Home > WoRD LiFe > Ada apa dengan bulan Ogos??

Ada apa dengan bulan Ogos??

Hadiah hari lahir aku?? Lu fikir la sendiri!!

Salam dan Selamat Sejahtera semua.

Bertemu kembali kita dalam entri aku yang seterusnya ini. Sedar tak sedar begitu cepat masa berlalu. Rasanya baru melalui tahun 2008 tapi kini dah menjengah bulan Ogos. Cepat betul masa ni berlalu. Baik! Apa yang menarik bulan Ogos ni?

Bulan Ogos ye… Memulakan bulan Ogos ialah sambutan ulangtahun hari lahir abahku yang tersayang iaitu jatuh pada 2hb Ogos. Selamat hari Lahir daddy!! Semoga beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan kegembiraan. Untuk pengetahuan semua abahku menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-70 pada tahun ini. Tahniah!

Menyusul pula pada 3hb Ogos ialah hari lahir rakan serumahku yang sentiasa setia berkongsi cerita apabila pulang dari kerja iaitu Encik Rozak Wahab. Semoga beliau sentiasa tabah menempuhi hari-hari mendatang. Dan nasihatku kepadanya ialah semoga beliau berjaya menjadi seorang blogger yang berjaya dan dapat menyaingi ‘kawan’ baikknya. Tahniah bro… Dah tua gak ko ni!

Juga aku ingin ucapkan Selamat Hari Lahir kepada rakan baikku merangkap bos semasa aku bekerja di PLF dahulu. Encik Papa Nandre the Buluman. Aku tak ingat berapa haribulan tarikh lahir beliau, tetapi yang pasti sekitar awal bulan Ogos. Tahniah bos!

Bulan Ogos juga menyaksikan beberapa perkara lain yang tercatat dalam hidup aku. Motosikal yang aku gunakan setiap hari untuk ‘mencari sesuap nasi’ iaitu bernama Mister-X telah menyambut ulangtahun pertamanya. Bulan Ogos merupakan tarikh pemilikan motosikal tersebut ditanganku dan ianya kini telah berusia setahun…

Paling mencuri perhatian aku pada bulan Ogos ni ialah genapnya tempoh 2 tahun aku menceburkan diri sebagai Blogger. Pada mulanya hanyalah sekadar hobi dan main-main sahaja. Kini tetap menjadi hobi, tetapi hobi yang sangat rajin aku lakukan. Menulis dalam blog sehari-hari menjadikan cebisan cerita tersebut sebagai kenangan yang tersendiri dalam hidup aku. Terus terang aku cakapkan, apabila aku membaca semula entri-entri lama yang aku tulis dahulu, perasaanku amat teruja dan memori tersebut akan bermain semula dalam kotak fikiranku. So, menulislah!

Dan yang terakhir sekali dalam bulan Ogos ni tentulah sambutan Hari Kemerdekaan Negara Malaysia kita yang tercinta ini. Mudah-mudahan Malaysia sentiasa aman sejahtera dan semoga kadar jenayah di Malaysia semakin berkurangan. Peace, One Love! Adios!!

Categories: WoRD LiFe
  1. August 2, 2008 at 11:29 PM

    selamat…

  2. August 4, 2008 at 12:47 PM

    betul tu mama maria….
    mudah-mudahan semuanya akan selamat…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s