Home > WoRD LiFe > Kursus Kahwin: Terakhir buat tahun 2007?

Kursus Kahwin: Terakhir buat tahun 2007?

kahwin.jpg

Pada tarikh 15 dan 16 haribulan Disember 2007 merupakan tarikh keramat buat diriku. Tarikh ini membawa satu pengertian yang cukup bermakna dalam hidup aku. Ini kerana buat pertama kali aku menyertai kurus pra-perkahwinan yang desas-desus menyatakan bahawa ini merupakan sesi yang terakhir pada tahun 2007 yang mengekalkan format 2 hari berkursus. Dan mungkin pada tahun hadapan akan dijadikan sesi lima hari yang mana mungkin akan membawa kesukaran pada pihak peserta.

Jadi sekira ianya benar, maka ianya memerlukan pengorbanan masa yang cukup besar bagi para peserta tahun hadapan. Walaubagaimanapun berita tersebut masih dalam cadangan dan tiada bukti kukuh ianya akan betul-betul dijalankan. Jadi kursus 2 hari yang aku jalani ini telah memberikan aku banyak peluang untuk mempelajari dan menambahkan ilmu pengetahuan mengenai alam rumahtangga yang mungkin akan aku bina pada tahun hadapan. Insyaallah…

Sebenarnya kursus 2 hari ini banyak mengubah persepsi aku. Sebelum menjalani kursus ini, aku banyak bertanya kepada rakan-rakan seangkatan yang pernah menjalani kursus yang sama. Dan rata-rata komen yang diberikan ialah kursus sebegini cukup membosankan dan tidak menarik untuk didengari. Tetapi setelah 2 hari berlalu, persepsi ini langsung lenyap dan tidak benar belaka. 8 tajuk ceramah yang disampaikan oleh ahli panel memang cukup bermanfaat dan menarik untuk diikuti, antaranya ialah:

1 ) Bentuk-bentuk komunikasi berkesan suami isteri
2 ) Pengurusan kewangan dan masa dalam keluarga
3 ) Peranan aqidah dan ibadah dalam kehidupan suami isteri
4 ) Pengurusan kewangan
5 ) Perkahwinan dan prosedur permohonan mengikut EUKIS 2003
6 ) Akhlak dalam rumahtangga dan bentuk hubungan dalam sistem kekeluargaan Islam
7 ) Pengurusan stress dalam kehidupan dan pengurusan konflik dalam rumahtangga Islam
8 ) Perkhidmatan kaunseling di JAIS dan rundingcara serta pengurusan talak dan prosedur permohonan penceraian

Jadi kursus selama 2 hari ini sungguh menarik minat aku untuk mengikutinya. Dan semasa di tengah-tengah ceramah aku asyik tersenyum sendirian mengenangkan saat-saat aku bersekolah dahulu. Fenomenanya seakan-akan sama kerana semasa zaman sekolahku dahulu memang tiap-tiap tahun aku terpaksa mengikuti banyak kursus. Tetapi yang ini sungguh berlainan.

Dan sebagai penutup, kursus sebegini sebenarnya banyak memberikan panduan dan tunjuk ajar kepadaku dalam menghadapi alam berumahtangga pada masa hadapan. Aku bertuah kerana menjadi salah seorang peserta kursus ini.

Moral: Jangan terlalu percaya pada cakap-cakap orang lain. Pastikan sesuatu itu benar barulah anda boleh mempercayainya.

Categories: WoRD LiFe
  1. December 29, 2007 at 7:12 AM

    hahahahahaha..

    chepat min, pi kursus kawen.. nanti lagi susah woooooooooooooooooooo

  2. mummy
    January 3, 2008 at 5:29 AM

    amien mau kursus lanjutan? axl leh tlg..

  3. January 7, 2008 at 9:35 AM

    amien… kiter pun dah g kursus gak heheh….

  4. January 8, 2008 at 3:54 AM

    ye ke? hang nak kahwin ngan sapa?

  5. n~Da
    January 9, 2008 at 1:51 AM

    ek? dah nak kahwin dah..?? congrate lah…even dunno u much(fster fren list only)…but want to congrate u lah gak…

    http://sesuatuygindah.wordpress.com

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s