Home > WoRD LiFe > Lelaki mengandung ??

Lelaki mengandung ??

Petikan daripada akhbar Harian Metro:

FIZIKALNYA sama seperti lelaki lain — ada pertumbuhan bulu di bahagian tertentu, terutama pada janggut dan misai, namun individu bernama Thomas Beatie, 34, ini mencipta kejutan apabila disahkan hamil enam bulan.

Beatie mendakwa, dia kini hamil bayi perempuan dan dijangka melahirkannya pada 3 Julai depan. Ia dibuktikan dengan perut lelaki berasal dari Pacific North West, Amerika Syarikat (AS) itu yang semakin membesar, selain ujian imbasan seperti dilakukan ibu mengandung lain mendapati ada bayi di dalam rahimnya.

Ia mencetuskan persoalan bagaimana seorang lelaki boleh mengandung seperti wanita, namun berdasarkan latar belakangnya, apa dialami Beatie bukan pelik. Ini kerana, dia sebenarnya wanita sebelum menjalani pembedahan menukar jantina, antaranya pembinaan semula dada, mengambil terapi testosteron serta suntikan hormon. Begitupun, dia masih mengekalkan organ reproduktifnya, terutama rahim yang masih membolehkannya mengandung seperti wanita lain.

“Bagaimana rasanya jika seorang lelaki mengandung? Tidak masuk akal, bukan! Namun hakikatnya, perut saya semakin membesar dan saya yakin saya masih lelaki,” katanya kepada majalah gay AS, The Advocate dalam isu terbaru mereka keluaran 26 Mac lalu.

Beatie sebenarnya dilahirkan sebagai wanita menggunakan nama Tracy Lagondino. Dia mengambil keputusan menukar jantina selepas jatuh cinta dengan wanita yang kini menjadi isterinya, Nancy Roberts, 45. Beatie berkata, tindakannya berbuat demikian bertujuan memiliki zuriat sendiri selepas Nancy tidak boleh mengandung kerana pernah menjalani pembedahan membuang rahim disebabkan masalah kesihatan 20 tahun lalu.

Kerana terlalu cintakan isterinya, Beatie turut menjalani pembedahan menukar jantina. Faktor itu juga dipengaruhi undang-undang di Hawaii yang melarang perkahwinan sesama jenis kerana mereka ketika itu menetap di kawasan tempat berkenaan. Pasangan itu yang sudah 10 tahun hidup bersama berjaya menyembunyikan identiti masing-masing, khususnya Beatie, daripada pengetahuan rakan dan jiran sehingga dia setuju berkongsi pengalaman di majalah berkenaan.

Sebelum mengambil keputusan mengandung, Beatie berhenti mengambil suntikan hormon atau testosteron bagi membolehkan putaran haidnya kembali normal. Menurutnya, dia disuburkan menggunakan sperma penderma yang diperoleh daripada bank sperma untuk membolehkannya mengandung dan akan meneruskan kehidupan sebagai lelaki, meskipun perutnya semakin membesar.

Beatie yang pernah menjadi finalis Miss Teen Hawaii USA berkata, keinginan untuk hamil pada mulanya hanya angan-angan sebelum mereka berdua memutuskan ia menjadi kenyataan. Katanya, untuk ke arah itu, dari proses awal dan dijangka sehingga bersalin, mereka perlu menempuh pelbagai cabaran, malah mendapat tentangan pelbagai pihak, sama ada pakar kesihatan, rakan serta ahli keluarga.

Selepas tersiarnya artikel mengenai Beatie di The Advocate, pengacara terkenal, Oprah Winfrey menemuramah pasangan itu dalam rancangan popularnya, The Oprah Winfrey Show. Sementara itu, Nancy berkata, dia meminta Beatie membuat penyemaian benih atau sperma yang diperoleh daripada bank sperma selepas dia disahkan tidak boleh hamil. Sementara itu, Pakar Obstetrik dan Ginekologi atau sakit puan yang turut serta dalam program berkenaan, Dr Kimberley James, berkata proses kehamilan dialami Beatie adalah normal, terutama selepas dia berhenti mengambil suntikan hormon sehingga mengembalikan semula hormon kewanitaannya.

KESIMPULAN: Bagi aku tak menjadi sesuatu yang pelik bila ada lelaki yang mengandung sebab sekarang ni pun dah berlambak-lambak lelaki yang mengandung, tapi tak tau la bila boleh melahirkan anak.🙂 Nasihat daripada Kementerian Kesihatan = Kurangkan kadar Obesiti anda!!

Categories: WoRD LiFe
  1. Iori Yagami_TrGGaNU
    May 13, 2008 at 3:18 PM

    askum, my frenzzzzz, amin
    hehehehehe,
    bab org laki ngandung nh, aku xpndai nk comment,tp xplik,mnusia dh akhir zaman, apa2 hal jgn org islam kiter wt g2 plok,
    all the best amin…………

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s