Home > WoRD LiFe > Rukun Negara

Rukun Negara

Assalamualaikum.

Beberepa hari yang lalu aku ada melihat satu Forum yang disiarkan secara langsung di TV1. Aku tak berapa kenal akan ahli panelnya tapi yang aku dapat cam hanya seorang iaitu Naib Canselor UiTM, Dato’ Ibrahim Abu Shah.

Dalam perbincangan yang aku hanya dengar seimbas lalu itu, ada kedengaran isu yang menyebut tentang jati diri rakyat Malaysia. Dan yang jelas aku fahami ialah mengenai kefahaman tentang Rukun Negara yang kian pudar dalam umat manusia yang menginap di bumi Malaysia ini.

Kalau disebut tentang Rukun Negara, aku seringkali akan teringat tentang Buku Nota Sekolah semasa sekolah randah dan menengah. Di belakang buku tersbut pasti akan tertera lima prinsip Rukun Negara. Kalau dahulu ianya tidak memberikan sebarang makna kepada kita. Mungkin kerana kita masih budak-budak, apa yang nak dibisingkan dengan Rukun Negara tersebut kan?

Tapi kini apabila dah besar pasti korang semua akan menyebut tentang perkara-perkara yang terkandung dalam Rukun Negera dalam hidup anda. Percayalah. Yang pasti Rukun yang pertama yang menjadi kemestian dalam hidup kini sebagai manusia tidak kira apa bangsa sekalipun. Dan yang lain-lain akan datang menyusul kemudian dan akan merangkumi apa yang berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari.

Jadi disini aku siarkan kembali Prinsip Rukun Negara kepada kalian semua sebagai peringatan dan untuk mengembalikan kembali ingatan kalian semua kepada prinsip tersebut. Layan…

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Maklumat lanjut Rukun Negara:

Categories: WoRD LiFe
  1. maria
    September 5, 2008 at 7:13 AM

    1st rukun tu paling penting kan..

  2. warda ismail
    November 6, 2008 at 8:33 AM

    bantu saya dapatkan lagu Rukun negara yang boleh didown load. Nak dengarkan pada student masa aktiviti kursus sehari rukun negara!

  3. November 6, 2008 at 8:45 AM

    cik warda ismail please kasi email..
    saya emailkan kepada anda lagu tersebut..

  4. Nie
    April 14, 2009 at 9:23 PM

    bleh x emailkan lagu rukunegara kepada saya?

  5. April 15, 2009 at 8:43 AM

    adik cari je kat internet, banyak link bleh download…

    cuba try download kat sini: Lagu Rukun Negara

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s