Home > WoRD LiFe > 1 Tahun….

1 Tahun….

Assalamualaikum dari Jeneral…

Hahaha. Tiba-tiba pulak terjumpa lagu baru dari Malique Too Phat bertajuk ‘Assalamualaikum’. Jadi dengan rasa tidak segan silu aku terus men’download’ lagu ini dari internet dek kerana aku memang layan lagu-lagu zaman Too Phat dari dulu sampai la diorang solo sekarang ni.

Lupakan sebentar Too Phat. Dah cukup 7 tahun aku melayan muzik dari mereka. Jadi pada entri kali ni aku nak ‘contribute’kan khas kepada kekasih hati aku sempena menyambut tempoh setahun aku mengikat tali pertunangan dengan beliau.

Pada 3hb Jun 2008 yang lalu genaplah tempoh setahun pertunangan kami. Aku rasakan begitu cepat masa berlalu, dan sekarang dah cukup pun tempoh setahun aku menyandang status sebagai tunangan orang. Banyak cabaran dan rintangan yang terpaksa aku lalui sepanjang tempoh tersebut demi memastikan hubungan ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan aku berharap ianya akan berterusan sehinggalah kami berkahwin dan hidup bersama ke anak cucu nanti. Insyaallah…

Jika tiada aral melintang, Insyaallah pada bukan Oktober nanti aku akan menjemput rakan taulan semua untuk hadir memeriahkan hari perkahwinanku. Semoga kalian semua mendoakan ianya menjadi kenyataan. Entri kali ini ringkas sahaja. Cukup sebagai mengingati sesuatu peristiwa manis yang pernah berlaku dalam hidup ini. Sekian.

Categories: WoRD LiFe
  1. June 6, 2008 at 12:47 AM

    minum power root banyak2… hahahhahah… cayalah… aku nak jadi pengapit pengantin lelaki… boleyyy….???

  2. June 6, 2008 at 2:41 AM

    wah, mendalam sungguh nasihat yang diberikan oleh cik epal….terima kaseyyy..
    nak jadi pengapit aku ke? Hehe.. boleh tu memang boleh. tapi banyak la syarat2 dan garis panduan yang ko kena ikuti.

    syarat pertama: Ketinggian mesti 180 cm. Tapi kalo ko rasa bila pegang payung pengantin tu baru jadi 180 cm, lupakan je la….

  3. yanty
    June 6, 2008 at 4:12 AM

    erm…buat sekelian kalinya…dinda emberi komen ini…hehehe…chewah…nak amik ati la nie ek…;)

  4. June 6, 2008 at 9:22 AM

    yanty…..!!!! welcome to da club… wei amien, gua dah beli kasut tinggi 8 inci. bole la weiii…
    gua bukan ape gua cuma nak join lu orang makan beradap udang panjat je

  5. June 9, 2008 at 3:54 PM

    hahaha….
    cik suzila telah mula merayu-rayu…
    walaubagaimanapun aku sikit pun tak terpengaruh dengan rayuan gombalmu itu.

    aku dengar cerita cik ujie akan berlakon dalam satu acara pentas yg diadakan di UPM. oleh itu aku dengan rasminya tidak akan mempercayai apa sahaja perbuatannya kerna itu semua adalah lakonan semata-mata.

    akhir kata, semoga cik ujie berjaya menjiwai watak sebagai Yoda dalam lakonan pentas beliau itu…selamat…

  6. June 12, 2008 at 5:27 AM

    lawak betui la cik suzila tu, ada hati nak jadi pengapit si amin nie…

    oooooooooooooo kasut 6 inci ya macham dalam cherita Sindarella tu ya.. ala si awek gedik tu ya pakai kasut tinggi 6 inci ya…

    amin,

    bagi syarat lagi ketat kat dia… jangan bagi dia rapat dekat udang panjat tiang tu… hahahahahaa

  7. June 13, 2008 at 6:57 AM

    bulan 10 ni ke?
    lepas bulan puasa la kan??
    hehehe… bagusla..
    cant wait nak terima menantu.. eh eh..silap
    adik ipar..

  8. June 13, 2008 at 9:45 AM

    amin nie baik orgnya, seorang yang sopan santun dan memang lawak la kalau kawan dengan dia…
    pandai bergurau senda sesama rakan2 taulannya…

    tak rugi la kawan dengan dia, pandai dalam bidang super impose.. heehehehehee

  9. June 16, 2008 at 3:42 AM

    amboi mr. Jefrydin & The Siglap 5… bukan main mengampu si amien7 ni ye…

  10. bakthiar
    June 16, 2008 at 8:16 PM

    PAK PAK PAK PAK KEBUNGKEBUNGKE..BUNG,lagu kompang berdendang..tersebutlah kisah dua hati pasangan kekasih gembira riang..Dari saat putera berjumpa puteri hati berdegup kencang..Kini tahniah bad ucapkan setahun menjalinkan ikatan pertunangan..sayang menyayang..

  11. June 17, 2008 at 2:31 AM

    Kepada Encik Jefrydin: Terima kasih diatas ‘ulasan manis’ mu itu. sesungguhnya apa yang diperkatakannya amatlah tepat dan benar sekali. hahaha

    Kepada Cik suzila: Janganlah dikau mengapi-apikan tindakan bernas encik jefrydin itu kerna komenya adalah tepat sekali.

    Kepada Tuan Bakhtiar: Beliau merupakan officemate aku dan mungkin bakal menjadi pengapit aku. maka musnahlah impian cik suzila untuk mendekati ‘udang panjat’ sewaktu perkahwinanku nanti. hahaha…

  12. bakthiar
    June 21, 2008 at 10:43 AM

    wah, kena jadi pengapit. First Time jadi pengapit ni, New history in my life..satu soalan en. Amien..Udang panjat ni macam serius jer bunyinye? mesti ramai suka..ape ye 2?

  13. June 22, 2008 at 1:51 PM

    untuk pengetahuan tuan bakhtiar, udang panjat tu merupakan satu jenis menu wajid setiap kali pengantin makan beradab..

    tetapi dalam kes cik suzi, kita kena pastikan beliau tidak berjaya mencuri udang panjat tersebut dek kerana beliau ni rakus orangnya. nanti orang lain dah tak dapek nak rasooo…

  14. bakthiar
    June 23, 2008 at 2:12 PM

    Makanan istemewa buat pasangan pengatin..Tapi nama menu tu memang kelakar..haha..udang panjat boleh ke udang tu memanjat-manjat..cik suzi ok ke?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s