Home > WoRD LiFe > Puasa Oh Puasa

Puasa Oh Puasa

Asslamualaikum

Berjumpa kembali pada entri kali ini. Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua rakan-rakan sekalian. Selamat berpuasa dan selamat beribadat dalam bulan yang penuh kemuliaan ini.

Apa yang aku ingin perkatakan pada kali ini ialah mengenai ibadah puasa. Seperti biasa bagi orang dewasa macam aku ini telah menjadi kewajipan untuk berpuasa. Kalau dahulu semasa kita kecil masih boleh main-main mengenai bab-bab puasa. Tetapi sekarang tak eloklah kalau kita memperlekehkan ibadah tersebut.

Banyak kenangan dan peristiwa mengenai puasa yang berlaku dalam hidup aku. Bermula dari zaman belajar si UiTM Machang sehinggalah ke hari ini, pasti akan ada kenangan mengenai ibadah puasa yang boleh membuatkan aku ketawa setiap tahun. Pada bulan puasa tahun lepas aku dah ceritakan mengenai rakan-rakanku yang berpura-pura musafir. Anda boleh baca di sini: Tahun ini aku harapkan agar semua yang berada disekeliling aku akan berfikir seperti orang dewasa, bukan macam dahulu lagi.

Aku sebenarnya nak sentuh bab-bab puasa ni sebab ada benda yang menimbulkan sedikit rasa tidak puas hati. Dan kalau bab-bab tak puas hati semestinya mengenai wang kan? Betul… Begini ceritanya. Aku dah 4 tahun bermastautin di Shah Alam. Pengalaman dari tahun ke setahun memang sentiasa berbeza. Kalau dahulu aku pergi ke bazar ramadhan dengan membawa wang RM2, pasti di tangan akan ada 10 ketul kuih. Itu cerita 4 tahun dahulu. Tahun lepas dengan RM 2 di tangan aku masih boleh menikmati 6 ketul kuih. Tahun ini ceritanya sama sekali berbeza. Semalam aku ke Bazar Ramadhan Seksyen 7 Shah Alam, berbekalkan RM 2 di tangan, aku hanya memperolehi 5 ketul kuih. Tahniah kepada pemimpin Negara kerana dengan berjayanya membuatkan rakyat tersepit dalam ekonomi yang tidak menentu.

Ah, lupakan soal itu. Boleh batal puasa aku kalau bab-bab politik, ekonomi, harga minyak dan kepimpinan ini didebatkan. Setakat itulah sahaja kisah kuih. Apa yang aku nak persoalkan adalah menenai situasi kehidupan sekarang ni. Apa-apa pun hidup harus diteruskan. Memang dah jadi norma dalam kehidupan. Manusia akan buat apa sahaja apabila sudah tersepit. Yang penting kita sebagai manusia yang waras pandai-pandailah bawa diri.

Jadi pada bulan yang penuh keberkatan ini aku harapkan para peniaga janganlah terlalu mengambil kira soal keuntungan. Biarlah untung sedikit dan mendermakanlah pahala kepada pengguna. Itu ladalah lebih baik. Sebagai penutup, aku dengan ini mengharapkan agar pada tahun ini aku akan lebih berjaya dalam mengharungi bulan Ramadhan berbanding tahun yang lalu. Dan aku menyeru kepada semua umat Islam agar menggunakan kesempatan ini untuk meningkatkan ibadah kita. Sekian. Selamat berbuka puasa.

Categories: WoRD LiFe
  1. September 2, 2008 at 11:30 PM

    Tahniah kepada pemimpin Negara kerana dengan berjayanya membuatkan rakyat tersepit dalam ekonomi yang tidak menentu.

    selalunya, kalau org berniaga kuih ka, apa ka bulan posa nie, memang nak chari untong lebeh la.. kekdang tu isi dalam kuih tu pon tak penoh… memang berniaga tak ikhlas la…

    kalau pi kat sek 13 shah alam, lagi la mahai…
    lebeh baik pi kat kedai makan biasa ja yang juai lauk2 dan kuih2 drpd kita beli kat peniaga cendawan nie.,..

  2. September 3, 2008 at 3:11 AM

    betui u…
    apa kata kita pi beli lauk pauk je. toksah makan kueh na?
    baguih tak kalo lagu tu papa nandre??

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s