Home > WoRD LiFe > Buat Anak…

Buat Anak…

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahniah!

Hanya satu perkataan yang ingin aku ucapkan khas buat 3 insan yang hadirnya telah menjadi satu daripada sejarah dan bingkisan dalam hidup aku.

Jikalau 1 tahun yang lepas dan pada bulan yang sama aku mendedikasikan entri dan penghargaan aku khusus buat kakak aku yang pertama iaitu Kak Yan yang selamat menimang cahaya mata baru. Kini aku ingin mendedikasikannya buat tahun kedua dimana ada 3 insan penting dalam hidupku yang secara rasmi telah menyambut dan meraikan perkara yang sama.

Buat anak. Mudah sahaja tajuk entri aku kali ini. Maksudnya korang faham2 sendiri la. Tapi kepada yang belum cukup umur seperti Adik Zila (Bukan nama sebenar) kenalah tanya pada yang pakar ye? Pada bulan Jun 2008 ini telah mencatatkan sejarah yang tersendiri kerana mereka-mereka yang rapat di sekelilingku telah berjaya ‘membuat anak’. Kelahiran baru ini diharapkan akan
menyerikan hidup kalian-kalian yang aku sebutkan ini.

Jadi dalam kesempatan yang terhidang ini aku ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada
Harris Faril Daley iaitu salah seorang staf di Pejabatku kerana berjaya menimang cahaya
mata pada awal bulan Jun yang lalu. Aku dan beberapa staf pejabat telah datang melawat
beliau tetapi tidak berkesempatan melihat anaknya yang masih berada dalam NICU disebabkan
sedikit komplikasi tetapi ianya tidak kritikal. Tahniah bro!

Kemudian fenomena ‘buat nak’ ini diikuti pula oleh Encik Adnan R***l Haris, iaitu big boss
aku di PLF Putrajayadahulu kerana juga memperolehi cahaya mata baru pada 17 Jun yang lalu.
Syukur. Mudah mudahan dengan kelahiran ‘The Siglap’ yang pertama tersebut akan mencheriakan
hidup anda.

Dan yang terakhir sekali, tahniah buat kakak aku yang kedua, Kak Yah dan pasangannya Abang Nizan
kerna berjaya menimang babygirl pada 19 Jun yang lalu. Tahniah buat kalian. Mudah-mudahan
berbahagia ke anak cucu. Akan ku pulang untuk melawat anak sedaraku yang terbaru tu. Hehhe.

Jadi entri kali ini aku dedikasikan kepada mereka semua. Dan kepada rakan taulanku
yang lain-lain dan telah memperolehi cahaya mata seperti mama maria, mama sue, abg mas,
abg azan dan addy mekanik juga aku ucpakan tahhniah kepada kalian.

Sebelum berundur diri, aku ingin mengucapka ‘Selamat Hari Bapa’ kepada abahku dikampung.
Semuga beliau sentiasa sihat walafiat dan gembira menyambut cucu baru.

Categories: WoRD LiFe
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s