Home > WoRD LiFe > Syukur…

Syukur…

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berpindah lagi. Itulah jawapan kepada persoalan kenapa blog aku ni asyik tak ter’update’ selalu. Dah menjadi semacam rutin tahunan pulak aku rasakan kerana asyik berpindah sahaja sejak setahun dua ini.

Tapi syukur alhamdulillah kerana perpindahan kali ini membawa lebih banyak keselesaan dan keamanan kepada kami semua iaitu kaum kerabat syarikat Deras Hijau. Seluruh keluarga Deras Hijau berasa amat gembiran dan teruja dengan pembaharuan dan anugerah Ilahi yang memberikan kami tempat kerja baru serta ruang melakarkan perniagaan dengan lebih selesa.

Dengan penggabungan syarikat Deras Hijau dengan Syarikat Geo Armada Sdn Bhd, maka banyak perubahan positif yang dapat dilihat demi untuk kemajuan Syarikat dan survival anak bangsa melayu dalam bidang perniagaan perkhidmatan ini.

Perubahan dari sudut pentadbiran amat jelas sekali dan harapan aku agar syarikat Deras Hijau akan menerajui keseluruhan perkhidmatan penghantaran di kawasan lembah Klang. Mudah-mudahan ianya terlaksana. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pengurusan baru terutamanya Encik Fauzi yang banyak memberikan ‘wajah baru’ kepada syarikat Deras Hijau. Semoga Deras Hijau akan berkembang maju. Banzaiiii

Bilik kerja peribadi aku (cayalah bos!)

Ruang kantor (Ofis) yang belum lengkap

Categories: WoRD LiFe
  1. July 23, 2008 at 12:23 AM

    bestnye dpt bilik baru..

  2. July 23, 2008 at 1:56 AM

    wah! awal pagi lagi mama dah kasi komen…
    cam takde keje je kat sana. hehe…

    memang best dapat bilik utk kerja..
    kalo tak percaya cuba try tanya papa nandre. mesti dia cakap salah satu kelebihannya ialah boleh makan roti sorang2 dalam bilik. hahahaa…

  3. July 23, 2008 at 7:24 AM

    ya betol… bukan takat makan roti sahaja… kini saya boleh makan meggi seorang diri di dalam bilik tanpa sesiapa yang berani ‘paw’…. haha…

  4. thafiexq
    July 23, 2008 at 7:49 AM

    kemas dan teratur betoi opis

  5. July 23, 2008 at 10:04 AM

    hohohoh…

    pindah ofis? hurm….. aku nak resign tak lama lagi… so there’s gonna be a new ofis for me too…

    hehehehe…

  6. yanz
    July 24, 2008 at 2:38 AM

    saya pun ader ofis baru gak…

  7. July 25, 2008 at 12:26 AM

    ala… kejap je kemas dan bersih tuh… pasni kiter tengok plak binatang ape yang bole buat sarang… hahaha…

  8. July 29, 2008 at 5:47 AM

    ya, amin nie suka bela ikan flower horn atas meja dia..makan roti tu memang la sennag, sebab org tak nampak, pastu aku pi pau kat bilek sebelah dan seberang jalan…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s