Home > WoRD LiFe > Sekadar coretan..

Sekadar coretan..

Wah, begitu cepat masa berlalu. Dah hampir 3 minggu kita berpuasa rupanya. Dalam kesibukan sehari-hari waktu bergerak begitu pantas. Tak rasa pun kepenatan berpuasa dek kerana leka dengan kerja dan urusan seharian.

Aku sekarang dalam keadaan yang amat-amat sibuk. Perancangan masa depan yang makin hampir ke kemuncak dah menjadikan aku pening-pening lalat memikirkan plan dan rancangan tersebut. Tak masuk lagi bab-bab mencari kerja yang lebih baik dan urusan lain yang perlu dilakukan.

Semalam, 17/9/2008 aku menghadiri ujian bertulis di MATRADE dengan harapan akan dipanggil bagi temuduga seterusnya bagi jawatan pustakawan. Em, dalam sibuk-sibuk begini sempat ku mencuri masa bagi mancari kerja yang lebih selamat dan terjamin demi masa depan. Sempat juga bertemu sahabat lama di UiTM Machang yang dah lama tak ku temui. So, kepada Syuheir, mudah-mudahan ko bahagia hendaknya. Gembira betul dapat jumpa ko semula.

Pada 20/9/2008 ini pula Insyaallah aku dan rakan-rakan akan mengadakan sedikit majlis Reunion serta berbuka puasa. Diharapkan majlis ini akan menjadi dan dapat menghubungkan kembali silaturrahim antara rakan-rakan yang mungkin dah lama tak ditemui. Untuk pengetahuan semua, reunion ini dibuat untuk rakan-rakan alumni UiTM especially UiTM Machang dan UiTM Puncak Perdana. Jadi kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi aku untuk pengesahan kehadiran.

Aktiviti: Reunion Majlis berbuka puasa geng-geng aku
Tarikh: 20hb September 2008 (Sabtu)
Masa: 6 Petang
Tempat: Midvalley, KL

Countdown. Pada hari ini hanya tinggal 29 hari sahaja sebelum berlangsung majlis besar buat diriku. Persiapan dah hampir siap, cuma tinggal beberapa perkara yang harus diselesaikan. Aku tidak mengharapkan majlis yang besar, cuma yang penting harapan aku agar semua rakan-rakan yang dijemput dapat hadir kerana hanya aku sungguh menghargai erti persahabatan. Walaupun mungkin sukar, tapi begitulah harapanku. Mudah-mudahan ianya akan berjalan dengan lancar. Insyaallah…

Categories: WoRD LiFe
  1. September 18, 2008 at 5:41 AM

    sudah mark itu calendar..ur wedding?? I oppss, WE must go! regardless hidangannya.. hehe

    hrp lu dpt itu kelija.. nanti leh jadi geng libryan.. senang gua, bertambah contact!

  2. September 18, 2008 at 6:02 AM

    amin, awat hang buat hari Jumaat?
    kenduri kat dewan anak raja tu beb. aku memang teringin nak pi kenduri hang tu, memandangkan aku kat petrajaya dan sampai umah kul 7.10pm.. pastu nak ke kolompo yang jam-jam tu..

    amin, selamat pengantin bharue la…

  3. September 18, 2008 at 6:04 AM

    ya, kat matrade tu pon ada member aku..
    bule la adjust brother, dia punya chief tu, pompuan org kedah .. tak silap aku la…

    amin, macam mana hang bule tergerak hati mintak librarian nie? bukan dulu hang dah lari ke bidang lain ka?

  4. September 18, 2008 at 6:42 AM

    mama maria: datang la bawak bling2 ok? biasa la, kemana lagi nak lari. librarianship gak la tempatnya…

    jebon: eleh, jebon konon. kenapa tak boh nama baby-rina, lagi best kan? hahahaa.. jebon jebon…

  5. September 18, 2008 at 6:45 AM

    aku wat kenduri ari jumaat sbb ari sabtu n ahad dah bleh honeymoon. hahhahaha.. hang kena pi tau, letih jaa aku wat kat dewan anak raja kalo gang tak pi. datang lewat sket pun takpa, aku bentangkan tikaq kat ataih lantai utk hang ok?

    aku dok mintak keje library sbb sumer tu keje kerajaan. kalo dapat ok la, cerah sket masa depan. nanti hang tolong2 la adjust chief librarian tu, cucuk2 mana yang patot….

  6. puan suli...
    September 18, 2008 at 6:59 AM

    cucuk mana yg patut ek!

    aku doakan amin kur2 dpt kerja librarian..

    mana tau rezki org nk kawin kan…..

  7. September 18, 2008 at 7:20 AM

    bagus wat hari jumaat, sebab slalunya, hari sabtu ahad org byk hal lain kan.. open house la apa la..

    mintak je librarian.. mana tau ada rezki.. rezki pas kawen ke..

  8. September 18, 2008 at 7:38 AM

    puan suli: yes, tenkiu…aku berharap agar berjaya menjadi librarian kur2 yg berjaya…

    mama maria: ye betul..mama jangan lupa tema kita ye, CITRAWARNA. so mama kena pakai baju pokadot warna warni dan rantai bling2 ok?

  9. sue
    September 19, 2008 at 3:02 AM

    πŸ™‚ bestnya buat reunion !!! slmt maju jaya mr amien..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s