Home > WoRD LiFe > Unik @ Kegemaran?

Unik @ Kegemaran?

Assalamualaikum.

Bertemu kembali. Selepas berfikir dangan penuh emosi untuk entri yang sebelum ini dimana cabaran minda amat diperlukan demi memenuhi kehendak Cik Anai-Anai, aku kini membentangkan pula topik baru bagi tatapan rakan sekalian.

Unik @ Kegemaran? Persoalan yang sering membelenggu fikiranku baru-baru ini. Pada mulanya mungkin biasa sahaja, tapi lama-kelamaan setelah hampir mencecah umur 25 tahun (oops, pecah rahsia pulak) baru aku terfikir tentang perkara ini.

Perkara yang aku maksudkan ialah mengenai satu perkataan unik yang sering kita gunakan bagi menggambarkan diri kita. Ataupun dengan kata mudah ayat yang sinonim dengan diri kita. Mungkin anda semua tidak begitu faham. Baiklah, akan aku jelaskan disini.

Setiap daripada kita (mungkin) pastinya mempunyai satu perkataan atau ayat yang sering digunakan bagi menggambarkan diri sendiri. Sebagai contoh, aku sering menggambarkan diriku dengan perkataan RAPTOR, ENDLESS dan SEVEN (7). Sering kali rakan-rakan menggelarkan aku sebagai Amien Raptor. Inilah yang ingin aku perkatakan pada entri kali ini.

Mungkin ada yang menganggap perkara ini biasa. Tapi bagi aku ada yang istimewa tentang perkara ini. Kebanyakan rakan-rakan yang aku kenali mempunyai perkara yang sama seperti aku. Mungkin mereka tidak mencipta perkataan ini untuk diri mereka, tetapi aku dan rakan-rakan yang lain pula yang memberikan gelaran tersebut kepada mereka. Ramai di kalangan rakanku mempunyai pelbagai gelaran unik tersebut. Aku mulakan dari zaman universiti ok?

1) Zaman Universiti: Antara gelaran unik bagi rakan-rakanku adalah Seperti Tocik Xeron, Faizal Maroach, Faris Betong, Nurruddin Losong, Danial Macho Man, Geroo Kucing, Kayroo Kangkung, Joe Himura @ Koch, Faiz Kalianan, Shukri Petet, Shahrul Pico dan bermacam-macam lah lagi. Memang seronok aku mendengar istilah-istilah dan perkataan yang mereka gunakan bagi menggambarkan diri mereka. Kadang-kadang ada gak bunyi yang macam yang tak senonoh je. Hahaha..

2) Zaman Bekerja: Antara gelaran nama rakan-rakan aku sewaktu bekerja ialah seperti Sue Hamster @ Sue Ketot @ Cik Anai-Anai, Som Jer Jer, Mama Maria Qibby, Mama Sue Stesen Radio, Myasara Hud-Hud, Nandre Bulu @ The Legend, Halim Wahyu @ Tengku Halim, Shimie Flowerhorn dan sebagainya.

Seronok betul bila memikirkan nama-nama dan istilah unik mereka ini. Kadang-kadang bukannya rakan tersebut yang meletakkan nama tersebut, tapi ianya diberikan oleh rakan yang lain. Bukan mengutuk atau mengejek, tapi sekadar gurauan yang kadang-kala boleh menceriakan suasana dan membangkitkan mood untuk bekerja.

Jadi sampai disini sahaja buat kali ini. Kepada mereka-mereka yang disebutkan diatas, diharapkan agar sentiasa gembira dengan istilah unik dan menarik itu. Stay cool. Peace, One Love!

Categories: WoRD LiFe
  1. July 7, 2008 at 10:04 AM

    jangan lupe ye… nickname baru
    MR. LALAT

  2. bakthiar84
    July 7, 2008 at 1:45 PM

    Nampak menarik juga ada nama tambahan yang simple mcm tu..bukan setakat nama timangan atau manja sahaja. Boleh mengelarkan diri dengan dengan unik lagi. Tapi kebiasaannya kawan2 jer yang panggil mcm tu kan..saya nak cari nama-nama anak kucing saya yang unik untuk 3 ekor kt umah tu..hihi gernti orang rasa lain..

  3. maria
    July 10, 2008 at 12:09 AM

    nasib baik nama aku tak de la pelik sgt.. hehe

  4. sue
    July 11, 2008 at 4:21 AM

    huhu..kt sini dah ada stesen radio baru la..meh sini leh bkenalan ngan dia..haha..astro pun ada…x caya? dtg sini dl…kenali mereka …kihkihkih…

  5. July 15, 2008 at 12:49 AM

    Nama anak kucin ye bakthiar84…
    1. sufi sufian
    2. oyien
    3. ciqq
    4. onyet
    5. puteri natasya bt. badrul shah
    6. milo
    7. coco
    senarai di atas adalah antara nama2 anak kucin yang pernah diberikan oleh saye… heee…

  6. July 22, 2008 at 12:54 AM

    Salam, lama x dengar kabor?? Macamana moto xcite hang?? ok ke? Sudi2 la jengok kami kat c ni ek ———-> http://xcitedotcreateforumdotnet

    Salam kembali..😉

  7. July 22, 2008 at 5:02 AM

    mr. lalat, clan223 i guna password i je la ye. i selalu lupe password informaticholic la….

  8. July 22, 2008 at 8:14 AM

    hurm..

    dah setahun lebih tak masuk blog ni….. byk perubahan….

    keep up dude!

  9. July 22, 2008 at 9:41 AM

    ya, suzila kan dah berubah tempat bekerja…

  10. July 22, 2008 at 10:52 AM

    cik anai-anai…
    ikot engkau laaa…

    en roul…
    selamat kembali menlayari blogkuu….

    papa nandre..
    ye betul, dia bukan sahaja berubah tempat kerja. tapi juga berubah menjadi makluk yang menggerunkan…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s