Home > WoRD LiFe > Kisah sang Maxis Broadband

Kisah sang Maxis Broadband

Salam.

Entri kali ini aku nak ceritakan mengenai satu lagi teknologi masyarakat yang gila ber’internet’ iaitu sistem internet wireless Maxis Broadband.

Maxis, sebuah syarikat telekomunikasi yang popular di Malaysia telah memperkenalkan Maxis Broadband dengan harapan agar masyarakat mudah untuk mendapat akses kepada internet. Dengan adanya moden yang kecil dan mudah untuk dibawa kemana-mana memang memudahkan sang pencinta internet mengakses pusat maklumat terbesar dunia iaitu internet.

Al-kisahnya kat ofis aku pun terkena tempias dan penangan Maxis Broadband ni. Aku sekarang telah berpindah ofis dan di tempat baru ini tiada akses telefon tetap yang membolehkan aku mengakses internet. Jadi dengan pintarnya budak-budak di ofis ini mencadangkan kepada Big Boss untuk memasang Maxis Broadband.

Memang bernas cadangan mereka-mereka itu, dan kini di ofis aku ada 3 modem Maxis Broadband atas kepintaran mereka memberikan idea untuk memasangnya. 2 modam untuk Big Boss dan 1 untuk budak-budak ofis. Tahniah! Tahniah! Tahniah! (3 kali tahniah untuk 3 buah Maxis Broadband) Hahhaahaa…

Jadi dengan kerek dan ‘action’nya kami dengan ini dapat melayari internet. Walaubagaimanapun aku kurang bersetuju dengan adanya akses Maxis Broadband ni. Masyaallah, lembab nak mampus! Aku lebih suka menggunakan akses internet daripada broadband talian tetap, baru la kelas. Nak tengok Youtube pun pantas dan mudah. Tapi dengan adanya Maxis Broadband, aku kini dengan rasminya bukan lagi pelayar tegar laman Youtube! Tahniah! Hahahaa….

Jadi tu la serba sedikit penangan dan cerita mengenai Maxis Broadband kat ofis aku ni. Boleh la, janji dapat baca e-mail dan akses benda-benda penting sudah la. Tahniah kepada Maxis Broadband

Categories: WoRD LiFe
  1. June 12, 2008 at 5:29 AM

    bestnya idup ada maxis broadband.. aku memang suka la tu, boleh bawak laptop lepak tepi opis hang na amin…

    jangan bagi suzila rapat dengan opis hang.. nanti dia churi…hahahahaha…

  2. June 12, 2008 at 1:10 PM

    janganlah dikau risau wahai encik jefrydin. aku mempunyai cara yang tersendiri bagi mengatasi masalah jenayah kecurian yang bakal dilakukan oleh suzila.

    caranya amat mudah. aku akan pastikan modem aku diletakkan di tempat yang berketinggian lebih 180 cm agar beliau gagal untuk mecapai modem berkenaan. sesiapa diluar sana yang menghadapi masalah kecurian yang dilakukan oleh suzila boleh menggunakan cara yang sama seperti ini.

    p/s: cara ini juga dapat mengatasi masalah kecurian ‘udang panjat’ semasa upacara makan beradab oleh pengantin. sekian.

  3. June 13, 2008 at 6:55 AM

    pakai broadband la baru class!!

    tp aku xde la nak class2 ni, kat rumah pakai wireless modem aje..
    tp takat nak check email, akses dkt henpon buruk aku pun boleh..

  4. June 13, 2008 at 9:44 AM

    ya betul tu bang amin, pastikan dia tidak menggunakan khidmat org lain untuk mencapai apa yang beliau inginkan tu…

  5. June 16, 2008 at 1:25 AM

    hahahahahahhaha… suzila sudah mariii….. jgn la risau wahai amien7 dan jefrydin… hah!!!! jefrydin… name u classic lah!!!

    i nih buta IT.. hah broadband???? minatang ape tuh??? hahahah….

  6. June 17, 2008 at 2:37 AM

    Terima kasih diatas komen-komen yang diberikan.

    Dikesempatan yang terhidang ni aku mewakili Alumni KLFC ingin menguchapkan jutaan tahniah kepada Encik Jefrydin & The Siglap 5 kerna dengan berjayanya dan rasminya telah menjadi seorang daddy. Tahniah!

    Beliau kini telah berjaya mewujudkan The Siglap yang pertama dan 4 lagi Siglap akan menyusul selepas ini untuk mencukupkan kuota The Siglap 5 dalam keturunannya. Jutaan tahniah daripada aku kerna hang telah berjaya menunjukkan kelakian hang.

    Pesanan penaja: Hang memang teraaaaa….

  7. nash
    February 28, 2009 at 6:06 PM

    aku ada mslh ttg maxis broadband…signal ada tp ble connet >> error pulak…tp laptop aku gne os vista starter tp adakah itu mslh os?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s