Home > WoRD LiFe > Di sebalik 5….

Di sebalik 5….

Assalamualaikum.

Bertemu kembali. Begitu cepat masa berlalu, tanpa disedari telah menjengah bulan Mei tahun 2008. Sedar tidak sedar telah 2 tahun aku meninggalkan alam sebagai pelajar dan lebih tepat lagi meninggalkan Universiti Teknologi MARA tempat aku menuntut ilmu dan membesar sejak daripada usia aku 18 tahun lagi..

Tanggal 14 Mei dengan rasminya aku meninggalkan alam Universiti dan pada 15hb Mei 2006 aku telah menjalankan latihan praktikal dalam bidang yang aku pelajari di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya. Kini telah 2 tahun perkara itu berlalu. Telah banyak perubahan demi perubahan yang berlaku disekeliling aku.

Kini rakan-rakan seperjuangan aku makin ramai yang telah berumahtangga. Satu demi satu telah menukar status mereka dengan mendirikan rumahtangga. Tahniah. Tapi jujur aku katakan bahawa dalam tempoh setahun ini hampir majoriti rakan-rakanku berumahtangga. Sungguh aktif kalian semua. Begitulah perubahan ketara yang berlaku disekeliling aku dan Insyaallah aku juga akan menyusul selepas ini. Aku harapkan semua rakan-rakan mendoakan aku. Tapi buat masa ini fokus aku lebih berlegar kepada kerja-kerja harianku yang perlu diuruskan.

Pada 1hb Mei yang lalu juga kita semua telah menyambut Hari Pekerja. Jadi tanamkan semangat untuk bekerja lebih tekun dan dedikasi demi mencapai satu taraf kehidupan yang baik dalam hidup kita. Usahakan.

Bulan Mei ini juga mencatatkan beberapa perkara menarik. Dari sudut peribadi, pada bulan ini 3 orang rakanku menyambut sambutan Hari lahir yang ke-25. Ainon dan Ayien akan berkongsi tarikh lahir iaitu pada 25hb Mei. Mereka ini aku anggap sebagai kembar. Kembar yang berkongsi satu persamaan yang mungkin agak ketara iaitu badan yang agak tembam. Hahaha… Selamat Hari lahir. Juga selamat kembali mengaktifkan diri dalam dunia Friendster yang telah lama Ayien tinggalkan. Dan pada 28hb Mei pula akan menyusul hari lahir sahabat karibku yang sama-sama membesar di UiTM Machang iaitu Maroach. Dengar cerita beliau juga akan mendirikan rumahtangga. Sama-sama kita tunggu. Banyak kenangan manis yang aku lalui bersama Maroach ni, moga persahabatan kita akan berkekalan selamanya.

Jadi kepada semua sahabat handai yang menyambut sesuatu dalam bulan Mei ini aku doakan agar korang semua menyambut ‘sesuatu’ itu dengan penuh kegembiraan. Aku harapkan agar semuanya akan bertambah baik daripada masa ke semasa. Habis.

Categories: WoRD LiFe
  1. mummy
    May 16, 2008 at 9:00 AM

    13 mei?
    hehe..

  2. May 16, 2008 at 10:07 AM

    ada apa dengan 13 mei wahai bundaku?

  3. Si Epal Merah
    May 19, 2008 at 2:33 AM

    amin ko lupe bulan mei kan kiter penah nananana dulu…. hahahha…

  4. Si Epal Merah
    May 19, 2008 at 2:35 AM

    oooo… birthday aku ko tak cerita pun…😦

  5. May 20, 2008 at 7:33 AM

    oooo..nananana ke cik epal merah?
    nananana tu apa?

    kepada cik epal merah, nanti bila tiba waktu kelahiran anda yang ke-100 saya buat tribute utk anda ok? itu pun kalo saya masih idup lagi la…

    agi idup agi ngelaban…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s