Home > WoRD LiFe > Menjadi Akhirnya…

Menjadi Akhirnya…

Assalamualaikum. Setelah menghabiskan 2 hari yang penuh dengan kesibukan dan hiruk-pikuk serta beberapa jam yang memenatkan dengan aktiviti Yahoo Massenger, berSMS serta menefon huhu-haha ke sana-sini, akhirnya menjadi juga aktiviti yang dirancang secara Ad-Hoc ini.

Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana memberikan kekuatan dan rezeki kepada kami, rakan-rakan lama bertemu, bermesra dan mengeratkan silaturrahim yang telah agak lama terputus dan tergantung dek kerana kesibukan mencorakkan hari-hari dalam kehidupan masing-masing.

20 September 2008, bertemulah kembali beberapa rakan lama dalam pertemuan tidak rasmi melalui perancangan ‘Hangat-hangat Tahi Ayam’ yang telah dijalankan. Aktiviti yang dinamakan sebagai Reunion Berbuka Puasa Geng-geng UiTM Machang & Puncak Perdana ini telah menyelitkan perasaan gembira, puas hati dan kemesraan yang cukup mendalam antara rakan-rakan yang hadir. Walaupun ada diantaranya yang agak blur-blur dan kurang mengingati siapakan gerangan orangnya yang akan dipertemukan, tetapi setelah berdepan ternyata sifat mengenali rakan-rakan lama masih tersirat dalam fikiran.

Jadi, aku sebagai Ahli Jawatankuasa Perhubungan Awam yang dilantik oleh diriku sendiri ingin menyampaikan ucapan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang berusaha untuk hadir pada petang tersebut. Antaranya, Suzila Kassim, Danial Mahmud feat. Hiny (Orang Umah katanya), Ayien, Syuhairi, Zaimah, Ainon Fairus, Azhari Stooid, Ridzwan Badul dan Sani feat. Isterinya. Kehadiran korang semua bukanlah sekadar Funny-funny sahaja, tetapi telah menerbitkan semangat setiakawan yang mendalam dalam diri masing-masing.

Walaupun pada perancangannya hanya beberapa orang sahaja dijangka hadir, tetapi akhirnya Restoran Kenny Rogers (Keni Roger – Istilah dalam YM & SMS diperkenalkan oleh Danial) terpaksa bersempit-sempit mengisi punggung yang agak ramai dan mungkin agak besar pada petang hari tersebut. Aktiviti mencuri kerusi customer lain juga telah dilakukan bagi menyelesakan environment yang agak berkecamuk pada hari itu. Tahniah kepada Encik Stooid kerana dengan beraninya membuat aktiviti pencurian tersebut.

Sebagai penutup, majlis berkenaan berkenaan boleh disifatkan agak berjaya kerana hanya berdasarkan kepada cara perancangan yang kurang teliti. Morale of The Story, pada malam berkenaan beberapa AJK tidak rasmi telah menyuarakan hasrat untuk mengadakan aktiviti-aktiviti Reunion pada masa depan dengan persiapan lebih teliti dan kehadiran yang lebih ramai. Mudah-mudahan hasrat murni tersebut akan tercapai.

Ah, letihnya aku menaip. Jadi aku ingin berhenti setakat ini untuk melelapkan mata dan bermimpi indah kenangan bersama rakan-rakan tersayang sejak dahulu sehingga ke hari ini. Tahniah kepada semua yang hadir. Friendship Never Dies!!!

[Artikel ini ditaip pada 21/9/2008, jam 01:11 pagi waktu tempatan]

Geng-geng Bas Sekolah

Geng-geng Bas Sekolah II

Papa Jahat bersama Gediks girl

Quarter Chicken+Rice+Red Bean+Fresh Fruit+muffin=Yummy

Sani & Wife: Pengantin Baru 1 bulan

Sangat2 Hepi berjumpa kembali

AJK Perhubungan Awam tanpa gaji

Categories: WoRD LiFe
  1. sue
    September 22, 2008 at 3:03 AM

    sedapnya keni rogers !!! iuhh cun nyeh lala…mkn bseri..

  2. September 22, 2008 at 4:20 PM

    apsal aku nmpak cantik yek?? agaknye puasa dapat menyucikan segala noda-noda hitam kot.. hahahah!!!

  3. September 22, 2008 at 4:22 PM

    next destination untuk reunion…hmm.. maybe pangkor or langkawi kot…

    amien, ko nak serahkan jawatan AJK Perhubungan Awam kat orang lain ke ko nak gila kuasa???!!!

  4. September 23, 2008 at 2:27 AM

    mama sue: betul tu, keni roger memang sedap. lagi bertambah sedap kerana telah merabakkan poket dengan lobang yang agak besar utk membayar bilnya…

    suzilalala: cantik ker?? pelissssss…. puasa ker? pelisss gak… pasni aku serahkan segala bidang uasa kepada ko. aku nak bersara dah, maklumlah pakcik dah nak berumahtangga…

  5. September 23, 2008 at 2:54 AM

    aik!!! kalu ko nak berumah tangga aku pon same!!! ah!! jgn nak cengkelat… next reunion aku lantik ko jadi ketua lagi. cadangan ditutup!!!

  6. JemaH JemAh JeMah
    September 23, 2008 at 6:00 AM

    huhuh…ape2 aje la…

  7. September 23, 2008 at 6:01 AM

    hensemnye mamat pakai cap merah tu!!
    muka berseri2 la, nak tawen la katakan..😛

  8. September 24, 2008 at 6:36 AM

    wah wah wah… mama maria puji2 ni ada apa2 ker? ala, dulu2 pun mama camtu gak, berseri-seri cam lampu pelita minyak tanah…haahaaa

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s