Home > WoRD LiFe > Buat Anak…

Buat Anak…

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahniah!

Hanya satu perkataan yang ingin aku ucapkan khas buat 3 insan yang hadirnya telah menjadi satu daripada sejarah dan bingkisan dalam hidup aku.

Jikalau 1 tahun yang lepas dan pada bulan yang sama aku mendedikasikan entri dan penghargaan aku khusus buat kakak aku yang pertama iaitu Kak Yan yang selamat menimang cahaya mata baru. Kini aku ingin mendedikasikannya buat tahun kedua dimana ada 3 insan penting dalam hidupku yang secara rasmi telah menyambut dan meraikan perkara yang sama.

Buat anak. Mudah sahaja tajuk entri aku kali ini. Maksudnya korang faham2 sendiri la. Tapi kepada yang belum cukup umur seperti Adik Zila (Bukan nama sebenar) kenalah tanya pada yang pakar ye? Pada bulan Jun 2008 ini telah mencatatkan sejarah yang tersendiri kerana mereka-mereka yang rapat di sekelilingku telah berjaya ‘membuat anak’ pada bulan yang sama. Kelahiran baru ini diharapkan akan menyerikan hidup kalian-kalian yang aku sebutkan ini.

Jadi dalam kesempatan yang terhidang ini aku ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Harris Faril Daley iaitu salah seorang staf di Pejabatku kerana berjaya menimang cahaya mata pada awal bulan Jun yang lalu. Aku dan beberapa staf pejabat telah datang melawat beliau tetapi tidak berkesempatan melihat anaknya yang masih berada dalam NICU disebabkan sedikit komplikasi tetapi ianya tidak kritikal. Tahniah bro!

Kemudian fenomena ‘buat anak’ ini diikuti pula oleh Encik Adnan R***l Haris, iaitu big boss aku di PLF Putrajaya dahulu yang mana beliau juga telah memperolehi cahaya mata baru pada 17 Jun yang lalu. Syukur. Mudah mudahan dengan kelahiran ‘The Siglap’ yang pertama tersebut akan mencheriakan hidup anda.

Dan yang terakhir sekali, tahniah buat kakak aku yang kedua, Kak Yah dan pasangannya Abang Nizan kerna berjaya menimang seorang ‘babygirl’ pada 19 Jun yang lalu. Tahniah buat kalian. Mudah-mudahan berbahagia ke anak cucu. Akan ku pulang untuk melawat anak sedaraku yang terbaru tu. Hehehe.

Jadi entri kali ini aku dedikasikan kepada mereka semua. Dan kepada rakan taulan lain yang telah memperolehi cahaya mata seperti Mama Maria, Mama Sue, Abg Mas,
Abg Azan dan Addy Mekanik juga aku ucapkan tahniah kepada kalian.

Sebelum mengundur diri, aku ingin mengucapkan ‘Selamat Hari Bapa’ kepada abahku yang berada di kampung.Semuga beliau sentiasa sihat walafiat dan gembira menyambut kelahiran cucu baru. Challo!

Categories: WoRD LiFe
  1. bakthiar
    June 22, 2008 at 2:52 PM

    Kelahiran seorang insan yang baru didunia ini amat membuatkan insan-insan lain bergembira..saya tumpang gembira membaca penerangan tersebut..masa buat anak bagi kucing2ku..

  2. sue
    June 23, 2008 at 2:37 AM

    tahniah pada suma nama yg di atas..kepada tn tanah..aku doakan thn depan ko akan jd bapak gak!!!🙂 ….

  3. June 23, 2008 at 5:52 AM

    assalamualaikum

    betul tu tuan bakhtiar. saya berdoa semoga anda menjadi bapa yang penyayang kepada anak-anak kucing anda.

    kepada mama sue, terima kaseh dengan ucapan penuh simbolik anda tu. akan ku usaha agar dapat mencapai level yang sama dengan mama sue, mama maria dan papa nandre. insyaallah…

  4. June 23, 2008 at 4:50 PM

    phew.. glemer jap.. hehe

  5. June 24, 2008 at 2:25 AM

    ada pembetulan sedikit. kelahiran baby sulung encik adnan r***l haris adalah pada 14hb Jun. Bukan pada 17hb ye? harap maklum.

  6. June 24, 2008 at 2:26 AM

    Nur Anizan Alisya…..
    nama anak sedara baruku…huhu…

  7. June 25, 2008 at 9:52 AM

    Amin, silap tu,

    kelahiran pewaris aku adalah pada 14 Junio 2008 la.. bukan 17hb daaaaaaaaaa.. padam2 chepat, buat pembetulan chepat….

  8. June 25, 2008 at 9:54 AM

    amin, halim dah ada kat blkg aku nie masa aku tengah tulih nie…

    hang tak mau ucap tahniah ke?

  9. June 25, 2008 at 10:13 AM

    saya berdiri disini adalah kerena ingin menguchapkan jutaan tahniah kepada tengku halim. walaupun beliau masih belum memperolehi cahaya mata mahupun cahaya telinga, tapi saya tetap jua ingin menguchapkan tahniah. tahniah tengku!

  10. June 25, 2008 at 10:14 AM

    amacam nandre, best tak ucaphan aku?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s