Home > WoRD LiFe > Gesaan Tun Mahathir

Gesaan Tun Mahathir

Mahathir gesa umat Islam seluruh dunia pulau produk Belanda

KUALA LUMPUR 29 Mac — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru umat Islam di seluruh dunia memulaukan produk Belanda sebagai satu bantahan
berkesan berikutan sebuah filem Belanda, Fitna, yang mengkritik Al-Quran yang disiarkan di Internet.

Beliau berkata pemulauan itu boleh menyebabkan Belanda lumpuh kerana umat Islam meliputi sebahagian besar penduduk dunia yang kaya dan juga pengimport terbesar. Bagaimanapun, semua 1.3 bilion umat islam di dunia mestilah bersatu dan meletakkan kepentingan Islam dan umat Islam daripada keperluan individu jika mahukan pemulauan ini berkesan.

“Kalau orang Islam bersatu kita mudah saja ambil tindakan. Kalau kita pulau barangan dari Belanda dia tutup negeri, pasal yang beli banyak sekali, yang kaya sekali di dunia ini adalah orang Islam. “Kalau semua 1,300 juta orang Islam kata kami tidak kan beli barang dari Belanda, maka barulah berkesan.

“Kalau nak pulau buatlah betul-betul. Tapi orang kita kata, dia (Belanda) pun berniaga dengan kita juga, kalau kita tahan dia, dia rugilah. Jadi (kalau begini) kita tak fikir sebagai orang Islam, kita fikir untuk kepentingan diri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-46 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini.

Filem Fitna itu, selama 15 minit yang disiarkan dalam sebuah laman web pada 27 Mac yang mengkritik Islam, yang menunjukkan surah Al-Quran dengan berlatar belakangkan imej keganasan akibat serangan pengganas.

Ahli majlis perundangan Belanda Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut surah Al-Quran dengan diselitkan imej serangan 11 Sept terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengelur filem Belanda Theo van Gogh di Amsterdam street pada akhir tahun itu.

Sebelum itu, Dr Mahathir berkata filem tesebut disiarkan berikutan salah faham dan “sudah pasti ada motif kritikal”. “Mereka akan terus berbuat demikian sehingga kita menunjukkan Islam itu satu agama yang baik, kita bukan orang yang ganas, bahawa kita tidak berbohong kepada orang ramai…tetapi ini mesti ditunjukkan dalam amalan oleh masyarakat Islam” kata beliau.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir yang juga Yang Dipertua Perkim, berkata adalah penting bagi pertubuhan itu memberikan tanggapan yang betul mengenai Islam dan bukan Islam supaya tidak berlaku ketidak salah faham mengenai agama Islam yang boleh membawa kepada kebimbangan, curiga atau pertentangan terhadap Islam.

Categories: WoRD LiFe
  1. PKR Bkt Gantang
    April 1, 2008 at 5:40 AM

    amin 7,

    wah dah ada rupa yang baru la dalam blog hang nie.. lama rasanya tak komen nie.

    dah tiba masanya aku komen hang plak…
    rata2 dalam gambaq yang hang ambek, aku mesti terperasan baju hitam belang2 kebawah tu akan hang rajen pakai… mesti ada apa2 nie…

    ataupon nak buat trademark untuk “amien7” …?

    caya la… hang pi tengok blog Myasara Hud Hud… ada mesej yang bermakna untuk dia… awai bulan nie…

  2. April 1, 2008 at 7:47 AM

    hello…

    wah wah wah…
    semenjak dah mencipta baby ni cik axl rose dah semakin melupai blog aku ye? takpe takpe…
    anyway, tahniah! hang memang teraaaa…..

    terima kaseh kerana hang prihatin terhadap pemakaian jersi ‘belang2 aku’…
    sebenarnya aku saja je pakai baju tu…
    nak buat tribute utk Reza teman semotosikal Tengku Halim tu….
    kan beliau suka pakai baju belang2 n mengorat cik suzila. aku pun nak buat benda yang sama la…

    tapi kini cik suzila dah berpunya. terpaksa aku mengundur diri kerana jikalau aku ber’wrestling’ dgn balaknya, mesti aku kalah punya…

    anyway hidup PKR!!

  3. April 9, 2008 at 1:57 PM

    lame x dgr cite….beyeh sokmo ke???
    apapun gd luck!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s