Home > WoRD LiFe > Hidupku 360˚

Hidupku 360˚

tahun-baru-2008.jpg

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera

Sudah cukup lama aku tidak mengemaskini laman blog aku ni. Dek kerana kesibukan yang melampau, aku langsung tidak berkesempatan untuk mecoretkan sepatah dua kata untuk tatapan teman-teman sekalian.

Rancanganku pada mulanya ingin mengemaskini blog bagi mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakan-rakan. Tetapi tertangguh sampai ke hari ini disebabkan tiada kelapangan waktu untuk berbuat demikian. Sedih sungguh bukan? Jadi pada kelapangan yang diberikan Allah pada masa ini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2008 kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang masih berjuang bersamaku serta rakan taulan yang telah lama tidak ditemui semenjak pemergianku dari organisasi tertentu dalam tempoh setahun ini. Juga kesempatan ini aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberikan sokongan kepadaku sehingga kini. Terima Kasih.

Jadi pusing 360˚ hidupku bermula dengan cukup berat dan penuh tanggungjawab pada awal tahun 2008 ini. Operation Manager. Begitulah bunyi jawatan yang diamanahkan ke bahuku yang amat-amat berat untuk ditanggung. Menjawat jawatan yang besar tanggungjawabnya cukup menekan hidup aku. Tetapi sehingga hari ini, Alhamdulillah aku diberikan cukup kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang mencabar. Terima kasih kepada semua kakitangan yang berdiri dibelakangku kerana memberikan sokongan yang cukup padu dalam aku menongkah arus kehidupanku ini.

Satu cerita yang cukup membebankan hidupku telah aku luahkan. Jadi usaha-usaha aku selepas ini akan aku teruskan demi untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup. Terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu. Tahun baru ini juga telah mencatatkan sesuatu bagi Mister X aku. Motor Modenasku ini telah berjaya mencapai jarak perjalanan sejauh 10,000 km dalam masa lebih kurang 4 bulan aku memilikinya. Berikut adalah catatan jarak perjalanan yang dapat aku catatkan bersama Mister X ini.

1000KM – Kampung Melayu Subang, Selangor
2000KM – Gambang, Kuantan, Pahang
3000KM – Seksyen 10, Shah Alam, Selangor
4000KM – Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor
5000KM – Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
6000KM – Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
7000KM – Persimpangan Subang, Lebuhraya Persekutuan, KL
8000KM – Seksyen 2, Shah Alam
9000KM – Lebuhraya Persekutuan
10000KM – Seksyen 9, Shah Alam

Rakan-rakan semua mesti berkata bahawa diriku tidak waras kerana mencatatkan angka demi angka yang tidak bermakna ini. Tetapi bagi aku ianya penting dalam memoriku agar saat-saat perjalananku itu menjadi kenangan manis dalam hidup ini.

Jadi aku rasakan sudah cukup buat masa ini. Yang penting sekarang tahun baru telah menjelmakan diri. Jadi aku perlu berusaha dengan lebih keras dan jitu pada tahun ini untuk mencapai sesuatu yang dinamakan AZAM. Tidak perlu diceritakan azam aku, cukuplah sekiranya aku berjaya mencapainya tanpa perlu menghebah-hebah azam tersebut.

Kepada semua kaum kerabatku, rakan taulan, rakan jauh dan dekat, kakitangan Deras Hijau, para rider McDonald’s, warga kerja McDonald’s seluruh KL dan kepada semua yang mengenali diriku. Aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2008. Semoga perjalanan hidup kita semua pada tahun ini akan dirahmati dan akan lebih berjaya berbanding tahun-tahun yang lepas. Sekian!

Categories: WoRD LiFe
  1. January 14, 2008 at 5:05 AM

    woitttttttttttttttttttt..

    aku nampak ada benda 4 tayar kaler itam tu…
    adakah ini mobil hang yang punya atau menjadi sasaran untuk dimiliki ..? ulamak…. caya la abg aminto…

  2. January 14, 2008 at 5:07 AM

    betul tu amin, setiap rekod sejarah kita mesti rekodkan supaya mudah dan senang untuk kita trace balek satu hari nanti…
    pengurusan rekod jugak penting dalam kehidupan seseorang individu atau organisasi.. member kita saudara Kamey @ aman adalah seorang pengurus rekod yang komited dan berdedikasi dalam setiap tugas yangdiberikan kepadanya…

  3. January 14, 2008 at 5:39 AM

    tapi saudara kamey tidak lagi menguruskan rekod-rekod berkaitan dokumen. beliau kini menyusun rekod-rekod mengenai hantu dan jembalang….sungguh misteri kerja yang beliau lakukan itu….

    walaubagaimanapun, mobil hitam itu adalah gantian kepada BATMOBILE yang tak mampu aku miliki. begitulah ceritanya….

  4. axl rose
    January 19, 2008 at 2:12 AM

    ooooooooooooooooo
    dah pakei mobil rupanya.. elok la tu, nanti senang nak bawak Batwoman pi jalan2 ke mana2 sahaja tanpa menghiraukan keadaan panas atau hujan…
    kalau naik Bat Bike, nanti kena ujan… pelan2 kayuh brader…

  5. January 27, 2008 at 4:34 AM

    gua tak kisah brader…naik BATBIKE lagi best….
    gua biker sejati, ada 2 BATBIKE. just pilih nak naik yg mana….

    batwoman gua pulak tanak naik BATBIKE, nak naik BATMOBILE je…
    gua tak banyak cerita, gua follow je.yg penting hati gembira. tak gitu bro?

  6. axl rose
    January 30, 2008 at 2:53 AM

    ya betul tu…
    batwoman hang nie memilih nak naik batmobile ye?

  7. January 31, 2008 at 8:22 AM

    ha’ah…oleh kerna pemilihan yang dilakukan itu menyebabkan aku menjadi solo rider sepenuh masa…teringat pula zaman-zaman kita racing sama2 masa balek dari semayang jumaat kat PLF dulu…hahaha…

  8. axl rose
    January 31, 2008 at 9:36 AM

    aku tak bule la lawan raptor hang tu,
    terlalu terlaju lah untuk aku mengejari dari belakeng…
    aku nengok je la dari jauh asap yang berterbangan dari saluran asap raptor hang..

    fuhhhhhhhhh

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s