Home > WoRD LiFe > Semasa….

Semasa….

Salam.

Pilihanraya dah tamat. Calon Menteri Besar telah dilantik, Kabinet telah dibentuk. Pentadbiran telah bertukar dibeberapa negeri. Itulah politik…

Tinggalkan saja semuanya itu. Sebagai manusia yang boleh berfikir, hanya perlu teruskan kehidupan seperti biasa tanpa ada pengaruh politik yang membelenggu pemikiran. Begitu juga aku. Di dalam kepalaku langsung tiada makna apa itu politik. Sekadar mendengar suara-suara sorakan, janji manis dan laungan-laungan yang tidak aku tahu dimana kebenarannya. Memang, aku langsung tidak percayakan ahli politik. Bagi aku semuanya akan menjadi sama apabila beroleh kuasa.

Jadi tinggalkan isu itu, yang penting rezeki harus dicari demi untuk kehidupan. Dalam beberapa minggu ini banyak yang telah berlaku. Kesibukan harianku membataskan masa untuk menulis dalam blog. Banyak juga perubahan fizikal, mental dan sekeliling yang berlaku dalam hidup ini.

Aku sekarang sedang sibuk merangka dan mencorak perancangan untuk mendirikan rumahtangga. Memang besar rintangannya bagi aku kerana aku baru setahun bergelar lepasan Universiti. Sungguh sukar untuk mengumpulkan wang yang banyak bagi merialisasikan impian besar ini. Setiap masa jiwa berkocak dan bergelora ingin memenuhi tuntutan jiwa mudaku ini yang kepingin ingin memenuhkan nafsu kebendaan yang lain. Memang tidak disangkal, aku teringin ingin memiliki sebuah motosikal kuasa besar (Superbike), tapi mungkin ianya akan berkubur begitu sahaja kerana ada perancangan yang lebih besar untuk aku kejar.

Memang sungguh susah untuk mencari wang. Jadi aku gunakan masa aku sedang sihat ini untuk bekerja dan bekerja. Jadi aku tidak kisah walaupun terpaksa bekorban masa dan tenaga dalam masa terdekat ini untuk mencari wang bagi membolehkan aku mencapai matlamat hidup ini. Yang penting aku dapat mencari nafkah yang secukupnya demi meneruskan hidup ini. Letih.. Leth…

Di sekekeliling aku pula dah bermacam-macam cabaran, dugaan dan fenomena yang telah berlaku. Sungguh susah aku rasakan dalam mencari sebuah kehidupan yang sempurna. Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan terdekat yang telah mula hidup bekeluarga. Yang terbaru pastinya kepada Som Jer Jer, mantan rakan sekerjaku di PLF dulu2. Tahniah!

Begitulah adanya cerita hidupku, semuanya telah berubah. Yang pasti semuanya akan berubah juga. Hanya masa yang akan menentukannya….

Categories: WoRD LiFe
  1. March 20, 2008 at 6:11 PM

    salam singgah yek… kelat nak cari gerbang malam… tjumpa site nih… so, drop here jap… ngeeeeeeee… salam kenal yek…

  2. March 21, 2008 at 10:04 AM

    w’slm..hai encik @ cik kelat….
    selamat datang ke blog ni..
    ni cuma sekelumit cerita tentang hidupku…
    kalau ada apa2 idea atau pandangan, jgn segan2 la nak komen ye?
    salam perkenalan….

  3. myasara
    March 23, 2008 at 4:27 AM

    memang susah..tapi takpe,mister amin muda lagi..peluang masih byk.gunakan peluang tu sebaik2nya..

  4. March 24, 2008 at 1:07 AM

    terima kaseh cik myasara kerna memberikan semangat kepadaku….
    bila lagi nak mengikut jejak langkah kakakmu som jer jer yg telah bertukar status?

  5. PKR Bkt Gantang
    April 1, 2008 at 5:42 AM

    kak suliana dah bertukaq status tengah bulan lepas.. aku telah menyaksikan upachara menukar status hari tu…

    meriah betui la.. kak uda pon ada, glamer dia ari tu… lepas nie aku nak saksikan pulak upachara menukar status untuk kak uda la plak. wwweeeeeeeeeeeeeeeeee wittttttttttttttttttttttt

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s