Home > WoRD LiFe > Tersungkur lagi…

Tersungkur lagi…

Salam.

Punah harapan. Begitulah kekecewaan yang melanda aku dan mungkin hampir seluruh umat manusia di Malaysia ini semalam. Menyaksikan satu-satunya prospek negara untuk memenangi pingat emas sukan Olimpik tersungkur rebah adalah begitu pedih dan cukup marah rasanya.

Melihat kemaraan Lee Chong Wei selaku pemain badminton nombor satu negara dan ranking ke-2 dunia ke final badminton sukan Olimpik membuatkan aku berkobar-kobar menyaksikan acara yang mungkin menjadi sejarah buat Malaysia itu. Tapi 10 minit pertama aksi yang dipersembahkan Chong Wei membuatkan aku merasa kecewa.

Dan sebagai keputusannya, cabaran Chong Wei dibenam mudah oleh Lin Dan 21-12, 21-8 dalam tempoh 39 minit permainan tanpa sebarang masalah dan tentangan sengit daripada wakil Malaysia itu. Sungguh kecewa, tetapi dengan pingat perak tersebut cukup baginya memperbaiki menyamai pencapaian pasangan Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock pada temasya sama pada tahun 1996.

Komen Chong Wei: “Saya sedar saya menghampakan seluruh rakyat Malaysia. Tapi, percayalah, saya sudah cuba sedaya upaya. Entah mengapa malam ini, saya tidak menjadi,”

Telah tersurat bukan tuah Malaysia untuk memenangi acara ini. Apakan daya, mudah-mudahkan akan ada ruang pada masa hadapan sukan Olimpik membariskan acara yang menjadi kekuatan Malaysia seperti skuasy dan mungkin boleh membutirkan pingat emas untuk negara.

Walaubagaimanapun, sekalung tahniah diucapkan kepada Lee Chong Wei kerana berjaya merangkul pingat perak. Walaupun kecewa, beliau merupakan satu-satunya hero negara yang power pada sukan Olimpik ini. Tahniah! Adios!

Categories: WoRD LiFe
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s