Home > WoRD LiFe > Ayat Pemanis

Ayat Pemanis

“Assalamualaikum. Selamat pagi ye murid-murid. Pada hari ini saya selaku cikgu Bahasa Melayu ingin mengajar murid-murid mengenai penyusunan ayat. Pada hari semalam kita dah belajar mengenai Ayat Pasif, jadi pada hari ini cikgu ingin mengajar murid-murid mengenai Ayat Pemanis pula. Jadi murid-murid semua baca ye dalam buku teks Bahasa Melayu muka surat 77”.

Perihal Ayat Pemanis

Ayat Pemanis merupakan satu ayat seni yang cukup memberikan daya tarikan yang tersendiri kepada pengguna ayat tersebut. Ayat Pemanis ataupun di sebut dalam bahasa pasar sebagai “Ayat Mengecek” ataupun “Ayat Pow” seringkali digunakan oleh mereka-mereka yang sangat berkeinginan terhadap makanan orang lain. Ayat ini digunakan sebagai Killer Subject bagi mencairkan hati sesorang untuk menyerahkan sedikit hatta secebis makanan kepada mereka-mereka yang menggunakan ayat ini

Sejarah

Ayat Pemanis telah dicipta dan dipatenkan dengan sijil ISO 9001 oleh seorang sasterawan yang tidak berapa terkenal bernama Maswira. Seringkali juga beliau digelar sebagai Abang Mas untuk menggambarkan bahawa beliau masih muda. Walaubagaimanapun sekiranya Abang Mas pergi ke Indonesia, orang ramai akan terkeliru untuk memanggil namanya kerana ‘Mas’ itu bermaksud ‘Abang’ di Indonesia. Dengan terciptanya Ayat Pemanis ini sekaligus melayakkan beliau digelar sebagai pelakon komedi terbaik dalam filem kerana hasil karya lawak humor beliau sungguh berjaya sehingga ke peringkat antarabangsa. Kini beliau bernaung di bawah teraju kepimpinan Negara sebagai abang PTD (Pi Tidoq) dan diharapkan agar berjaya sehingga ke akhir hayat beliau.

Nota: Abang Mas, ke manakah ko menghilang?? Aku rindukan lawak-lawak sarkasmu itu. Sekian.

Categories: WoRD LiFe
  1. maria
    September 10, 2008 at 8:45 AM

    abg mas tido kot.. sampai email pun dah x aktif..
    nak call dia? itu tandanya senagja carik pasal..heheheh

  2. myasara
    September 11, 2008 at 3:17 AM

    haha..jangan carik pasal..kang xpasal2 ‘banjir’ lak kat satu tempat tu..

  3. September 11, 2008 at 3:41 AM

    hahahahahaaha

    buat maklumat semua, aku dan halim dah terjumpa dengan PTD Maswari nie kat surau presint 7 masa semayang jumaat.

    dia tanya aku kat mana tempat ambek ayer semayang, pastu aku cakaplah, kat bawah van kaler putih tu ada paip. tapi kena ubahlah van tu dulu..

    hahahahahaaaaa. sekarang dia dah kembali ke kementerian pertanian selepas abes kursus kat INTAN bukit kiara

  4. September 11, 2008 at 3:42 AM

    ya, itulah pasainya kalau ada org email dia, dia tak balas.. hehehehee

    hangpa pon tau la kan.

    ehh ehe kak uda ke tu?

  5. September 11, 2008 at 5:07 AM

    ya betul, kak uda sudah menjelma bersama mr. bling2 jr dalam perutnya..tahniah!

    hang kalo jumpa PTD masjoko tu kim salam sama dia ok? mudah-mudahan akan sempurnalah hari-hari beliau…

  6. February 19, 2012 at 10:40 PM

    try ayat ni sebelum kluar rumah
    “hai bedak si galang-galang, tapak tangan naik seri ke muka”. Ayat penyeri muka

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s