Home > WoRD LiFe > Zakat Fitrah

Zakat Fitrah

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Tetunai juga kewajipan aku berzakat fitrah pada tahun ini. Syukur kepada Allah kerana mengurniakan rezeki dan pekerjaan yang baik kepadaku dalam aku meneruskan kehidupan di dunia ini. Jadi hak-hak umat lain yang berada dalam rezeki ini dapat disalurkan menerusi zakat.

Kalau diikutkan pada kadaran waktu, ini merupakan tahun ketiga aku membayar zakat fitrah untuk diri sendiri. Sebelum ini semasa aku masih belajar di UiTM , zakat fitrah ini dibayar oleh ayahku kerana aku masih belum masuk dalam kategori berkemampuan. Hahaha. Tapi kini ianya dah menjadi kewajipan ke atas diriku. Dan aku bersyukur kepada Allah kerana memberikan rezeki kepadaku. Alhamdulillah. Dan kadar zakat pada tahun ini adalah sebanyak RM 5.20 di negeri Selangor.

Jadi disini aku lampirkan sedikit informasi dan maklumat mengenai zakat untuk pengetahuan semua:

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang diwajibkan atas diri setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Kata Fitrah yang ada merujuk pada keadaan manusia saat baru diciptakan sehingga dengan mengeluarkan zakat ini manusia dengan izin Allah akan kembali kepada fitrah.

Pada prinsipnya seperti definisi di atas, setiap muslim diwajibkan untuk mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya , keluarganya dan orang lain yang menjadi tanggungannya baik orang dewasa, anak kecil, laki-laki maupun wanita. Berikut adalah syarat yang menyebabkan individu wajib membayar zakat fitrah:

• Individu yang mempunyai kelebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
• Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
• Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan tetap dalam Islamnya.
• Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Jadi begitulah ceritanya buat kali ini. Apa yang aku ingin paparkan disini adalah cuma untuk mengingatkan mereka yang berkemampuan agar membayar zakat. Aku juga menyeru semua rakan-rakanku untuk melaksanakan tanggungjawab ini kerana berzakat itu merupakan suatu perkara yang amat dituntut dalam agama kita. Sekian.

Categories: WoRD LiFe
  1. September 15, 2008 at 4:56 AM

    marilah sesama menunaikan kewajipan..
    aku hrp abe blk b4 raya, kalu tak, kene wakil la plak..

  2. September 15, 2008 at 5:09 AM

    hahaahaa…batul tu mama maria. kawe lupo demo ni berdaroh kelate. patut la blek kecek abe-abe denge kawe.. cayaloh…

    idup nik aziz!!

  3. sue
    September 15, 2008 at 5:10 AM

    bagus2… en abu belum bayo lg..maybe bayo kt kedah kot… muahahaha…

    mr.amein..sila amik award ko kt blog aku okeh?

  4. September 15, 2008 at 11:52 PM

    aku dah bayaq minggu lepas hari jumaat (12 ramadhan) kat surau semayang jumaat presint 7 ala, yang kat jalan nak masok yayasan tu la..

    tempat amin semayang jumaat jugak dulu2 tu..

  5. September 15, 2008 at 11:54 PM

    SMT, hang suruh abu bayaq kat shah alam ujung minggu nie.. masa hang jalan2 pi shopping tu, singgah lah kat meja zakat.. depa senantiasa menunggu kedatangan abu untok bayaq zakat nie…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s