Home > WoRD LiFe > Oh Tuhan… 25!!

Oh Tuhan… 25!!

25 Julai 2008 ??

Cepatnya masa berlalu! Aku rasa macam baru beberapa minggu sahaja aku menulis untuk entri sambutan hari lahirku yang ke 24 dahulu. Dan sekarang degan sekelip mata ianya telah bertukar menjadi angka 25 dalam jangkamasa yang agak singkat sahaja. Dunia dunia….

Apa yang aku nak cerita kali ini agaknya ek?

Em, ok la. Aku cerita pasal sambutan kali ini sahaja la. Tahun ini tiada sambutan untuk hari lahir aku yang ke 25 tahun ini. Hanya bekerja seperti hari-hari biasa dan yang membezakannya adalah cuma aku menerima ucapan-ucapan Selamat hari lahir daripada rakan-rakan sahaja. Biasa la, bila dah dewasa beginilah keadaannya. Semuanya serba sederhana.

Apa yang aku ingin jelaskan sedikit di sini ialah aku dapat rasakan jurang perbezaan yang sudah agak jauh daripada apa yang aku terima dahulu. Maksud aku dari sudut hubungan dan komunikasi bersama rakan-rakan. Cukup berbeza. Jikalau semasa zaman aku belajar dahulu, mungkin sampai ke pagi aku akan melayan dan membalas SMS daripada rakan-rakan yang mengucapkan selamat.

Kini keadaan dah berubah. Komitmen terhadap kerja dan hidup sehari-hari membuatkan perkara ini semakin dilupai. Bukan aku inginkan penghargaan, tapi sedikit kecewa kerana ‘jurang’ yang aku maksudkan tadi telah menjadi amat jauh dek kerana kesibukan dan komitmen sehari-hari rakan-rakanku. Apa yang perlu diperkatakan lagi? Biarlah berlalu, yang penting kita masih mengekalkan hubungan persahabatan sampai bila-bila. Bukan bersedih, Cuma terkilan dek kerana waktu. Biarkanlah…

Jadi pada kesempatan ini aku selaku warga bumi yang sudah berumur 25 tahun ini ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada diriku sendiri (cayalah!). Juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang masih mengingati tarikh lahirku dan mengucapkan selamat kepadaku. Semoga doa-doa dan harapan korang semua terhadap diri aku ini akan termakbul. Mudah-mudahan…

Categories: WoRD LiFe
  1. July 25, 2008 at 2:34 PM

    Abang Amien…. HAPPY BIRTHDAY!!!! nanti adek suzy belanja makan kerang ye…. huhu…

  2. July 26, 2008 at 2:49 AM

    blah la….adik suzi konon..
    idup lagi lama dari aku, ada hati nak jadi adek..huhu…
    ok, nanti kita gi mkn kerang ye akak?

  3. bakthiar84
    July 26, 2008 at 1:37 PM

    Happy Birthday To You..Abg Amien selamat menyambut ulang tahun yang ke-25..Semoga suksess selalu..komitmen pun komitmen..Ada rezeki kita celebrate nanti..smile and happy always..

  4. July 28, 2008 at 12:30 AM

    happy bday mr bling2

  5. July 28, 2008 at 1:10 AM

    mr bling2… hahahha…. sesuai….

  6. July 28, 2008 at 1:56 AM

    bakthiar: thankz sbb wish your bro besday ngan cara yang agak FORMAL. datang ke bilik aku seolah-olah ada masalah kerja, tetapi akhirnya adalah untuk ucapkan besday aje.. thanks bro!

    mama maria: yes, i’m mr bling-bling. but cannot lawan our true and pure mr. bling-bling, reza the defect!!

    suzila: anai-anai bling-bling….

  7. July 29, 2008 at 5:50 AM

    Reza the defect…
    wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. jangan main2 brader. org itu sudah pakai Gen-2 kunin…

    amin, semoga Allah bukakkan hati hang supaya tak buat super impose kat org dah lepas nie… selamat hari menjadi-jadi besaqnya..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s