliau berkata, beberapa kereta peronda polis lain juga membantu mengawal lalu lintas sehingga unta itu berjaya dihambat ke Jalan Raja Di Hilir dan memasuki Jalan Sultan Abdul Jalil.

“Sebaik haiwan itu memasuki kawasan perumahan kuarters sekolah ini, polis menutup pagar bagi mengelakkan unta itu keluar semula.

“Selepas mencuba hampir setengah jam, barulah kakitangan masjid berkenaan dengan bantuan bomba berjaya menangkap semula unta itu,” katanya.

Haiwan berharga RM7,000 seekor itu adalah antara 22 unta sumbangan Pengarah Urusan Konsortium Mesra Duta Feri, Mohd Nasir Rasyid, untuk dikorbankan di beberapa masjid di seluruh negara sempena Aidiladha.

Moral drp cerita1: Unta zaman sekarang pun dah pandai pergi ke Shopping Complex
Moral drp cerita2: Pakailah helmet semasa merempit walaupun anda seorang Pak Lebai

Categories: WoRD LiFe
  1. miasara
    December 17, 2007 at 7:04 AM

    cian unta tu..dia sebenarnya mahu menghabiskan sisa2 hidupnya dengan bersiar-siar di shopping complex sebelum dikorbankan utk aidil adha ini..

  2. sue
    December 17, 2007 at 9:19 AM

    hahahaha..unta pun pandai nak jenjalan…

  3. December 17, 2007 at 9:38 AM

    mungkin betul kata-kata cik miasara tu…
    beliau sememangnya ingin menghabiskan sisa-sia perjuangan beliau dengan berjalan-jalan di shopping complex…
    apa pula kata encik axl rose? silakan……

  4. December 29, 2007 at 8:28 AM

    itulah hikmah sang unta atau ‘al-jamal’ dalam bahasa arabnya.. unta tu tidak berakal, dia hanya perlukan makanan sampengan yang diperlukan untuk makan…

    tapi, penjaga unta tu pon kena pastikan untanya selamat dalam jagaan dan bukannya tinggai camtu ja.. camnie bule lepas nie…

    kesimpulan:

    1. Aku tak penah makan dageng unta lagi

    2. sekolah Taayah tu adalah bekas sekolah siti suliana sampai form 3

    3. Unta di Malaysia memang beza la dari kat Arab sana nu, sini tadak padang pasior, so, jalan la dia ke dalam bandar.

    4. Perkataan ‘menghambat’ digunakan dalam teks ini – perkataan org lama tu.. hehehe. orang Kedah kata ‘ligan’.

  5. Wan
    March 8, 2010 at 11:40 PM

    Hebat jgk ar citer ko…ak pn slalu jgk tlis briter camni.

  6. hafizarshad
    July 2, 2010 at 1:23 AM

    hahah….terbaik la unta tu….aku suka cara ko selitkan moral value dalam cite ni..huhu

    • July 2, 2010 at 8:47 AM

      bro, byk benda dlm hidup kita yg kita perlu terapkan morale value.
      kalo kira tk gunapakai sekalipon at least mungkin ada org lain yg amek pengajara dari moral yag kita tulis tu..
      sharing is caring..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s